Selamat Ulangtahun Perkahwinan Ke 14 Lya Dan Suami

Selamat Ulangtahun Perkahwinan Ke 14 Lya Dan Suami | Alhamdulillah syukur pada Allah SWT kerana dengan izinNYA pada tarikh ini 04/12/2003, tarikh dimana Allah makbulkan doa dua insan untuk bergelar suami isteri. Tarikh di mana aku telah halal bagimu wahai suami. Bergelar seorang isteri pada 10 Syawal 1424 Hijrah bersamaan 04 Disember 2003. Kini 14 tahun berlalu. Terima kasih wahai suami, sudi menjadikan aku suri hidupmu.. Love u. 


SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN KE-14 BUAT EN HUBBY

Hari ini 4 Disember 2017 genap sudah 14 tahun usia perkahwinan Lya dan suami. Syukur alhamdulillah, perjalanan perkahwinan kami kini melangkah ke usia 14 tahun. Terima kasih Allah atas limpah dan rahmatMu untuk kami dalam kami meniti hari hari indah sepanjang kami bersama. Semoga kebahagiaan yang kami kecapi hari ini dan hari hari yang bakal mendatang dipenuhi dengan kebahagiaan dan kasih sayang yang sentiasa berkekalan hingga ke Syurga. InsyaAllah.


Untuk suami tercinta Suhaimi Abd Aziz, Selamat Ulangtahun Perkahwinan kita yang ke 14. Terima kasih kerana sudi dan sentiasa ada di sisi saya saat susah juga senang. Sentiasa support setiap langkah yang saya atur, selalu bagi semangat dan dorongan saat saya jatuh, di sisi saya saat berendam air mata, bertolak ansur dengan kerenah saya dan paling tak dilupakan sentiasa ada di sebelah saya saat saya melahirkan tiga orang anak kita. Terima Kasih En Hubby...

Sayang saya pada awak tak dapat nak diungkapkan melalui kata kata. Sikap dan cara awak buat saya jatuh cinta dulu, kini dan untuk selama lamanya. I LOVE YOU Mr SUHAIMI. Really really love you.Only you ini my heart. I truly, madly, deeply love you and always will.  How lucky i am to have you by my side.


One of the happiest feelings in the world is to love and be loved in return... the challenging part is finding the person for the latter. I’m glad I found you, my husband. I love you.


 I LOVE YOU.......

Catat Ulasan

7 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.