Awal Muharam : Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun Hijrah

Awal Muharam : Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun Hijrah | Alhamdulillah syukur pada Allah SWT kerana memberi kita ruang dan peluang untuk sama sama menyambut tahun baru Hijrah esok hari 11 September 2018 bersamaan 1 Muharram 1440 Hijrah . Jom sama sama kita mulakan HARI BARU di TAHUN YANG BARU ini dengan sebuah KUASA HIJRAH DIRI luarbiasa menuju REDHA ILLAHI . InsyaAllah . Kita kini MENJELANG MAAL HIJRAH . KALENDER ini bakal berubah lagi . Ia SERUAN untuk HIJRAH . Ia MASA untuk BERUBAH ! InsyaAllah .

DOA AKHIR TAHUN HIJRAH

Doa Hijrah , Doa Awal Tahun , Doa Akhir Tahun , Salam Maal Hijrah , Salam Maal Hijrah 1440 Hijrah

Doa Akhir Tahun Hijrah dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW , ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka .

Wahai Tuhan , apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya . Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya . Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu . Maka aku memohon kepadaMu .

Wahai Tuhan ! Wahai yang Maha Pemurah ! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah . Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka .

DOA AWAL TAHUN HIJRAH

Doa Hijrah , Doa Awal Tahun , Doa Akhir Tahun , Salam Maal Hijrah , Salam Maal Hijrah 1440 Hijrah

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram .

Maksudnya :
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka .

Wahai Tuhan , Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami . Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia .

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka .

Catat Ulasan

4 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.