Carousell Live Di The Square Publika

Carousell Live! Di The Square Publika | Pembelian barangan secara atas talian sememangnya menjadi pilihan orang ramai pada masa kini. Terdapat pelbagai barangan dijual secara atas talian membolehkan pengguna membuat pilihan lebih baik untuk membeli sesuatu barangan yang mereka idamkan. Tambahan pula kekangan masa menjadi faktor utama orang ramai memilih untuk membeli belah secara atas talian. Kos perjalanan dan penjimatan masa  turut memainkan peranan utama, sebab dan kenapa orang ramai lebih suka membeli belah atas talian. Tarikan utama pembelian barangan secara atas talian, kita cuma perlu tempah dan tunggu barangan yang dibeli sampai di depan pintu.

Di zaman serba canggih ini pelbagai aplikasi mudah alih tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Antara aplikasi yang menjadi tarikan orang ramai pada masa kini adalah Carousell.

Carousell

Carousell? Apabenda Carousell ni sebenarnya?. Untuk korang yang belum mengetahui apabenda Carousell ni, KakYa nak berkongsi info mengenai Corousell dengan korang. Corousell adalah satu aplikasi iklan mudah alih yang membuat jualan  dan pembelian mudah di internet. Carousell telah dilancarkan pada bulan Ogos 2012 di Singapura dan telah berkembang ke 19 bandaraya di seluruh dunia. Carousell telah disenaraikan sebagai aplikasi gaya hidup dan belanja teratas di Singapura, Taiwan dan Hong Kong. Di Malaysia, Carousell mempunyai pelbagai produk dalam 28 kategori termasuk fesyen dan kecantikan, fesyen muslimah, barangan bayi dan kanak kanak, barangan kelengkapan rumah, gadget dan banyak lagi.


Carousell Menjalinkan Kerjasama Bersama Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (MRCS)

Carousell Live, program usahasama Carousell bersama Persatuan Bulan Sabit Merah bagi tujuan pengumpulan dana untuk aktiviti yang akan dijalankan oleh pihak MRCS seperti bencana, operasi bantuan, kesihatan dan khidmat komuniti, pembinaan keupayaam serta pembangunan belia.  Program ini alan diadakan pada 10 dan 11 Mac 2018 bertempat di Publika, Solaris Dutamas bermula jam 10 pagi dan berakhir pada jam 8 malam. 

Program Carousell Live turut menyediakan satu platform untuk PBSM menjual barangan pre loved yang didermakan oleh orang awam sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengumpul dana. Barangan ini akan disenaraikan di Carousell bagi membolehkan pembeli luar dari Lembah Klang membeli barangan yang disenaraikan melalui atas talian.

Carousell Live juga akan membuka 20 gerai yang melibatkan Carousellers dan juga selebriti seperti Zahiril Adzim, Sheira Ayoub, Nadia Brian, Sarah Hidelbrand, Nabil Mahir, Shalma Ainaa, dan Natrah, yang akan menjual barang-barang baru dan barangan pre-loved seperti fesyen, aksesori, seni dan juga barangan elektronik. Jadi apakata korang set tarikh sesiap pada 10 dan 11 Mac ini untuk korang sama sama shopping sakan sambil menderma. 


"Carousell Live adalah satu platform untuk Carousellers memaparkan dan menjual barangan mereka. Ia juga satu platform bagi kami untuk menyumbang kembali kepada masyarakat melalui perkongsian penting bersama MRCS. Sebagai satu masyarakat yang berperikemanusiaan yang telah memberikan perkhidmatannya kepada rakyat Malaysia selama 70 tahun, kami berharap rakyat Malaysia akan menunjukkan sokongan mereka di acara ini dan membantu dalam membiayai operasi mereka," kata Lucas Ngoo, Co-Founder dan Ketua Pegawai Teknologi Carousell .


Untuk maklumat lanjut mengenai Carousell, sila layari laman facebook Carousell  www.facebook.com/carousell.my atau  lawati my.carousell.com . Jangan lupa untuk muat turun aplikasi Carousell dari Apple Store atau Google Play Store.

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Teringin plak nak pergi nnt

    BalasPadam
  2. Seronok ni kalau dapat pi, mesti banyak barang² dijual.

    BalasPadam
  3. macam menarik pun ada
    carousell nih awal2 saya download dulu dekat Malaysia tak ada yang kenal lagi
    sejak keluar dkt gegar vaganza terus famous carousell nih
    hehe

    BalasPadam
  4. Moga2 ada banyak lagi acara sebegini dianjurkan pada masa akan datang

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.