Semak Arah Kiblat Semasa Fenomena Istiwa A’zam 16 Julai 2018 Jam 5.28 Petang

Semak Arah Kiblat Semasa Fenomena Istiwa A’zam 16 Julai 2018 Jam 5.28 Petang | Fenomena Istiwa A’zam ialah kedudukan di mana matahari berada di titik Zenith ketika Istiwa dan nilai sudut Istiwa matahari akan bersamaan dengan nilai latitud . Peristiwa Istiwa A’zam (matahari tegak di atas kaabah) hanya berlaku dua kali dalam setahun . Peluang terhadap fenomena ini boleh diambil dengan mengenalpasti dan mengesahkan arah kiblat tempat di mana kita berada . Pengesahan arah kiblat ini boleh dilakukan dengan kaedah yang paling mudah iaitu meletakkan sebatang kayu yang panjang dan lurus pada waktu petang . 


Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Fenomena Istiwa A’zam 

Pada waktu ini , kedudukan matahari akan berada tepat di atas Kaabah dan semua bayang-bayang objek tegak di seluruh dunia akan menghadap ke arahnya .

Fenomena ini berlaku 2 kali setahun . (28 Mei Jam 5.16 petang) dan (16 Julai Jam 5.28 petang) . Jika tahun itu adalah tahun lompat , maka ia akan berlaku awal sehari .

Di Malaysia , bayang-bayang akan jatuh di sebelah Timur . Oleh itu , arah kiblat adalah bertentangan dari bayang-bayang tersebut iaitu sebelah Barat .

Cara-Cara Semakan Kiblat Dilakukan 

Pergi ke tempat lapang yang terdedah dengan matahari .

Pacak satu tiang atau objek panjang dalam kedudukan 90 darjah .

Lihat arah kiblat melalui bayang-bayang semasa waktu fenomena ini berlaku . 

Ingat , jika di Malaysia arah kiblat adalah bertentangan dengan arah jatuhnya bayang-bayang .

Catat Ulasan

3 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.