Aiskrim 100% Pure Buah-Buahan Dan Susu Gerenti Sedap

Aiskrim 100% Pure Buah-Buahan Dan Susu Gerenti Sedap | Dua tiga hari lepas anak anak KakYa ada bawak balik Aiskrim Malaysia yang diaorang beli kat kawasan perumahan ni. Sedih sangat tengok aiskrim harga rm0.50 tapi takde apa rasa pon macam air sejuk tambah pewarna jer huhuhu. Hadoi laa kot ya pon nak untung, rasa la sikit aiskrim tu dulu sebelum nak menjual. Ni tidak, main jual jer tanpa fikir panjang. Kesian la kan kat budak budak yang beli. Nak makan aiskrim tapi macam minum air sejuk dah rasanya. Dah la aiskrim tu dia letak pewarna jer. Hijau, kuning merah, pink, biru pon ada. Tapi rasa semua sama, macam air sejuk. Ntah apa fungsi warna warna tu KakYa tak pasti tapi semua rasa SAMAAA ... Aduhaii..

Orang kata seronoknya lahai dapat makan aiskrim bila cuaca panas tapi bila dapat aiskrim lagu tu ntah mana pegi seronoknya. Hilang selera terus nak makan. Ha aa sebab tu la post kalini KakYa nak belajar sendiri cara buat aiskrim sedap dan juga sihat dengan menggunakan bahan segar untuk anak anak KakYa. Ni bukan setakat boleh buat untuk anak anak jer, boleh buat untuk kawan kawan diaorang juga. KakYa post kat sini dulu senang simpan sesiap resepi mudah nak buat aiskrim. Jom kita belajar cara cara buat aiskrim 100% pure buah buahan dan susu. Gerenti sedap dan memikat hati. Senang sangat jer buah aiskrim ni sebenarnya, korang pon boleh buat kat rumah. KakYa lum lagi nanti ada masa KakYa nakncuba buat. Harap harap ada la rupa aiskrim bila siap hehehehehe...

Bahan Bahan Untuk Aiskrim 100% Pure Buah Buahan Dan Susu Gerenti Sedap


Antara bahan bahan yang diperlukan adalah:

• 1 kotak besar susu segar 
• 1 botol air yogurt segar tanpa pewarna atau perisa 
• Buah-buahan pilihan korang 
• Plastik atau bekas acuan aiskrim

Huhuhu sedap sungguh lahai aiskrim stawberi ni, rasa cam nak jilat skrin laa hahaha..

Yang ni aiskrim mangga .. huhuhu menggugat jiwa gak la time panas panas gini.

Kiwi pon best .. KakYa penah buat aiskrim kiwi campur epal .. Sedap sangat ..

Yang ni KakYa tak penah jumpa .. Aiskrim betik. Umur dah nak masuk 40an tak penah lagi la KakYa makan aiskrim betik. Korang penah makam aiskrim betik tak?

Yang ni aiskrim nangka .. Masan kecik kecik dulu mak KakYa selalu gak buat aiskrim malaysia bubur nangka.. 

Alahai kalau tembikai ni memamg menggoda betul. Agak agak sempat jadi aiskrim ke idok laa ya kalau tembikai depan mata. Hahaha KakYa kalau tembikai merah ni makan gitu jer. 

Langkah Langkah Menyediakan Aiskrim 100% Pure Buah Buahan Dan Susu.

Langkah 1: Potong buah buahan dan blender hingga menjadi jus. 

Langkah 2: Masukkan lebihan buah buahan yang di potong dadu ke dalam mangkuk besar dan campurkan bersama yogurt dan susu.

Langkah 3: Dah siap masukkan berhati-hati ke dalam plastik aiskrim dan ikat kemas.

Langkah 4: Sejukkan dalam bahagian peti sejuk beku dan sedia untuk dinikmati bika dah beku dan ada rupa aiskrim hehehe.. 

Selamat mencuba korang ... Moga moga menjadi dengan jayanya aiskrim korang nanti. Ok tu sekua gambar dari Mr Google. KakYa rembat dari sana jer...

Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. uish nampak menarik. boleh try buat nnati

    BalasPadam
  2. telan ailio tengok aiskrim buah2an..nangka & betik tk pernah jumpa lg..

    BalasPadam
  3. tak pernah lagi makan aiskrim betik tapi kalau ada memang excited sangat nak makan. Betik makan sejuk2 memang sedap!

    BalasPadam
  4. Macam sedap dan berkhasiat je aiskrim ni.. Teringin pulak nak buat.. 😍

    BalasPadam
  5. Peliknya aiskrim nangka. Hii. Tapi semua aiskrim nampak menarik je 😍

    Kak Ya, jemput join giveaway di blog Siqah ye 🙈

    LETTER OF HAPPINESS GIVEAWAY BY BLOG SIQAHIQA

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.