Cara Buat Invois Guna Akaun PayPal | Alhamdulillah harini KakYa berkesempatan untuk update blog mengenai Cara Buat Invois Guna Akaun PayPal . Sebenarnya lama sangat dah entri ni terperam kat draft , harini baru berkesempatan siapkan entri bilamana KakYa dapat satu lagi job yang memerlukan KakYa sediakan invois melalui akaun PayPal . Alang alang nak buat satu invois terus la KakYa buat sekali entri ni . 

Ni job pertama KakYa dari luar negara pada tahun 2017 yang memerlukan KakYa menyediakan invois guna akaun PayPal . 

Masa mula mula KakYa dapat job berbayar dari luar negara dan kena sediakan invois guna akaun PayPal memang la gelabah . Ya la sebelum ni KakYa tahu guna PayPal jer , tak reti la pulak nak buat invois guna akaun PayPal . Sebab job yang sebelum ni dari luar negara takde pulak nak kena bagi invois bagai . Alamak nak invois guna akaun PayPal bagai , masak juga KakYa nak buat lagu mana kalau tak tahu cara .  

Bagaimana Cara Buat Invois Guna Akaun PayPal 


Bermulalah misi menggoogle Cara Buat Invois Guna Akaun PayPal . KakYa jumpa la satu blog wordpress dari Indonesia , tapinya data data yang diberi serba ringkas dan takde gambar sebagai rujukan . Jadinya KakYa ikut jer la apa jer arahan yang tertulis . Bila dah nampak apa yang kita cari baru KakYa perasan emmm senang jer buat invois guna akaun PayPal ni . Oh mula mula KakYa ingatkan susah sangat nak buat invois guna akaun paypal ni , rupa rupanya senang yang amat . Lepas tahu step step dia  , opkos la boleh buat dengan mudah . 

Tutorial Bergambar Buat Invois Guna Akaun PayPal


Nak buat invois guna akaun PayPal , yang penting sekali korang kena ada akaun PayPal dulu . Kalau takde boleh create akaun PayPal . Mudah sesangat nak buat akaun PayPal ni tak sampai 5 minit pon . 

KakYa dah ada akaun PayPal sejak 2015 ke 2014 lupa dah . Jadinya KakYa hanya login ke akaun PayPal KakYa dan klik pada bahagian Send & Request kat bahagian paling atas akaun PayPal . Pastu klik pada Create Invoice .

Dah keluar seketul lagu ni . Makanya isi apa saja maklumat yang diperlukan . Yang penting jer la tak penting tak perlu isi pon takpe . Dah siap isi semua maklumat korang boleh la klik pada Preview atau Save As Draft sebelum send pada client korang . 

Ni dia invois yang dah siap . KakYa punya simple jer . Sehabis habis simple orang kata . Yang penting semua maklumat ada tertera kat situ . Tak perlu nak lebih lebih cukup mana yang ada jer . Korang boleh pilih nak Send Via PayPal atau  Share Link Myself . Boleh jer mana mana takde masalah . Yang penting amaun jangan lupa okey . Biasanya kalau job dari luar negara amaun di bayar dalam nilai USD . 

Ok dah siap dah seketul invois menggunakan akaun PayPal . Senang jer caranya bila kita dah tahu step step dia . Korang pon boleh buat sendiri pasni ikut tutorial bergambar yang KakYa bagi kat atas . Kalau tak jadik jugak tak tau la nak buat tutorial lagu mana lagi . Ni paling win punya tutorial dah ni Kak Senah oii .. Kak Jemah oii .. Jadi sama sama la belajar buat sendiri . Mana tau pasni banyak pulak job korang dari luar negara . Harap harap pasni lagi banyak la ya job KakYa dari luar negara . Nak penuhkan akaun PayPal bagi membiak biak dengan jayanya . Aamin aamin .