Wow ! Traveloka Sale Dan Matta Fair 2018 Pasti Buat Anda Teruja

Wow ! Traveloka Sale Dan Matta Fair 2018 Pasti Buat Anda Teruja | Seronoknya kalau dapat pergi bercuti . Lagi seronok kalau dapat percutian yang indah dengan kos yang mampu bayar . Setiap kali kita merancang percutian , persoalan yang sering timbul di fikiran pastinya mengenai tempat yang menarik dan juga kos yang perlu ditanggung sepanjang percutian . Bercuti dan melancong pastinya memberikan kita lebih manfaat dan dapat meluaskan pengetahuan mengenai satu satu tempat yang kita ingin pergi . Semua orang mempunyai impian untuk melancong dan bercuti di tempat tempat menarik samaada di Malaysia atau luar negara dengan kos percutian yang munasabah dan mampu memberikan pulangan terbaik buat diri sendiri .

Matta Fair

Sesetengah daripada kita suka bercuti ke luar dan sesetengahnya suka bercuti kat dalam Malaysia . Ok , kalau tanya KakYa dan family suka bercuti kat dalam Malaysia atau luar negara . Opkos la KakYa cakap dalam negara sebab KakYa sukakan Malaysia dan masih banyak lagi ceruk rantau Malaysia yang KakYa belum terjah . Siapa cakap Malaysia takde tempat menarik ? Korang silap besar la kalau cakap Malaysia takde tempat menarik . Kat Malaysia macam macam tempat menarik dengan pelbagai gaya bahasa , budaya dan kaum yang sentiasa mendapat tarikan daripada pelancong luar negara .

Matta Fair

Tapi KakYa pon ada cita cita nak bawak family bercuti dan terbang ke luar negara . Insyaallah moga dipermudahkan niat KakYa untuk bawa orang tersayang terbang bercuti ke luar negara pula lepas ni . Percutian indah ke luar negara tidak semestinya memerlukan kos yang besar seperti difikirkan sesetengah orang . Terdapat bamyak tempat percutian dan persinggahan di luar negara hanya memerlukan bajet yang rendah jika korang tahu bagaimana , di mana dan cara untuk mengurangkan kos perbelanjaan percutian korang . Jangan tak percaya kalau KakYa katakan dengan bajet RM500 sahaja korang dah boleh pergi Phuket .

Traveloka Saleabration 2018 Kini Kembali !


Traveloka Saleabration 2018 kini kembali . Fuyoo korang pasti teruja kan ! bila dapat tahu Traveloka Saleabration kembali lagi . Apa pulak tak teruja opkos la teruja Traveloka sentiasa menyajikan tawaran menarik dan berbaloi baloi untuk setiap percutian yang korang rancang . Pastinya impian percutian indah yang korang idamkan bertambah indah bersama Traveloka Sale dan Matta Fair 2018 . 

Bersempena Traveloka Saleabration 2018 pihak Traveloka menyediakan kupon diskaun tambahan untuk pembelian segera . Diskaun kupon sebanyak 8% atau sehingga RM40 untuk tiket penerbangan ( Tertakluk kepada terma dan syarat ). Wah bestnya ! korang pasti tak menolak bila dapat kupon diskaun kan kan kan ? 

Selain penyediaan kupon tambahan , pihak Traveloka turut menyediakan tawaran kupon diskaun di atas promosi penerbangan dari syarikat penerbangan yang terlibat . Jadi kalau korang nak merasa kupon diskaun , inilah masanya korang tempah siap siap tiket perjalanan penerbangan bila bila masa sahaja ke mana mana destinasi ! . Yes !! Ke mana mana destinasi pilihan korang . Menarik bukan , jadi jangan pula ketinggalan untuk mencari dan menempah tiket perjalanan korang ke mana mana destinasi kesukaan korang bermula 4 September 2018 sehingga 10 September 2018 . Sedang berlangsung sekarang ni tau ! . Jom terbang bersama Traveloka Sale yang sangat sangat berbaloi seakan akan Matta Fair 2018 . Pastinya pilihan terbaik menepati citarasa korang .

Cara Menempah Tiket Penerbangan Bersama Traveloka


Ok untuk korang yang baru mengenali Traveloka dan baru berjinak jinak menempah tiket penerbangan . Ok kali ni KakYa kongsikan  dengan korang cara menempah tiket penerbangan bersama Traveloka . 

Langkah pertama : 

Cari Penerbangan Korang 
- Mulakan carian korang dengan melengkapkan butiran penerbangan .

Matta Fair

Langkah kedua : 

Pilih Dan Tempah Penerbangan Korang. 
- Butiran mengenai penerbangan ( syarikat penerbangan , jadual , tambang dan lain lain ) boleh dilihat di halaman hasil carian .

Matta Fair

Langkah ketiga : 

Isi Maklumat Perhubungan Dan Butiran Penumpang .
- Setelah selesai memilih penerbangan korang dengan teliti , korang dikehendaki mengisi maklumat perhubungan dan butiran penumpang .

Matta Fair

Langkah keempat :

Teruskan Dengan Pembayaran
- Terdapat beberapa kaedah pembayaran . Korang boleh buat pilihan mana satu cara pembayaran yang korang nak .

Matta Fair

Langkah kelima :

Menerima e-tiket .
- Setelah bayaran di terima oleh pihak Traveloka , e-tiket akan dihantar ke emel anda dalam masa 60 minit .

Matta Fair

Aplikasi Traveloka Book Flight & Hotel 


Apakata korang muat turun Aplikasi Traveloka Book Flight & Hotel agar korang tidak ketinggalan info penting mengenai destinasi percutian menarik dan juga tawaran penerbangan hebat dari Traveloka . Semua lebih mudah dan senang dengan aplikasi Traveloka . Hanya di hujung jari sahaja semuanya di depan mata . 

Untuk makluman korang , segala maklumat harga yang dipaparkan dalam aplikasi Traveloka termasuk cukai lapangan terbang dan juga surcaj lain adalah harga sebenar . Dalam ertikata yang lebih mudah tiada kejutan pada harga yang perlu korang bayar . Apa yang korang lihat itulah yang korang perlu bayar takkan ada pertambahan harga di kemudian hari . Jadi korang tak perlu nak rasa bimbang atau risau akan penambahan harga kerana harga adalah sepertimana TERTERA . Harga TEPAT dan takkan ada  penambahan untuk apa apa kos yang lain . Best kan ! Tak perlu la nak fikir lagi . Guna aplikasi Traveloka jer untuk tempahan penerbangan dan penginapan korang sekarang juga .

Jom Melancong Dengan Harga Mampu Bayar 


Jom kita melancong dan rancang percutian dengan harga mampu bayar ke tempat tempat best tak kira di Malaysia ataupon luar negara . Perancangan yang rapi dengan persediaan sempurna menjadikan kita lebih selesa sewaktu bercuti bersama keluarga . Pilih pakej bersesuaian dengan bajet korang dan korang pasti seronok bergembira saat bercuti bersama insan tersayang .

Matta Fair

Jangan biarkan niat melancong yang korang impikan tinggal mimpi . Rancang percutian korang dan nikmatilah hari hari indah percutian penuh makna . Satu lagi KakYa nak ingatkan kat korang , jangan lupa buat bajet perbelanjaan korang sepanjang percutian agar korang tak "over bajet" . Senaraikan siap siap kos pengangkutan , kos penginapan , kos makanan dan juga kos aktiviti sepanjang korang bercuti . Ini adalah langkah selamat untuk korang save bajet korang .

Matta Fair

Sebab tu la KakYa dah cakap awal awal tadi , untuk memulakan percutian korang perlu merancang lebih awal tempahan pengangkutan ke tempat percutian dan juga tempahan penginapan korang sekeluarga . Tempahan awal boleh menjimatkan kos . Jadi korang dah boleh jimat banyak kat situ sebab dah tempah awal awal kan . Ada bajet lebih boleh la buat macam macam aktiviti sepanjang percutian korang nanti . Semoga percutian idaman korang berjalan sempurna . Insyaallah  .

Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. booking dgn traveloka best ni sbb ada coupon bole dpt diskaun..mmg dh byk kali booking thru traveloka

    BalasPadam
  2. Bolehlah cari-cari pakej yang menarikkan. Biasanya kalau ada matta fair harga pun berbaloi.

    BalasPadam
  3. Betul!! Sangat teruja. Traveloka memang best!

    BalasPadam
  4. Syokkknyaaa melancong & book tiket dgn traveloka yee

    BalasPadam
  5. Memang tergoda tengok Traveloka Sale ni kan, terus mood cuti² on!

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.