Akif Selalu Mengadu Sakit Kepala

Akif Selalu Mengadu Sakit Kepala | Sejak dua menjak ni kerap sangat Akif mengadu sakit kepala. Sejak dua menjak ni jugak Akif selalu tak pergi sekolah sebab sakit kepala. KekYa pon naik pelik sebab banyak kali dalam sehari dia mengadu sakit kepala. Paling kerap berlaku masa bulan puasa baru baru ni. Bila datang sakit kepala mula la dia duk menangis meraung sebab tak tahan sakit. Bila KekYa tanya kat mana sakitnya, Akif cakap kat kepala la Umi.. kat sini, kat belah sana, kat atas, kat bawah .. semua sakit laa Umi. Umi ni dah kenapa banyak sangat tanya.. kan Akif dah bagitau sakit kepala.. sakit kepala laaa.. Ya laa sakit kepala, nak tau jugak sakit tu kat mana. Mana tau kot kot ada apa apa ke kat kawasan kepala tu, nak jugak Umi tengok. Bila dia dah jawap semua sakit makanya memang sah sah la Akif ni sakit kepala bebetul. Marah la dia bila Umi banyak sangat tanya, macam tak percaya dia sakit kepala betul betul. Ok ok Umi tak tanya dah pasni .. Umi percaya cuma nak pastikan sakit tu kat bahagian mana.. Nak tau tu jer. Jangan laa marah ..


Dek kerana Akif ni selalu sangat sakit kepala, KekYa ada bawak dia pergi checkup kat klinik dan jugak hospital. Masa pergi klinik, Doktor cakap mungkin sebab cuaca panas atau mungkin juga sebab mata dia atau boleh jadi juga dia migrain. Aduss susah gak tu sebab takde jawapan pasti.. Makanya KekYa bawak Akif check mata kat kedai kacamata. Bila dah check mata, Akif ada sedikit silau dan juga sedikit rabun. Silau tu penyebab sakit kepala, menurut kata budak yang kerja kedai kacamata tu ... Bila KekYa tanya perlu ke buat kacamata.. Dia cakap terpulang pada dia samaada nak pakai kacamata ataupon tak sebab rabun tak tinggi .. Bila tanya kat kelas dia nampak ke tak.. Dia cakap nampak ok jer takde masalah pon .. Jadi KekYa rasa tak perlu la nak pakai kacamata kot ..

Tapi lepas raya baru baru ni Akif dah start sakit kepala melarat larat pagi, tengahari, petang dan jugak malam. Esoknya KekYa tak bagi Akif ke sekolah, pagi pagi lagi KekYa dah bawak  Akif ke hospital . Kat hospital kena buat ujian darah, ujian air kencing dan ujian mata. Semua OK takde masalah. Ujian mata pon dia lulus semua huruf dari yang besar hinggalah yang kecil dia boleh sebut tanpa tergagap gagap satu huruf pon. Semua laju jer Akif sebut. Doktor cakap takde masalah rabun, darah pon ok .. ujian air kencing pon ok takde masalah. Bila KekYa tanya sakit apa, Doktor pon tatau nak cakap sakit apa dan kenapa Akif selalu sakit kepala. Adoi laa abih tu camne lagi nak tahu, Doktor pon tak boleh nak bagitahu huhuhuhu. Doktor cakap boleh balik dulu nanti kalau sakit lagi terus datang ke hospital. Emm gitu pulak jawapan Doktor. Nak tak nak KekYa bawak Akif balik tanpa jawapan pasti tentang sakit kepala Akif. KekYa pon tatau nak cakap apa lagi daaaaa... Rasa rasanya laa KekYa kena minta untuk scan kepala Akif laa gamaknya untuk tahu apa sebab Akif selalu sakit kepala. Ke korang ada cadangan lain boleh cadangkan untuk KekYa kat ruangan komen bawah ni ya .. Tq korang atas cadangan..

Sejak Akif sakit kepala ni kan, KekYa ada la jugak duk google pasal sakit kepala di kalangan kanak kanak .. Ya la kan, bimbang jugak bila duk sebut sakit kepala setiap masa. Mahu tak bimbang. Daripada pembacaan KekYa, sakit kepala ni ada pelbagai jenis .. Ni antara yang KekYa sempat baca .. 

Sakit kepala, kepala berdenyut dan mata berpinar. Gejala itu sering dialami golongan dewasa terutama ketika berada dalam tekanan namun pastinya situasi itu lebih membimbangkan sekiranya berlaku kepada kanak-kanak.

Kesakitan itu kadangkala menyebabkan kanak-kanak yang masih berada di bangku sekolah rendah atau tadika menjadi murung dan pendiam, mungkin akibat menahan kesakitan yang dianggap janggal pada mereka.

Tidak boleh memberikan mereka sembarangan ubat apatah lagi yang diambil oleh orang dewasa. Jika anak kelihatan resah, cara terbaik adalah membawa mereka ke klinik dan berjumpa doktor supaya masalah sebenar dapat diketahui.

Menurut Doktor Kanan Kumpulan Perubatan Penawar Sdn Bhd Dr Zubaidi Ahmad, sakit kepala dalam kalangan kanak-kanak biasa berlaku dan selalunya tidak serius.

Sama seperti orang dewasa, kanak-kanak boleh mengalami pelbagai jenis sakit kepala termasuk migrain atau sakit kepala yang berkaitan dengan tekanan di sekolah.

“Namun begitu ada kes sakit kepala dalam kalangan kanak-kanak yang agak serius disebabkan jangkitan kuman atau kecederaan pada kepala sehingga menyebabkan pembentukan darah beku di otak.

“Kebanyakan sakit kepala kanak-kanak tidak serius, tetapi segera dapatkan pemeriksaan dan rawatan sekiranya ia mengganggu rutin sehariannya contohnya sakit kepala sehingga sukar tidur dan berlarutan selepas bangun tidur.

“Pemeriksaan lanjut perlu dilakukan jika sakit kepalanya lebih teruk dan semakin kerap atau sehingga si kecil menjadi pendiam dan tidak aktif di sekolah,” ujarnya.

Katanya, rawatan segera perlu didapatkan bagi mengelak risiko berlakunya penyakit berbahaya. Walaupun segera membawa anak berjumpa doktor adalah langkah terbaik, tetapi sebagai ibu bapa dan penjaga, kita juga perlu mengetahui serba sedikit mengenai masalah ini. Ia penting supaya kita dapat memberi pemerhatian dan maklumat yang lebih terperinci mengenai keadaan anak apabila berjumpa doktor.

a.  Sakit kepala akut
Sakit kepala ini berlaku hanya sesekali dikenali juga sakit kepala akut. Ini mungkin berpunca daripada:

• Jangkitan virus yang ringan seperti selesema dan demam. Bagaimanapun, jangkitan penyakit berjangkit yang serius contohnya demam denggi, malaria dan demam kepialu juga boleh menyebabkan sakit kepala akut.

• Sinus adalah laluan udara yang terdapat di antara tulang muka dan tulang tengkorak. Kanak-kanak akan mengadu sakit kepala apabila laluan udara ini dijangkiti dan dipenuhi cecair atau lendir, keadaan ini dikenali sebagai sinusitis.

• Sakit kepala boleh juga terjadi apabila otot di sekeliling mata menjadi penat. Ia mungkin berlaku apabila kanak-kanak mengalami masalah rabun dekat atau lapisan kornea yang tidak rata (astigmatism) menyebabkan mereka mengalami ketegangan semasa melihat.

• Glaukoma ialah satu keadaan apabila tekanan pada bola mata meningkat dan keadaan ini sekali-sekala menyebabkan sakit kepala.

• Gigi bernanah atau jangkitan gusi juga boleh menyebabkan sakit kepala.

b. Sakit kepala kronik atau berulang
Sakit kepala yang berlaku berulang kali atau berterusan dalam jangka masa panjang dikenali sebagai sakit kepala kronik.

Kanak-kanak yang mengalami sakit kepala kronik jarang mendapat masalah gangguan otak yang serius seperti ketumbuhan otak, pembesaran arteri secara berlebihan atau kemerosotan fungsi otak.

Gejala yang biasa berlaku ialah muntah, hilang penglihatan, lemah anggota badan, sawan atau kemerosotan ingatan.

Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami sakit kepala kronik atau berulang mengalami migrain atau sakit kepala disebabkan ketegangan.

c. Migrain
Migrain mengakibatkan sakit seperti mencucuk-cucuk di sebelah kepala. Ia bermula pada dahi dan tepi kepala atau kedua-dua bahagian kepala.

Kanak-kanak juga mungkin berasa loya dan muntah. Pada masa sama, mereka mungkin mengadu mata berpinar dan mengganggu ketenangan dan keselesaannya.

Kanak-kanak yang mengalami migrain lebih selesa dengan suasana senyap dan gelap untuk berehat kerana suasana bising dan terang menyebabkan sakit kepala menjadi semakin teruk.

d. Sakit kepala tegang
Sakit kepala ini amat lazim terjadi dalam kalangan kanak-kanak. Ia juga dikenali sebagai sakit otot kepala yang berpunca daripada ketegangan otot pada bahagian dahi dan tepi kepala. Sakit kepala ini selalunya disebabkan perasaan bimbang, tekanan emosi atau situasi yang tegang di mana jua.

SUMBER HMETRO ..

Bila KekYa baca senarai sakit kepala yang ada kat atas ni, KekYa pulak rasa takut. Mana satu sakit kepala yang Akif alami .. KekYa pon duk berkira kira yang terbaik untuk Akif. Buat masa sekarang KekYa rasa nak try check lagi sekali dengan Doktor berlainan, kalau masih berterusan KekYa rasa KekYa perlu fikir cara lain untuk kesembuhan Akif. Takkan nak tengok jer dia duk menahan sakit kepala. Tapi KekYa harap sangat takde yang serius dengan sakit kepala Akif ni.. Doakan yang terbaik untuk Akif. 
Semoga Akif cepat sembuh .. InsyaAllah aamin aamin .. 

Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. Kesian Akif..sakit kepala ni bila menyerang..subhanAllah..lebih kurang sakit gigi rasanya..moga tidak berulang lagi sakit kepala Akif.

    BalasPadam
  2. Semoga Akif sihat selalu hendakNya. Kak Lya pun do take care ye.

    BalasPadam
  3. kesiannya akif, semoga segera jumpa penyelesaian ye. bagi tidur yg cukup dan jaga makanan, mungkin ada makanan yg dia x sesuai boleh buat migrain. mungkin juga ais

    BalasPadam
  4. Pergi hospital semula pastu mintak nak refer pakar, lebih better kalau pakar yang check. Moga dipermudahkan urusan Lya dan Akif.

    BalasPadam
  5. mama ada petua, masa dia kesakitan tu mama akif pegang tempat yg sakit dan baca alfatihah berulang2 kali dengan keyakinan allah akan menyembuhkan. dulu mama selalu buat kat syafi masa dia semput.. insya allah

    BalasPadam
  6. semoga anak KekYa cepat sembuh , kalau pergi check klinik / hospital pun x tahu sakit apa, boleh ikhtiar cara lain

    BalasPadam
  7. kurang minum air pun ye jugak tu Lya...apapun semoga Akif pulih seperti biasa...

    BalasPadam
  8. better pergi hospital, jumpa doktor

    BalasPadam
  9. Elok Lya bawa dia check up, mudah-mudahan tak ada yang serius pada Akif dan membesar sihat dan kuat, Aamiin

    BalasPadam
  10. try tanya hospital lain pulak kekya

    BalasPadam
  11. semoga akif cepat sembuh....

    mungkin cuma sakit sikit sahaja...insyaallah sembuh nanti

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.