Best Sangat Ke KL Special Force?

Best Sangat Ke KL Special Force? | KL Special Force, tengok tajuk filem baru arahan Syafiq Yusof terbitan Skop Production Sdn Bhd ni kan buat KakYa rasa teruja nak menonton filem ni. Bukan apa tajuk dia tu pon dah best cam filem antarabangsa punya tajuk. KakYa harap harap jalan citer pon antarabangsa jugak la. Genre filem serius aksi kepolisan ni memang KakYa suka tambah tambah kalau pelakonnya Rosyam Nor. Kita peminat setia Rosyam Nor la wak!  Syamsul Yusof pon kita suka jugak dia berlakon, sekarang ni makin mantap dia punya lakonan dan boleh pergi jauh. Amboi pepandai kita komen. Harap harap Syamsul Yusof baca ni hehehe. Perasannnnnnnnnn nya kita.

KL Special Force akan menemui penonton di pawangan pada 8 Mac 2018.



Ni antara gambar gambar yang KakYa dapat dari instagram kl.specialforce. 

Masa KakYa tengok official trailer filem ni kat YouTube, memang penuh dengan aksi aksi  hebat dan mendebarkan. Korang boleh layan aksi aksi menarik kat bawah ni.


Tetiba plak KakYa terpandang scene rompakan yang pakai topeng kat dalam filem ni. Scene tu ada cam persamaan pulak dengan filem Jackie Chan, Nicholas Tse dan Daniel Wu berjudul New Police Story yang keluar sekitar tahun 2004. Adakah ianya satu kebetulan?. Apapon kita tunggu jer la tayangannya 8 Mac 2018 nanti. Best ke tak best filem KL Special Force, korang nilai sendiri bila dah tengok nanti. Kalau nak nilai sekarang tak boleh lagi la kan, sebab belum tengok lagi. Kalau ada masa dan kelapangan KakYa akan bawak anak anak menonton filem ni. Support filem melayu kita. 

Pelakon KL Special Force

Dah tahu genre filem KL Special Force kan?. Korang tanak tau ke siapa pelakon hebat yang membintangi filem ni.

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam filem KL Special Force ialah Datuk Rosyam Nor, Syamsul Yusof, Fattah Amin, Mahmud Ali Bashah, Shaharuddin Thamby, Esma Danial, Puteri Balqis, Sabrina Ali, Tania Hudson, Liza Abdullah, Ramona Zamzam, Razif Salimin, Mustaqim Bahadon, Josiah Padilla Hogan, Siraj Alzakap, Ruzzlan Abdullah Shah dan ramai lagi.

Sinopsis Filem KL Special Force

Mengisahkan tentang sekumpulan Unit Khas PDRM yang diketuai oleh Roslan yang berusaha untuk menjatuhkan sekumpulan perompak yang diketuai oleh Asyraff. Kumpulan perompak yang dikenali sebagai 'Geng Anarkis' melaksanakan pelan rompakan dengan begitu licik dan pelbagai taktik untuk mengelirukan pihak polis. Seorang anggota polis muda bernama Zul yang berjiwa besar diserapkan dalam Unit Khas PDRM untuk membantu Roslan menyelesaikan kes berkenaaan, tetapi situasi menjadi bertambah rumit apabila ketua perompak iaitu Asyraff mula memanipulasi perasaan, minda dan syak wasangka diantara Roslan dan Zul. Taktik asyraff menimbulkan stigma dan pergolakan diantara anggota di dalam unit khas tersebut. Dalam pada masa yang sama, Roslan mengalami masalah keseimbangan masa untuk kerja dan keluarga dan sering bertengkar dengan isterinya yang bernama Diana. Zul juga mengalami masalah yang sama dengan tunangnya Mia yang merupakan anak kepada pengerusi bank Damofa iaitu Dato' Mior. Sebuah rahsia bakal terbongkar apabila Geng Anarkis hanya merompak bank kepunyaan Dato' Mior. Apakah rahsia tersebut? Bagaimanakah pihak polis mahu menumpaskan Geng Anarkis?

Tunggu Tayangan KL Special Force 

Apa apapon kita tunggu 8 Mac 2018 nanti. Harap harap filem ni tak mengecewakan peminat filem melayu tempatan. Tungguuuuuu !!!

Catat Ulasan

4 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.