Western Food Murah Dan Sedap Di Planet & Co Benteng Bistro Taman Esplanade Kuantan

Western Food Murah Dan Sedap Di Planet & Co Benteng Bistro Taman Esplanade Kuantan | Baru baru ni masa jalan jalan kat Kuantan KakYa teringat satu tempat makan best. Planet & Co Benteng Bistro. Lama dah nak pegi sebenarnya tapi takde kelapangan masa. Kebetulan baru baru ni bawak anak anak jalan jalan kami singgah makan kat Planet & Co Benteng Bistro. Kalau korang nak tahu Planet & Co Benteng Bistro menyajikan pilihan makanan western dengan harga murah dan berpatutan. Memang murah dan berbaloi baloi makan kat sini. Korang yang ada kat Kuantan mesti cuba makanan kat sini. 

Western Food Murah, Western Food Sedap Kuantan, Chicken Chop Murah Kuantan, Lamb Chop Sedap Kuantan, Tempat Makan Best Kuantan, Tempat Makan Sedap Kuantan, Planet & Co Benteng Bistro, Planet & Co Kuantan

Planet & Co Benteng Bistro menawarkan pelbagai jenis makanan ala barat yang pasti menepati citarasa masakini. Dengan pilihan pelbagai jenis makanan dan juga minuman yang akan memikat selera pengunjung Planet & Co Benteng Bistro pastinya pilihan KakYa seisi keluarga untuk makan makan sambil bersantai di tepi Sungai Kuantan. Untuk makluman korang, Planet & Co Benteng Bistro di buka pada waktu malam sahaja bermula jam 6 petang sehingga jam 12 tengah malam.

Ok dah citer sikit sikit mengenai Planet & Co Benteng Bistro untuk korang, tanpa buang masa KakYa nak kongsikan kat korang makanan yang KakYa satu family order untuk makan malam kami. Untuk En Hubby KakYa order Single Platter. Kat dalam pinggan ni meriah giler, macam macam ada. Bukan satu jenis je tapi bermacam macam jenis duk dalam satu pinggan. Korang yang nak tahu apa yang ada kat dalam pinggan. Meh dekat sikit tatap gambar ni. 

Western Food Murah, Western Food Sedap Kuantan, Chicken Chop Murah Kuantan, Lamb Chop Sedap Kuantan, Tempat Makan Best Kuantan, Tempat Makan Sedap Kuantan, Planet & Co Benteng Bistro, Planet & Co Kuantan
"Single Platter"
  Chicken Chop, spaghetti carbonara, tortilla,
2 sosej, nugget dan juga kentang goreng dengan sos lada hitam, mayonis dan juga keju. Bagi KakYa hidangan untuk Single Platter memang  cukup berbaloi dengan harga RM19.90 sahaja.

Untuk kakak Insyirah, pilihan dia sendiri Chicken Chop Aloha Hawaiian. Ni rupa dia. Menarik dan sedap dengan kentang goreng dan salad serta limpahan sos lada hitam, mayonis dan juga keju. Harga untuk Chicken Chop Aloha Hawaiian ni RM8 jer. Murah la bagi KakYa sebab rasa dia sedap dan Insyirah pon suka.

Western Food Murah, Western Food Sedap Kuantan, Chicken Chop Murah Kuantan, Lamb Chop Sedap Kuantan, Tempat Makan Best Kuantan, Tempat Makan Sedap Kuantan, Planet & Co Benteng Bistro, Planet & Co Kuantan
"Chicken Chop Aloha Hawaiian"

Western Food Murah, Western Food Sedap Kuantan, Chicken Chop Murah Kuantan, Lamb Chop Sedap Kuantan, Tempat Makan Best Kuantan, Tempat Makan Sedap Kuantan, Planet & Co Benteng Bistro, Planet & Co Kuantan
"My Planet Chicken Chop Cheesey"

Iman pilih My Planet Chicken Chop Cheesey. Dengan sos lada hitam, mayonis dan juga cheesey yang melimpah di atas dada ayam digoreng rangup serta kentang goreng pastinya menambat selera Iman. Iman cakap sedap dan sesuai dengan selera dia. Harga untuk My Planet Chicken Chop Cheesey RM8 sahaja.

Western Food Murah, Western Food Sedap Kuantan, Chicken Chop Murah Kuantan, Lamb Chop Sedap Kuantan, Tempat Makan Best Kuantan, Tempat Makan Sedap Kuantan, Planet & Co Benteng Bistro, Planet & Co Kuantan

Western Food Murah, Western Food Sedap Kuantan, Chicken Chop Murah Kuantan, Lamb Chop Sedap Kuantan, Tempat Makan Best Kuantan, Tempat Makan Sedap Kuantan, Planet & Co Benteng Bistro, Planet & Co Kuantan
"Chicken Chop Buona Notte Italia"

Dak kecik pilih Chicken Chop Buona Notte Italia. Berbelit lidah aihh nak menyebutnya. Sama juga macam kakak dan abang dia cuma pilihan dia takde sos lada hitam. Akif cakap sedap dan dia pon suka rasa Chicken Chop Buona Notte Italia. Kalau dak kecik cakap sedap maknanya sedap la tu. Kalau tak sedap dia tak makan. Dak kecik ni lain sikit, kalau tak ikut standart kesedapan yang dia rasa dia tak makan atau kalau makan pon dia makan sikit jer. Harga Chicken Chop Buona Notte Italia RM10 sahaja. 

Western Food Murah, Western Food Sedap Kuantan, Chicken Chop Murah Kuantan, Lamb Chop Sedap Kuantan, Tempat Makan Best Kuantan, Tempat Makan Sedap Kuantan, Planet & Co Benteng Bistro, Planet & Co Kuantan
"Spaghetti Meatball Bolognese"

KakYa makan Spaghetti Meatball Bolognese jer. Sebab anak anak dah order chicken chop jadi KakYa pilih spaghetti jer la. Lagipon anak anak KakYa ni jenis tak kisah kongsi kongsi rasa makanan diaorang. Yang kakak boleh kongsi ngan adik begitu jugak adik boleh kongsi dengan kakak dan abang. Alhamdulillah semua boleh rasa makanan yang berlainan. Tapi yang paling jadi perhatian, pinggan En Hubby la sebab banyak jenis makanan kat dalam satu pinggan. Harga untuk Spaghetti Meatball Bolognese RM10.

Masa makan haritu KakYa order air Milkshake Madness sebab tergoda betul tengok air tu duk lalu lalang depan mata KakYa. KakYa order 3 Milkshade Madness iaitu perisa Chocolate Hazelnut untuk Akif, Cappuchino Chocolate untuk Iman dan juga Blueberry Black Forest untuk KakYa. Dua lagi KakYa order soft blended, Chocolate Hazelnut untuk En Hubby dan juga Coconut Shake untuk Insyirah. Harga Milkshade Madness untuk satu gelas RM7.90 manakala harga untuk satu Soft Blended RM4.90 sahaja.

Western Food Murah, Western Food Sedap Kuantan, Chicken Chop Murah Kuantan, Lamb Chop Sedap Kuantan, Tempat Makan Best Kuantan, Tempat Makan Sedap Kuantan, Planet & Co Benteng Bistro, Planet & Co Kuantan

Western Food Murah, Western Food Sedap Kuantan, Chicken Chop Murah Kuantan, Lamb Chop Sedap Kuantan, Tempat Makan Best Kuantan, Tempat Makan Sedap Kuantan, Planet & Co Benteng Bistro, Planet & Co Kuantan

Western Food Murah, Western Food Sedap Kuantan, Chicken Chop Murah Kuantan, Lamb Chop Sedap Kuantan, Tempat Makan Best Kuantan, Tempat Makan Sedap Kuantan, Planet & Co Benteng Bistro, Planet & Co Kuantan

Kalau tanya KakYa, sedap ke tak makanan kat sini?. Kalau makanan yang KakYa order untuk kami satu family, semuanya sedap. Yang lain pon sedap jugak sebab KakYa ada baca review pelanggan lain mengatakan makanan kat Planet & Co Benteng Bistro semua sedap sedap. KakYa bagi 5 bintang. Opkos la 5 bintang sebab sedap dan KakYa perasan semua makanan yang KakYa order tak nampak KEDEKUT BAHAN. Semua cukup sempurna baik dari segi penyediaan bahan, rasa dan juga harga.

Harga untuk semua makanan dan minuman yang KakYa sekeluarga makan di Planet & Co Benteng Bistro RM89.40 TAPI KakYa hanya perlu bayar RM65 sahaja kerana KakYa dapat e-baucer daripada Planetco Kuantan berjumlah RM20 dan juga potongan sebanyak 5% sebab bawak payung masa hari hujan. Masa KakYa pergi makan kat Planet & Co Benteng Bistro kebetulan haritu hujan, KakYa bawak la payung. Hehehe dapat potongan 5% gitu. Terima kasih ..



Kalau korang nak tahu harga makanan kat sini.  Meh sini duk dedekat KakYa nak bagitau kat korang, nanti kalau korang nak pegi makan kat Planet & Co Benteng Bistro mudahla korang nak bajet harga. Tak gitu.... Ok anggaran harga untuk sepinggan Chicken Chop adalah RM7 hingga RM10 sahaja. Untuk Lamb Chop pula harga bermula daripada RM16 hingga RM19. 

Korang kalau nak datang sini, KakYa dah letak sesiap alamat Planet & Co Benteng Bistro kat sini. Korang boleh terjah ikut alamat kat bawah ni.

Alamat :- 
Planet & Co Benteng Bistro, 
No.12, Taman Esplanade Kuantan, 
Jalan Tanah Putih, 
25100 Kuantan, 
Pahang.

Waktu Operasi:
Setiap hari dari jam 6 petang hingga 12 tengah malam. 
TUTUP setiap SELASA

Nak lagi senang KakYa kongsikan cara mudah korang nak parking dan cari Planet & Co Benteng Bistro. Korang boleh parking kat carpark sebelum Petrol Shell Benteng setentang KFC Benteng, kemudian turun ke medan selera Benteng menghadap sungai  kat sebelah kiri.  Planet & Co Benteng Bistro no 12. Ada banyak lampu kat depan cafe. Setentang jugak dengan tulisan KUANTAN kat hujung sungai Kuantan. Kalau tak jumpa jugak korang boleh pm facebook Planetco Kuantan kat link atas sana okey.

Apa tunggu lagi, kalau korang rasa nak makan western food yang sedap dan berbaloi baloi dengan harga mampu bayar, KakYa cadangkan korang terus ke Planet & Co Benteng Bistro. Insyaallah korang pasti puashati.

Catat Ulasan

4 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.