Fikir Positif Untuk Raih Kejayaan

Fikir Positif Untuk Raih Kejayaan | Jangan Bimbang ! Asal sahaja kita mahu BERUSAHA pasti ada saja yang akan MEMBANTU . Dan Allah akan menunjukkan jalannya . Yang penting jangan lupa Allah . Jangan segan segan minta pada Allah . Jika mahu berjaya tidak kira dalam bidang pelajaran , perniagaan ataupun pekerjaan kita perlu berusaha bersungguh sungguh dan belajar daripada insan yang telah meraih kejayaan bukan setakat belajar daripada kesilapan sendiri .


Jangan Mudah Stress

Terkadang bila kita terlalu berharap dan meletakkan harapan yang tinggi untuk berjaya kita akan mudah stress . Stress menjadikan kita lemah dan malas untuk melakukan kerja . Ini menjadikan hidup kita hura hara kerana kita melakukan sesuatu dalam keadaan stress . Tips untuk hilangkan stress perbanyakkan doa dan zikir . Insyaallah hilang stress  bilamana kita mengamalkan doa dan zikir .

Kelilingi Diri Dengan Mereka Yang Hebat 

Ingin jadi insan hebat dan berjaya ? Caranya kelilingi diri anda dengan mereka merwka yang hebat dan pasti anda juga akan jadi onsan hebat dan berjaya seperti mereka . Beranikan diri untuk meninggalkan kelopak yang lama dan binalah kelopak yang baru yang akan membawa kita lebih maju dan berjaya di masa masa akan datang . Jangan lupa bawa bersama rakan rakan kita agar mereka juga dapat berjaya bersama sama kita .

Cuba Benda Baru 

Kita ni kan memang tak lepas dengan buat benda lama dan sentiasa mengulang ulang benda yang sama . Kenapa ? Kerana kita takut nak mencuba benda baru . Bila kita sudah merasa selesa dengan apa yang kita buat , apa yang kita ada kita jadi selesa dan berterusan melakukan benda yang sama . Apakata cuba benda baru agar kita terus maju dan tidak ketinggalan . Dengan cara ini kita kan mencapai kejayaan yang lebih hebat di masa masa akan datang .

Menulis Matlamat Diri 

Setiap seorang daripada pasti mempunyai matlamat untuk berjaya . Tetapi kalau sekadar matlamat ianya belum.mencukupi . Tulislah matlamat anda agar dapat di baca berulang ulang kali dan minda anda akan memproses untuk memenuhi setiap matlamat yang anda tulis . Tulis matlamat anda berulang kali bagi menggandakan peluang anda untuk mencapai matlamat tersebut .

Jangan Malas Untuk Bertanya 

Bila kita rasa diri kita hebat , kita jadi malas untuk bertanya walaupun kita tidak tahu jawapan untuk pertanyaan yang bermain di minda kita . Walau siapapun kita dan sehebat mana kita sekarang , kita masih perlu.menuntut ilmu . Paling mudah mendapatkan ilmu adalah dengan bertanya . Jangan malu untuk bertanya kelak kita juga yang rugi .

Urus Masa Dengan Baik 

Salah satu ciri orang berjaya adalah mereka bijak dalam mengurus masa . Pengurusan masa sangat penting untuk menjadi insan berjaya . Jadi kita kena bijak urus masa untuk jadi cemerlang  dan jangan membazir masa kerana masa tidak boleh di undur kembali .

Minta Yang Baik Baik Dengan Allah 

Sentiasa ingat Allah dan minta apa saja dengan Allah . Allah sebaik baik perancang . 

" Ketika meminta kepada Allah jangan minta yang kecil kecil tapi mintalah yang terbesar sekali . Jangan dilihat kelayakan kita untuk menerima , sebaliknya lihatlah pada kelayakan Allah yang maha memberi "
( Al Habib Ali Zaenal Abidin Abu Bakar )

SUBHANALLAH WABIHAMDIHI SUBHANALLAHHIL AZIM

"Ya Allah, Izinkan Aku Menjemput RezekiMU"
               Ya Allah ! Aku Magnet Rezeki .

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Insyaallah.. Rezeki x pernah silap tempat dan masa :)

    BalasPadam
  2. Thank you for the tips ... sangat berguna

    BalasPadam
  3. salam kenal

    https://epilogismesky.blogspot.com/

    BalasPadam
  4. terima kasih atas semua tips ni. saya tengah give up sebab tak dapat masuk universiti. by the way, saya first time datang sini dan terus follow sini sebab suka dengan cara awak menulis. kalau sudi meh lah singgah blog saya hehe. saya followers ke 1094

    BalasPadam
  5. Terima kasih untuk tips...sangat2 bermanfaat..jangan pandang ke belakang tapi pandanglah ke depan

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.