Spray 8 For Kids Merawat Kulit Akif Terkena Api

Spray 8 For Kids Merawat Kulit Akif Terkena Api | Hari ni Lya nak cerita kisah Akif terkena api masa raya haji baru baru ni dan jugak cara yang Lya gunakan untuk merawat lengan Akif yang terkena api. Lengan Akif terkena api, fuh melalak menangis dan juga meraung jangan cakap la sebab kulit yang menggelembung terkena api tersiat dek kerana tangan dia yang rajin duk menepis. Ha aa la sebab dia rasa panas terus la duk tepis tepis, padahnya kulit yang menggelembung tu tersiat, dan menampakkan isi. Bila terkena air sikit jer menangis meraung la dia. Masa kat kampung Lya pon tak tahu nak letak apa kat lengan waktu kena, al maklum laa panik la jugak bila dengar anak duk meraung terkena api. Lya letak ubat merah yang ada kat rumah mertua jer la waktu tu. Luka terkena api tak berapa kering sebab masih ada gelembung berair kat lengan Akif.
Bila balik rumah baru Lya gunakan Spray 8 For Kids untuk lengan Akif. Sembur jer kat lengan Akif, bagi meresap dengan sendiri takde rasa pedih. Dia pon boleh sembur sendiri kat lengan dia. Nasib la Spray 8 For Kids ni tak pedih, kalau pedih mahu melalak lagi gamaknya. Tapi Spray 8 For Kids ni memang tak pedihkan kulit dan sangat sangat sesuai untuk kanak kanak. Lya rasa setakat ni Spray 8 For Kids adalah produk terbaik untuk kulit anak anak Lya kalau luka, gatal gatal dan jugak ruam pada kulit. Memang menjadi jer kalau sembur pada kulit diaorang. Kalau gatal ke ruam ke memang cepat hilang. Kalau dulu Lya gunakan Spray 8 untuk anak anak, kali ni Lya bertukar ke Spray 8 For Kids. 

Nampak tak luka gelembung air kat lengan Akif tu, kalau letak ubat lain yang ada rasa pedih pedih memang menangis meraung la dia. Tapi dengan Spray 8 For Kids sangat sangat berkesan dan tak pedihkan kulit.

Sembur jer kat lengan yang terkena api tu bagi dia meresap sepenuhnya. Tak perlu nak sapu sapu sebab semburan ni akan terus meresap pada kulit selepas seminit disembur.

Alhamdulillah lengan Akif yang terkena api semakin kering pulih sepenuhnya selepas seminggu. Lya gunakan Spray 8 For Kids untuk Akif selepas mandi dan sebelum tidur. Terima kasih Spray 8 For Kids.

Spray 8 For Kids

Seronok sangat menulis memgenai Spray 8 For Kids, sudahnya Lya terlupa nak bagitahu kat korang apa itu Spray 8 For Kids. Spray 8 For Kids adalah satu produk penjagaan kulit semulajadi yang mengandungi ekstrak herba bebas noda. Ianya selamat untuk kulit sensitif, untuk bayi dan kanak kanak juga. Hanya sembur sahaja pada kulit yang bermasalah dan kesannya akan dapat dilihat serta merta terutama untuk gatal gatal kulit. Rasa gatal akan berkurangan dengan hanya satu semburan sahaja. Dengan kandungan vitamin E yang lebih tinggi, Spray 8 Fir Kids memastikan kulit sensitif mempunyai pelembap dan perlindungan yang diperlukan.


Bagaimana Spray 8 For Kids Membantu Bayi Dan Kanak Kanak? 

Spray 8 For Kids adalah produk semburan tanpa alkohol, bebas alkohol, paraben percuma menjadikan kulit bayi lembut dan licin.  Spray 8 For Kids menyerap secara semula jadi pada kulit menjadikan kulit lembut, kering dan selesa tidak merengsa, selamat, dan hypo-allergenic.


Kandungan Spray 8 For Kids

Antara bahan yang terkandung dalam Spray 8 For Kids adalah :

- Air
- Dermaxan ekstrak G.mqngostana L
- Ekstrak Botanikal Q
- Infectoria
- A. Indica
- Phyllanthus niruri & C adorata
- Caprylyl/capryl glucoside
- Aqua
- Polyglyceryl-5 oleate
- Sodium cocoyl glutamate
- Glyceryl captrylate dan citric asid
- Vitamin E
- 2 Phenylethanol
- Capryl glycol
- Minyak pati

Cara Penggunaan Spray 8 For Kids

Bagaimana cara penggunaan Spray 8 For Kids. Sepertimana yang Lya terangkan kat atas, cara penggunaan Spray 8 For Kids cukup mudah, korang hanya perlu sembur pada kulit dan biarkan ia kering sepenuhnya (biasanya 1 minit).

Testimoni Pengguna Spray 8 For Kids 

Lya kongsikan beberapa testimoni daripada pengguna Spray 8 For Kids. 





Untuk maklumat lanjut mengenai Spray 8 For Kids sila layari laman tertera :


Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Alamak takut pula tengok kesan luka tu. Moga cepat sembuh.

    BalasPadam
  2. bagusnya Spray8 for Kids ni. produk yang patut ada setiap rumah

    BalasPadam
  3. Comel packaging dia.. Mummy suka! plus byk maafaat dia kan.. :D

    BalasPadam
  4. bagusnya ada macam ni.. kita yang dewasa pun kadang-kadang terkena api atau minyak panas dah menjerit pedih..inikan pulak budak-budak.. bagus ada kat setiap rumah.

    BalasPadam
  5. kena beli juga ni sediakan kat rumah tuk apa2 nanti,semoga lekas sembuh abg akif

    BalasPadam
  6. bagus sangat..memang berguna spray ni untuk budak2.

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.