Yayasan Qaseh ZY Phyto | Yayasan Qaseh Zy Phyto adalah anak syarikat ZY Phyto Tech Industries Sdn Bhd . Tujuan utama Yayasan Qaseh Zy Phyto ditubuhkan adalah untuk memperkasa sosio-ekonomi ummah melalui jaringan perniagaan , pembangunan ilmu , latihan dan usahasama sahabat secara istiqamah melalui program peningkatan dari segi aspek kerohanian dan identiti diri serta memperkasa ekonomi setempat melalai rantaian perniagaan utama Zy Phyto .
Latar Belakang Penubuhan Yayasan Qaseh Zy Phyto
Penubuhan Yayasan Qaseh ZY Phyto telah diilhamkan oleh Encik Zaidi Bin Yusoff pada pertengahan tahun 2016 . Yayasan Qaseh ZY Phyto telah didaftarkan secara sah di bawah Akta Syarikat 1965 , pada 17 November 2016 dengan No Pendaftaran : (1209349W)
Yayasan Qaseh Zy Phyto banyak melaksanakan kerja kerja amal seperti pengagihan makanan kepada gelandangan dan orang miskin , aktiviti pengumpulan pakaian dan barangan terpakai , aktiviti bersama warga emas , mengendalikan majlis kemasyarakatan bersama sama komuniti islam , pengagihan infak ke badan badan kebajikan dan juga program melancong sambil beramal . Inilah antara cabang amal dibawah Yayasan Qaseh Zy Phyto .
Kembara Qaseh Kemboja
Program Mendakap Qaseh Acheh
Program Iftar Ramadhan Dan Terawih
Majlis Korban
Kembara Qaseh Perth
Kembara Qaseh Mabul
Kembara Qaseh Sarawak
Agihan Sumbangan Kepada Gelandangan
Agihan Infaq Pada Yang Memerlukan
Badan Badan Yang Di Sokong Oleh Yayasan Qaseh Zy Phyto
Berikut adalah senarai badan badan yang di sokong oleh Yayasan Qaseh Zy Phyto . Antaranya ialah :
- Rumah Pertiwi Kuang
- Rumah Perlindungan As Safiyah Alam Jaya
- Tahfiz Al Hidayah Kapar
- Tahfiz Al Falahiyah Subang
- Tahfiz Seksyen 13 Shah Alam
- Pusat Tahfiz Sungai Merab
- Pusat Dialisis Mais
Alhamdulillah banyak program program menarik yang telah dijalankan oleh Yayasan Qaseh Zy Phyto sepanjang penubuhannya . Di harapkan Yayasan Qaseh Zy Phyto akan terus berkembang maju di masa masa akan datang dan dapat memberi lebih banyak sumbangan kepada masyarakat yang memerlukan . InsyaAllah .
5 Ulasan
terbaek. best kalau dpt terlibat dgn program2 mereka.. :)
BalasPadamJemput singgah entry terkini & jgn lupa tinggalkan jejak k ^_^
1. 20% Discount La'Beyla di Shopee
2. Firul Collections
3. Indok Chanteq Kuching
Harap sudi join segmen ejulz kalau belum join :)
1. SEGMEN Tambah Duit Dengan Kerja PARTIME Dari EJULZ
Banyak program diaorang buat, kalau dapat terlibat mesti syok.
BalasPadamterbaik lah
BalasPadamBagus tu, jgn dilupa insan yg sangat memerlukan
BalasPadambukan sahaja dalam bisnes, malah aktiviti kesedaran macam ni diaornag buat..bagus sangat zy phyto ni
BalasPadamAssalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.