Asma'ul Husna : Maksud Dan Khasiatnya

Asma'ul Husna :  Maksud Dan Khasiatnya | Bahawasanya Allah SWT mempunyai 99 nama . Barang siapa menghafalnya nescaya akan dimasukkan ke dalam syurga . ( Hadis Riwayat Imam Bukhari ) .

Allah SWT mempunyai aAma'ul Husna ( nama-nama yang indah ) maka memohonlah kepada Nya dengan menyebut asma'ul husna . ( Surah Al A'raf, ayat 180 ) .

Sesungguhnya di sebalik setiap nama dalam Asma'ul Husna terdapat keistimewaan yang sangat dalam dan luas yang berada di luar jangkauan akal manusia . Allah SWT akan memakbulkan keinginan hamba yang berdoa dan berzikir dengan namaNya sesuai dengan keistimewaan yang terkandung di dalam nama tersebut ( apabila berzikir dengan nama-nama Allah hendaklah dibaca , contohnya Ar Rahman dibaca Ya Rahman . Ar Rahim dibaca Ya Rahim , Al Malik dibaca Ya Malik dan seterusnya ) .

YA ALLAH ( Ya Allah , Lafzhul Jalalah )
- Nama yang Maha Agung dan Mulia , pemilik semua pujian . Apabila dizikirkan 500x setiap malam , lebih-lebih lagi selepas solat tahajjud atau solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yang besar di dalam mencapai segala yang dihajati .

YA RAHMAN ( Yang Maha Pengasih )
- Apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500x maka hati kita akan menjadi terang , tenang , sifat pelupa dan gugup akan menjadi hilang dengan izin Allah .

YA RAHIM ( Yang Maha Penyayang )
- Apabila dizikirkan sebanyak 100x setiap hari , Insyaallah kita kan mempunyai daya penarik yang besar sekali hingga manusia merasa cinta dan kasih serta sayang terhadap kita .

YA MALIK ( Raja Yang Maha Berkuasa )
- Apabila dizikirkan sebanyak 121x setiap pagi atau setelah gelincirnya matahari , segala pekerjaan yang dilakukan setiap hari akan mendatangkan berkat dan kekayaan yang diredhai Allah .

 YA QUDDUS ( Yang Maha Suci )
- Apabila dizikirkan sebanyak 100x setiap pagi setelah tergelincir matahari , maka hati kita akan terjaga dari semua penyakit hati seperti sombong , iri hati , dengki dan lain-lain .

YA SALAAM ( Yang Maha Sejahtera )
- Apabila dizikirkan sebanyak 136x , insyaallah jasmani dan rohani kita akan terhindar daripada segala penyakit sehingga badan menjadi segar , sihat dan sejahtera .

YA MU'MIN ( Ya Maha Mengamankan )
- Apabila dizikirkan sebanyak 236x , insyaallah diri kita , keluarga dan segala kekayaan yang dimiliki akan terpelihara dab aman dari segala macam gangguan yang merosakkan .

YA MUHAIMIN ( Yang Maha Melihara )
- Apabila dizikirkan sebanyak 145x sesudah solat fardu Isyak , insyaallah fikiran dan hati kita akan menjadi terang dan bersih .

YA 'AZIZ ( Yang Maha Perkasa )
- Apabila dizikirkan sebanyak 40x sesudah solat Subuh , insyaallah kita akan menjadi orang yang mulia disegani orang kerana penuh kewibawaan .

YA JABBAR ( Yang Kehendaknya Tidak Dapat Diingkari )
- Apabila dizikirkan sebanyak 226x pagi dan petang semua musuh akan menjadi tunduk dan patuh dengan izin Allah .

YA MUTAKABBIR ( Yang Memiliki Kebesaran )
- Apabila dizikirkan sebanyak 662x maka dengan kebijaksanaan bertindak kita akan dapat menundukkan semua musuh , bahkan mereka akan menjadi pembantu yang setia .

YA KHALIQ ( Yang Maha Pencipta )
- Dibaca mengikut kemampuan atau sebanyak 731x , insyaallah yang ingin otak cerdas , cepat menerima sesuatu pelajaran , amalan ini akan memberikan otak kita cerdas dan cepat faham .

YA BARI' ( Yang Maha Merancang )
- Sekiranya kita berada di dalam kesukaran atau sedang sakit , dibaca sebanyak 100x selama 7 hari berturut-turut , insyaallah kita akan terlepas dari kesukaran dan sembuh dari penyakit tersebut .

YA MUSAWWIR ( Yang Maha Pembentuk )
- Sekiranya seorang isteri yang sudah lama belum mempunyai anak , maka cubalah ikhtiar ini dengan berpuasa selama 7 hari dari hari Ahad hingga Sabtu . Di waktu hendak berbuka puasa , ambil segelas air dan dibacakan "Ya Musawwir" sebanyak 21x , kemudian diminum air tersebut untuk berbuka puasa . Bagi sang suami , hendaklah berbuat perkara yang sama tetapi hanya dengan berpuasa selama 3 hari . Kemudian pada waktu hendak berjimak , bacalah zikir ini selama 10x , insyaallah akan dikurniakan anak yang soleh .

YA GHAFFAR ( Yang Maha Pengampun )
- Sambil Beri'tikaf ( diam dalam masjid dalam keadaan suci ) bacalah zikir ini sebanyak 100x sambil menunggu masuknya waktu solat Jumaat , insyaallah akan diampunkan dosa-dosa kita .

YA QAHHAR ( Yang Maha Perkasa )
- Dizikir menurut kemampuan atau sebanyak 306x , maka hati kita akan dijaga dari ketamakan dan kemewahan dunia dan insyaallah orang yang selalu memusuhi kita akan sedar  dan tunduk akhirnya .

YA WAHHAB ( Yang Maha Memberi Kurnia )
- Dizikir sebanyak 100x sesudah solat fardhu , barang siapa yang selalu di dalam kesempitan , insyaallah segala kesulitan atau kesempitan dalam soal apa pun akan hilang .

YA RAZZAQ ( Yang Maha Pemberi Rezeki )
- Dizikir mengikut kemampuan sesudah solat fardhu khususnya solat Subuh , insyaallah akan dipermudahkan rezeki yang halal dan membawa berkat .

YA FATTAH ( Yang Maha Pembuka )
- Dizikir sebanyak 71x sesudah selesai solat Subuh , insyaallah hati kita akan dibuka oleh Allah , sehingga mudah menerima nasihat agama .

YA 'ALIM ( Yang Maha Mengetahui )
- Dizikir sebanyak 100x setiap kali selesai solat Maktubah , insyaallah akan mendapat kemakrifatan yang sempurna .

YA QABID ( Yang Maha Menyempitkan )
- Dizikirkan 100x setiap hari , maka dirinya akan semakin dekat dengan Allah dan terlepas dari segala bentuk ancaman .

YA BASIT ( Yang Maha Melapangkan )
- Perbanyakkan zikir ini setiap hari , insyaallah rezeki akan menjadi murah .

YA KHAFID ( Yang Maha Merendahkan )
- Dizikirkan sebanyak 500x setiap hari dalam keadaan suci , khusyuk dan tawaduk , insyaallah segala maksud yang baik akan ditunaikan Allah . Jika mempunyai musuh , musuh itu akan jatuh martabatnya .

YA RAFI' ( Yang Maha Mengangkat )
- Dizikirkan setiap hari , siang dan malam sebanyak 70x , insyaallah keselamatan harta benda di rumah , di kedai atau di tempat-tempat lain akan selamat dan terhindar dari kecurian .

YA MU'IZ ( Yang Maha Membeningkan )
- Dizikirkan sebanyak 140x setiap hari , insyaallah akan memperolehi kewibawaan yang besar terutamanya bagi ketua-ketua jabatan atau perniagaan .

YA MUZIL ( Yang Maha Menyesatkan )
- Pebanyakkanlah zikir ini setiap hari , sekiranya ada orang yang berhutang kepada kita dan sukar untuk memintanya , insyaallah si penghutang akan sedar dan membayar hutangnya kembali .

YA SAMI' ( Yang Maha Mendengar )
- Sekiranya ingin doa kita makbul dan pendengaran kita tajam , amalkan zikir ini setiap hari mengikut kemampuan , lebih-lebih lagi sesudah solat Dhuha , insyaallah doa akan mustajab .

YA BASIR ( Yang Maha Melihat )
- Dizikirkan sebanyak 100x sebelum solat Jumaat , insyaallah akan menjadikan kita terang hati , cerdas otak dab selalu diberikan taufik dan hidayah dari Allah .

YA HAKAM ( Yang Maha Melapangkan )
- Dizikirkan sebanyak 68x pada tengah malam dalam keadaan suci , insyaallah dapat membuka hati seseorang itu untuk mudah menerima ilmu -ilmu agama .

YA 'ADL ( Yang Maha Adil )
- Dizikirkan sebanyak 104x setiap hari sesudah selesai solat 5 waktu , insyaallah diri kita selalu dapat berlaku adil .

YA LATIF ( Yang Maha Lembut )
- Dengan memperbanyakkan zikir ini mengikut kemampuan , insyaallah bagi para peniaga , ikhtiar ini akan menjadikan barangan jualannya menjadi laris dan maju .

YA KHABIR ( Yang Maha Berwaspada )
- Dengan memperbanyakkan zikir ini setiap hari , insyaallah akan dapat bertemu dengan teman atau anak yang terpisah sekian lama .

YA HALIM ( Yang Maha Penyantun )
- Dizikirkan sebanyak 88x selepas solat 5 waktu , bagi mereka yang mempunyai kedudukan , insyaallah dipastikan kedudukannya tidak akan dicabar .

YA 'AZIM ( Yang Maha Agung )
- Dizikirkan sebanyak 12x setiap hari untuk orang yang sekian lama menderita sakit , insyaallah akan sembuh . Juga apabila dibaca 12x kemudian ditiupkan pada tangan lalu diusap-usap pada seluruh badan , dengan izin Allah akan terhindar dari gangguan jin dan sebagainya.

YA GHAFFUR ( Yang Maha Pengampun )
- Bagi orang yang bertaubat , hendaklah memperbanyakkan zikir ini dengan mengampuni dosa-dosanya dan beriktikad untuk tidak mengulanginya . Insyaallah akan diterima taubatnya oleh Allah .

YA SYAKUR ( Yang Maha Mensyukuri )
- Dizikirkan sebanyak 40x sehabis solat hajat , sebagai pengucapan terima kasih kepada Allah, insyaalah semua hajat kita akan dimakbulkan Allah .

YA 'ALI ( Yang Maha Tinggi )
- Tulislah zikir ini sebanyak 110x di dalam bahasa Arab , lalu direndam pada air yang dingin dan diminum, insyaallah air tadi mujarab untuk kecerdasan minda seseorang .

YA KABIR ( Yang Maha Besar )
- Bagi seseorang yang kedudukannya telah dirampas atau dilucut gara-gara fitnah , maka bacalah zikir ini sebanyak 1000x selama 7 hari berturut-turut dalam keadaan suci sebagai pengaduan kepada Allah . Lakukanlah sesudah solat malam ( tahajjud atau hajat ) .

YA HAFIZ ( Yang Maha Penjaga )
- Dizikir sebanyak 99x , insyaallah diri kita akan terlindung dari gangguan binatang buas terutamanya apabila kita berada di dalam hutan .

YA MUQIT ( Yang Maha Pemberi Kekuatan )
- Sekiranya kita berada di dalam kelaparan dan sukar untuk mendapatkan makanan , maka perbanyakkanlah zikir ini . Insyaallah badan kita akan menjadi kuat dan segar kerana rasa lapar akan hilang .

YA HASIB ( Yang Maha Pembuat Perhitungan )
- Untuk memperteguhkan kedudukan yang telah kita jawat , amalkan zikir ini sebanyak 777x sebelum matahari terbit dan selepas solat Maghrib , insyaallah kedudukan kita akan kukuh tanpa sebarang gangguan .

YA JALIL ( Yang Maha Mempunyai Keagungan )
- Amalkan zikir ini pada 1/3 malam , insyaallah perniagaan akan bertambah maju , kedudukan akan lebih tinggi dan terhormat .

YA KARIM ( Yang Maha Mulia )
- Untuk mencapai darjat yang tinggi dan mulia di dunia mahupun di akhirat kelak , maka amalkan zikir ini sebanyak 280x ketika hendak masuk tidur . Nescaya Allah akan mengangkat darjat mereka yang mengamalkan zikir ini .

YA RAQIB ( Yang Maha Mengawasi )
- Berzikirlah sebanyak 50x setiap hari dengan niat agar barang-barang yang dikhuatiri akan hilang kerana berada di tempat yang jauh dan sukar dijaga terhindar dari sebarang kecurian mahupun gangguan lainnya . Bertawakkal dan yakinlah kepada Allah.

YA MUJIB ( Yang Maha Mengabulkan )
- Amalkan zikir ini sebanyak 55x sesudah solat Subuh . Insyaallah doa kita akan dimakbulkan Nya .

YA WASI' ( Yang Maha Luas )
- Apabila di dalam kesulitan maka amalkanlah zikir ini sebanyak 128x setiap pagi dan petang . Insyaallah segala kesulitan akan hilang . Andai zikir ini sentiasa diamalkan , insyaallah kita akan dijaga dari hasad dengki sesama makhluk .

YA HAKIM ( Yang Maha Bijaksana )
- Bagi sesiapa sahaja yang memperbanyakkan zikir ini setiap hari , insyaallah akalnya akan menjadi cergas dan lancar dalam menghafal dan mengikuti pelajaran . Amalkan sekurang-kurangnya 300x setiap hari .

YA WADUD ( Yang Maha Penyiram Kesejukan )
- Amalkan zikir ini sebayak 1000x pada setiap malam . Insyaallah kita akan menjadi insan yang sentiasa bernasib baik , disayangi dan rumah tangga kita akan berada dalam keadaan harmoni .

YA MAJID ( Yang Maha Penyandang Kemegahan )
- Untuk ketenteraman keluarga , amalkan zikir ini sebanyak 99x , sesudah itu hembuskan kedua belah tapak tangan dan usap ke seluruh muka . Insyaallah semua anggota keluarga kita akan meyayangi dab menghormati kita sebagai ketua keluarga .

YA BA'ITH ( Yang Maha menbangkitkan )
- Zikirkan sebanyak 100x dengan meletakkan kedua tangan ke dada . Insyaallah akan memberi kelapangan dada dengan ilmu dan hikmah .

YA SYAHID ( Yang Maha Menyaksikan )
- Apabila ada diantara kedua keluarga kita yang suka membangkang dan sebagainya , maka zikirkan sebanyak 319x secara berterusan setiap malam sehingga si pembangkang akan sedar dan mengubah sikapnya .

YA HAQ ( Yang Maha Besar )
- Perbanyakkan zikir ini , insyaallah ianya sangat berfaedah sekali untuk menebalkan iman dan  taat di dalam menjalankan perintah Allah .

YA WAKIL ( Yang Maha Pemegang Amanah )
- Sekiranya terjadi hujan yang disertai ribut yang kuat atau terjadi gempa , maka ketika itu perbanyakkan zikir ini , insyaallah bencana tersebut akan menjadi reda dan kembali seperti sedia kala .

YA QAWI ( Yang Maha Kuat )
- Amalkan zikir ini sebanyak mungkin agar kita tidak gentar apabila berhadapan dengan sebarang keadaan mahupun berdepan dengan si zalim .

YA MATIN ( Yang Maha Kukuh )
- Amalkan zikir ini sebanyak mungkin kerana ianya mempunyai fadhilat mengembalikan kekuatan sehingga musuh merasa gentar untuk mengganggu .

YA WALI ( Yang Maha Melindungi )
Amalkan zikir ini sebanyak mungkin kerana dengan izinNya , kedudukan kita akan kukuh dan terhindar dari sebarang gangguan oleh orang yang bersifat dengki .

YA HAMID ( Yang Maha Terpuji )
Perbanyakkan zikir ini sebagai pengakuan bahawa hanya Allah sahaja yang paling berhak menerima segala pujian .

YA MUHSI ( Yang Maha Penghitung )
Sekiranya kita menginginkan diri kita digolongkan dalam pertolongn yang selalu dekat dengan Allah, maka amalkan zikir ini sebanyak mungkin sesudah solat 5 waktu .

YA MUBDI ( Yang Maha Memulakan )
- Agar segala apa yang kita rancangkan akan berhasil , maka zikirkan sebanyak 470x setiap hari . Insyaallah .

YA MU'ID ( Yang Maha Mengembalikan )
- Andai ada anggota keluarga yang menghilangkan diri dan sebagainya , amalkan zikir ini sebanyak 124x setiap hari sesudah solat . Insyaallah akan dipertunjukkan hasilnya .

YA MUHYI ( Yang Maha Menghidupkan )
- Amalkan zikir ini 58x setiap hari , insyaallah kita akan diberikan kemuliaan darjat dunia dan akhirat kelak .

YA MUMIT ( Yang Maha Mematikan )
- Barangsiapa yang memperbanyakkan zikir ini , insyaallah akan dipermudahkan dalam perniagaan , politik dan sebagainya .

YA HAYYU ( Yang Maha Hidup )
- Untuk mencapai kekuatan mental/batiniah dalam menjalani kehidupan , perbanyakkanlah zikir ini .

YA QAYYUM ( Yang Maha Menegakkan )
- Amalkan zikir ini sebanyak 1000x setiap malam atau siang , insyaallah akan memperolehi harta yang banyak lagi berkat , dikasihi oleh setiap manusia , berwibawa , ditakuti musuh dan menjadi insan yang terhormat .

YA WAJID ( Yang Maha Menemukan )
- Andai keinginan keperibadian yang kukuh , tidak mudah terpengaruh dan teguh pendirian , maka perbanyakkan zikir ini .

YA MAJID ( Yang Maha Mulia )
- Demi kecerdasan otak dan agar dipermudahkan hati untuk menerima pelajaran maka hendaklah pelajar tersebut memperbanyakkan zikir ini setiap hari .

YA WAHID ( Yang Maha Tunggal )
- Bagi pasangan yang belum mempunyai cahaya mata , amalkanlah zikir ini sebanyak 190x setiap kali selesai menunaikan solat 5 waktu selama sebulan dan selama itu juga hendaklah berpuasa sunat Isnin dan Khamis . Insyaallah .

YA AHAD ( Yang Maha Esa )
- Zikir Asma Allah ini sebanyak-banyaknya , insyaallah kita akan melupakan sifat-sifat yang dinisbahkan kepada diri kita atau orang lain .

YA SAMAD ( Yang Maha Diperlukan )
- Ketika dalam kelaparan akibat sesat atau kesempitan hidup , maka pohonlah kepada Allah dengan zikir ini sebanyak mungkin . Insyaallah diri ini akan berasa kembali segar .

YA QADIR ( Yang Maha Menentukan )
- Apabila kita berhajatkan sesuatu namun selalu gagal, maka amalkan zikir ini sebanyak 305x setiap hari . Insyaallah segala hajat akan berhasil .

YA MUQTADIR ( Yang Maha Berkuasa )
- Amalkan zikir ini sebanyak-banyaknya sehingga apa sahaja ikhtiar kita berhasil kerana zikir ini akan mempercepatkan keberhasilan hajat kita .

YA MUQADDIM ( Yang Maha Mendahulukan )
- Menurut Imam Ahmad bin Ali Al-Buuniy , " barangsiapa yang berzikir dengan zikir ini sebanyak 184x setiap hari , insyaallah segala usahanya akan berhasil .

YA MUAKHKHIR ( Yang Maha Mengakhirkan )
- Bagi meninggikan lagi ketaatan kita kepada Allah , perbanyakkan zikir ini .

YA AWWAL ( Yang Maha Awal )
- Barangsiapa yang mengamalkan zikir ini sebanyak 37x setiap hari , insyaallah segala apa yang dihajati akan diperkenan Allah .

YA AKHIR ( Yang Maha Akhir )
- Amalkan zikir ini sebanyak 200x sesudah solat 5 waktu selama 1 bulan insyaallah akan dibukakan pintu rezeki yang halal .

YA ZAHIR ( Yang Maha Nyata )
- Amalkanlah zikir ini sebanyak 1,106x selesai solat ditempat yang sunyi , nescaya Allah akan membuka hijab padanya dari segala rahsia serta diberi kefahaman ilmu .

YA BATIN ( Yang Maha Ghaib )
- Amalkanlah zikir ini sebanyak 30x sesudah solat fardu , nescaya Allahakan membuka hijab padanya dari segala rahsia serta diberi kefahaman ilmu .

YA WALI ( Yang Maha Memberikan )
- Memperbanyakkan zikir ini setiap pagi dan petang , insyaallah kita akan dibukakan pintu ma'rifat .

YA MUTA'ALI ( Yang Maha Meninggikan )
- Sekiranya kita hendak berjumpa dengan mereka yang berkedudukan tinggi , bacalah zikir ini sebanyak mungkin . Insyaallah dengan mudah kita akan berjumpa dengannya dan segala hajat yang penting akan berhasil .

YA BARR ( Yang Maha Dermawan )
- Amalkan zikir ini sebanyak mungkin setiap hari , insyaallah segala apa yang dihajati akan terlaksana dengan mudah .

YA TAWWAB ( Yang Maha Penerima Taubat )
- Perbanyakkan zikir ini supaya dengan mudah diberikan petunjuk kembali ke jalan yang lurus .

YA MUNTAQIM ( Yang Maha Penyiksa )
- Perbanyakkan zikir ini setiap kali sesudah solat fardhu. Insyaallah , kita akan mendapat pertolongan Allah dalam berhadapan dengan orang yang zalim .

YA 'AFU ( Yang Maha Pemaaf )
- Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini , nescaya dia akan diampuni segala dosanya oleh Allah .

YA RAUF ( Yang Maha Pengasih )
- Bagi sesiapa sahaja yang inginkan dirinya disayangi oleh sesiapa sahaja yang memandangnya , amalkan zikir ini seberapa mampu pada waktu siang mahupun malam .

YA MALIKUL MULK ( Yang Maha Menguasai Segala Kerajaan )
- Seseorang ketua yang ingin kedudukan yang kekal dan tetap tanpa gangguan , amalkan zikir ini sebanyak 212x sesudah solat waktu dan 212x pada setiap malam .

YA ZUL JALALI WAL IKRAM ( Yang Maha Memiliki Kebebasan dan  Kemuliaan )
- Amalkan zikir ini sebanyak 65x setiap hari , insyaallah segala hajat kita akan tercapai dengan pertolongan Allah .

YA MUQSIT ( Yang Maha Menyeimbangkan )
- Berzikirlah dengan zikir ini mengikut kemampuan , insyaallah Allah akan menganugerahkan sifat adil kepada mereka yang mengamalkannya .

YA JAMI' ( Yang Maha Pengumpul )
- Sekiranya ada ahli keluarga kita yang lari daripada rumah amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin setiap hari dengan niat semoga Allah menyedarkan orang tersebut . Dengan izin Allah orang yang lari itu akan pulang dalam jangka waktu yang singkat .

YA GHANI ( Yang Maha Kaya ) 
- Amalkanlah zikir ini pada setiap hari sebanyak mungkin , insyaallah apa yang kita usahakan akan cepat berhasil dan kekayaan yang kita perolehi itu akan mendapat berkat .

YA MUGNI ( Yang Maha Pemberi Kekayaan )
- Mintalah kekayaan yang bermanfaat untuk kehidupan dunia dan akhirat kepada Allah dengan memperbanyakkan zikir ini , insyaallah segala hajat kita akan tercapai .

YA MANI' ( Yang Maha Mencegah )
- Amalkan zikir ini sebanyak 161x pada waktu menjelang solat Subuh setiap hari, insyaallah kita akan terhindar dari orang yang zalim dan suka membuat angkara .

YA DARR ( Yang Maha Pemberi Derita )
- Amalkanlah zikir ini sebanyak 1001x pada setiap hari , insyaallah dengan ikhtiar ini penyakit yang telah lama dihidapi akan cepat sembuh .

YA NAFI' ( Yang Maha Pemberi Manfaat )
- Menurut Imam Ahmad Al-Buuniy, barangsiapa mengamalkan zikir ini setiap hari , maka bagi orang yang sakit , sakitnya akan sembuh dan bagi orang yang susah akan dihilangkan kesusahannya dengan izin Allah .

YA NUR ( Yang Maha Bercahaya )
- Menurut Sheikh Ahmad bin Muhammad As Shawi , barangsiapa yang menghendaki kemuliaan yang agung dan memperolehi apa yang dimaksudkan baik kebaikan dunia mahupun akhirat , maka selalulah berzikir dengan Asma Allah ini setiap pagi dan petang .

YA HADI ( Yang Maha Pemberi Petunjuk )
- Bagi sesiapa yang tersesat dalam perjalanan , zikirlah Asma Allah , insyaallah akan diberikan pertolongan dan cepat lepas dari kesesatan tersebut .

YA BADI' ( Yang Maha Pencipta Keindahan )
- Andai kita mempunyai rancangan yang besar ,maka berzikirlah dengan zikir ini sebanyak 500x selepas solat fardhu . Insyaallah rancangan kita akan berjaya dan berjalan lancar .

YA BAQI ( Yang Maha Kekal )
- Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin pada bila-bila masa , insyaallah dengan ikhtiar ini semua pekerjaan yang telah menjadi punca rezeki tidak akan mudah terlepas dan perniagaan akan terus maju .

YA WARIS ( Yang Maha Pewaris )
- Amalkan Asma Allah ini sebanyak yang mungkin , insyaallah kita akan dikurniakan umur yang panjang dan hidup yang berhasil .

YA RASHID ( Yang Maha Bijaksana )
- Berzikirlah dengan Asma Allah ini sebanyak 1000x di antara waktu Maghrib dan Isyak , insyaallah kita akan beroleh minda yang cerdas .

YA SABUR ( Yang Maha Sabar )
- Agar kita diberi kesabaran oleh Allah dalam segala hal , maka perbanyakkanlah zikir Asma Allah ini . Dengan sifat sabar dan penuh pengharapan kepada Allah , insyaallah segala usaha kita akan mencapai kejayaan .

Sumber : Al- Hidayah Publications

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. terima kasih di atas perkongsian :)

    BalasPadam
  2. Zikir feveret ayah dodoi humaira tido,kalau ibu doa je letak kepala lena terus hahahhaha

    BalasPadam
  3. Subhanallah walhamdulillah.. semoga Allah sentiasa memberkati atas perkongsian ini. Terima kasih dan salam Jumaat Lya :)

    BalasPadam
  4. Trima kasih atas perkongsian..alhamdulillah

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.