Yayasan Qaseh Zy Phyto : Penglibatan , Peranan Dan Sumbangan

July 12, 2018

Yayasan Qaseh ZY Phyto | Yayasan Qaseh Zy Phyto adalah anak syarikat ZY Phyto Tech Industries Sdn Bhd . Tujuan utama Yayasan Qaseh Zy Phyto ditubuhkan adalah untuk memperkasa sosio-ekonomi ummah melalui jaringan perniagaan , pembangunan ilmu , latihan dan usahasama sahabat secara istiqamah melalui program peningkatan dari segi aspek kerohanian dan identiti diri serta memperkasa ekonomi setempat melalai rantaian perniagaan utama Zy Phyto .

Latar Belakang Penubuhan Yayasan Qaseh Zy Phyto

Penubuhan Yayasan Qaseh ZY Phyto telah diilhamkan oleh Encik Zaidi Bin Yusoff pada pertengahan tahun 2016 . Yayasan Qaseh ZY Phyto telah didaftarkan secara sah di bawah Akta Syarikat 1965 , pada 17 November 2016 dengan No Pendaftaran : (1209349W) 


Ahli lembaga pengarah Yayasan Qaseh Zy Phyto terdiri daripada : 

- Encik Zaidi Bin Yusoff
- Puan Sharifah Ameelia Akma Binti Mohd Ramly
- Encik Salehhin Bin Hassan
- Encik Saiful Izham Ramli


Aktiviti Yayasan Qaseh Zy Phyto 


Yayasan Qaseh Zy Phyto banyak melaksanakan kerja kerja amal seperti pengagihan makanan kepada gelandangan dan orang miskin , aktiviti pengumpulan pakaian dan barangan terpakai , aktiviti bersama warga emas , mengendalikan majlis kemasyarakatan bersama sama komuniti islam , pengagihan infak ke badan badan kebajikan dan juga  program melancong sambil beramal . Inilah antara cabang amal dibawah Yayasan Qaseh Zy Phyto  .

Kembara Qaseh Kemboja 

Program Mendakap Qaseh Acheh

Program Iftar Ramadhan Dan Terawih

Majlis Korban 

Kembara Qaseh Perth 

Kembara Qaseh Mabul 

Kembara Qaseh Sarawak 

Agihan Sumbangan Kepada Gelandangan 

Agihan Infaq Pada Yang Memerlukan 

Badan Badan Yang Di Sokong Oleh Yayasan Qaseh Zy Phyto 




Berikut adalah senarai badan badan yang di sokong oleh Yayasan Qaseh Zy Phyto . Antaranya ialah :

- Rumah Pertiwi Kuang
- Rumah Perlindungan As Safiyah Alam Jaya 
- Tahfiz Al Hidayah Kapar
- Tahfiz Al Falahiyah Subang
- Tahfiz Seksyen 13 Shah Alam 
- Pusat Tahfiz Sungai Merab 
- Pusat Dialisis Mais 

Alhamdulillah banyak program program menarik yang telah dijalankan oleh Yayasan Qaseh Zy Phyto sepanjang penubuhannya . Di harapkan Yayasan Qaseh Zy Phyto akan terus berkembang maju di masa masa akan datang dan dapat memberi lebih  banyak sumbangan kepada masyarakat yang memerlukan . InsyaAllah .

Artikel Menarik yang Lain

4 Sahabat Setia

  1. terbaek. best kalau dpt terlibat dgn program2 mereka.. :)

    Jemput singgah entry terkini & jgn lupa tinggalkan jejak k ^_^
    1. 20% Discount La'Beyla di Shopee
    2. Firul Collections
    3. Indok Chanteq Kuching

    Harap sudi join segmen ejulz kalau belum join :)
    1. SEGMEN Tambah Duit Dengan Kerja PARTIME Dari EJULZ


    ReplyDelete
  2. Banyak program diaorang buat, kalau dapat terlibat mesti syok.

    ReplyDelete
  3. Bagus tu, jgn dilupa insan yg sangat memerlukan

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.