Dana Bantuan Persekolahan Sesi 2018 Untuk Rakyat Terengganu

Dana Bantuan Persekolahan Sesi 2018 Untuk Rakyat Terengganu | Permohonan bantuan sesi persekolahan 2018 untuk rakyat negeri Terengganu akan dibuka bermula Khamis, 5 Oktober 2017. Permohonan boleh dibuat secara online melalui pautan http://danattb.terengganu.gov.my.


Peruntukan RM14 Juta Bagi Bantuan Persekolahan 2018

Kerajaan negeri Terengganu telah menyediakan peruntukan sebanyak RM14 juta untuk Dana Bantuan Persekolahan Sesi 2018 yang akan memberi manfaat kepada 120,000 orang pelajar di seluruh negeri Terengganu.

Tarikh tutup permohonan secara online adalah pada 31 Oktober 2017.

Dana Bantuan Persekolahan TTB akan mula diagihkan pada Disember 2017 atau sebelum sesi persekolahan 2018 bermula.

Syarat Kelayakan Dana Bantuan Persekolahan TTB 

1. Rakyat Negeri Terengganu
(Pemohon yang bukan rakyat Negeri Terengganu tetapi bermastautin lebih 10 tahun di Negeri
Terengganu perlu mendapat perakuan daripada Pengerusi JKKK Kawasan masing-masing).

2. Pemohon adalah Ketua Isi Rumah (KIR) yang berpendapatan tidak melebihi RM 2,500 sebulan (termasuk gaji dan semua elaun)..

3. Permohonan adalah terhad kepada dua (2) orang tanggungan yang masih bersekolah pada sesi persekolahan tahun hadapan dan berumur diantara 7 hingga 17 tahun sahaja.

4. Pemohon mestilah berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan mengundi di negeri Terengganu.

5. Borang permohonan yang telah dicetak perlu diserahkan kepada Pengerusi JKKK masing-masing bagi tujuan pengesyoran berserta salinan dokumen berkenaan :-.

i. Kad Pengenalan Pemohon, pasangan (jika ada) dan Kad Pengenalan / Surat Beranak Tanggungan Besekolah
ii. Slip Gaji Terkini atau
iii. Slip Pencen Terkini

6. Bagi mereka yang tidak mempunyai slip gaji, perlu mengemukakan surat pengakuan pendapatan yang disahkan oleh Pengerusi JKKK atau Penghulu Mukim.

7. Maklumat yang tidak lengkap boleh menyebabkan permohonan ini ditolak.

8. Kerajaan Negeri berhak menolak permohonan dan meminda syarat-syarat di atas dari semasa ke semasa tanpa sebarang notis.

Untuk anda rakyat negeri Terengganu yang mempunyai kelayakan seperti di atas sila ambil maklum okey. Harini dah boleh start buat permohonan secara online. Pastikan syarat kelayakan seperti di atas. Jangan lupa isi tau, mana tahu rezeki anda dapat bantuan pakaian sekolah untuk anak anak anda.  Jangan lupa tarikh tutup permohonan 31 Oktober 2017.

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. wah bagusnya ada dana macam ni, nanti sha share kat whtsapp

    BalasPadam
  2. jangan lupa rakyat Terengganu....bagus KekYa share info ni...

    BalasPadam
  3. bagusnya negeri terengganu ni bantu ringankan bebas.. harap info ni tersebar untuk orang kampung kat sana.

    BalasPadam
  4. rezeki orang ganu ni.. kena apply jangan tak apply =)

    BalasPadam
  5. Memberi kemudahan kepada rakyat terengganu. Rugi yg xapply.

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.