Selamat Hari Lahir Lya ..

Selamat Hari Lahir Lya .. | Selamat Hari Lahir buat diri sendiri. Semoga Lya panjang umur, murah rezeki, sihat tubuh badan, terus berbahagia di samping insan tersayang, mendapat kebaikan dunia juga akhirat. Semoga Lya akan terus mendapat kebahagiaan yang selayaknya. Semoga Lya akan sentiasa dalam lindungan dan redha Allah SWT. 'Ya Allah, KAU berkatilah dan redhailah umur yang telah KAU berikan padaku. Ya Allah, KAU panjangkanlah umurku dalam ketaatan aku kepadaMU'. Terima kasih Allah. Alhamdulillah... Amin.


Mak saya .. Wanita pertama dalam hidup saya.. Wanita yang lahirkan saya, kawan baik saya, sahabat saya, teman bicara saya, kaunter tempat saya meluah rasa dan tadahan untuk saya menangis. Terima kasih MAK ! Love u so much.. Mmmuaahh mmuahhh ..

Alhamdulillah Allah masih panjangkan usia saya untuk terus berbakti padaNYA, pada kedua ibubapa, suami dan juga anak anak saya.

Hari ni 1 Oktober 2017 genaplah umur Lya 37 tahun. Tua dah saya hehehe. Bersempena umur Lya yang dah bertambah setahun lagi harini, Lya mengharapkan dan mendoakan agar dalam kehidupan Lya biarlah yang berlaku hari ini dan akan datang adalah yang baik baik jer. Semoga Lya terus dipanjangkan usia untuk terus berbakti buat kedua ibubapa, terus berusaha jadi isteri terbaik buat suami dan akan sentiasa berusaha tanpa jemu untuk jadi Umi yang terbaik dan terhebat di mata 3AI ( Aina Insyirah, Adam Iman dan Akif Imtiyaz ).



Terima kasih untuk mak ayah, suami, anak anak, adik beradik dan juga rakan taulan atas ucapan. Aamin untuk doa-doa yang diberikan. Syukur alhamdulillah. Semoga kita semua akan sentiasa dilimpahi kasih sayang hingga ke Jannah..

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. selamat hari lahir kak :) semoga diberkati Allah

    BalasPadam
  2. Selamat ulangtahun kelahiran kak Lya..moga terus meletakkan A (Allah) yang pertama untuk menjaga kualiti yang lain-lain..terus istiqhomah menjadi isteri,anak dan ibu yang solehah.

    BalasPadam
  3. Happy besday mama lya,humaira doakan moga sihat selalu ye

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.