Peraduan Mamee Chef 2017

Peraduan Mamee Chef 2017 | Semalam mood terlebih rajin menggeledah keywords blog Akif Imtiyaz. Dalam duk check keywords blog ternampak carian mengenai "peraduan mamee chef 2017". Seingat ingat Lya la kan, takde pulak Lya update mengenai peraduan mamee chef 2017. Kalau keywords yang lain kat bawah ni memang ada kaitan sebab Lya ada update. Tapi yang mamee chef punya peraduan memang tak pernah update. Alang alang orang dah carik apa salahnya kita update mengenai Peraduan Mamee Chef 2017 la malam ni. 


Makan Sampai Menang Iphone Terkini!

Misi mencari peraduan Mamee Chef 2017. Ok dah jumpa. Nama peraduan Mamee Chef yang terbaru "Makan Sampai Menang Iphone Terkini!. Jadi apa tunggu lagi jom sertai peraduan “Makan Sampai Menang Iphone Terkini!. Peraduan ni nampak cam senang jer kan?. Korang hanya perlu ikut 3 langkah mudah seperti di bawah: 

Langkah 1: Beli Mi Cawan MAMEE ‘MAKAN SAMPAI MENANG’.

Langkah 2: Jawab Soalan Peraduan yang tertera pada label Mi Cawan MAMEE ‘MAKAN SAMPAI MENANG’ dan buka label tersebut untuk mendapatkan Kod Unik anda. 

Para peserta di kehendaki mendapat Kod Unik dari produk Mi Cawan MAMEE yang tertera di bawah.

· MAMEE CHEF Cawan berperisa Chicken Shiitake, Curry Laksa, TomYam ataupun Lontong
· MAMEE EXPRESS Cawan berperisa Chicken, Curry, Vegetarian ataupun Tomyam
· MAMEE SLLRRRP Cawan berperisa Kari Berapi ataupun Kari Xtra Pedas

Harap maklum: Label yang mengandungi Kod Unik mestilah disimpan sebagai Bukti Pembelian dan diberikan kepada Pihak Penganjur sebagai pengesahan semasa tuntutan Hadiah.

Langkah 3: 
Hantarkan maklumat berikut; Jawapan kepada Soalan Peraduan, Kod Unik, Nombor MyKad dan Nama Penuh melalui aplikasi WhatsApp ke nombor +6016 372 6297.

Maklumat lanjut korang boleh KLIK SINI . Nak bagi korang rasa lebih keterujaan untuk join, meh Lya paparkan sekali hadiah kat sini. Jeng jeng jeng... Bukan sebijik tau, 42 bijik Iphone terkini untuk dimenangi. Setiap minggu akan ada 6 pemenang Iphone terkini. Ha aaa TERUJA tak? .. Opkoss la teruja kan !! . Kalau teruja silalah join. 


Sebenarnya peraduan ni telahpon berlangsung awal bulan November lagi dah. Ni dah masuk minggu ke lima. Dah ada 30 pemenang Iphone untuk 5 minggu sebelum ni. Nama nama pemenang untuk minggu pertama hingga minggu ke empat telahpon dipaparkan kat facebook page Mamee Chef. Untuk minggu kelima hari ni last jadi belum ada nama pemenang lagi. Tapi takpe korang masih ada peluang nak menang Iphone sebab peraduan masih lagi berbaki 2 minggu. Ada lagi 12 Iphone terkini untuk dimenangi. Cepat cepat la join untuk minggu ke enam dan ke tujuh. Mana tau rezeki korang menang Iphone pulak kali ni.

Catat Ulasan

1 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.