SURYA Apple Cider Vinegar Dengan Madu Asli Sihat Dan Berkhasiat

SURYA  Apple Cider Vinegar Dengan Madu Asli Sihat Dan Berkhasiat | Surya Malaysia memperkenalkan SURYA Apple Cider Vinegar, minuman menyihatkan yang digabungkan bersama dengan madu asli. Sebelum ni KekYa memang ada amalkan Apple Cider Vinegar  tapi takde pula jumpa yang ada madu. Kali ni KekYa jumpa yang ada madu, memang KekYa rasa sesangat la nak mencuba. Tambahan pula bila KekYa dapat tahu, bahan-bahan yang digunakan dalam penghasilan SURYA Apple Cider Vinegar adalah daripada sumber sumber terbaik. Cuka epal daripada jenama SURYA adalah produk yang sihat, selamat, murah dan berkesan untuk seisi keluarga.. Ha aa gitu, kalau dah tahu selamat dan terbaik untuk kita, boleh la kita sama sama amalkan untuk seisi keluarga.  

SURYA  Apple Cider Vinegar Dengan Madu Asli Sihat Dan Berkhasiat
SURYA  Apple Cider Vinegar Dengan Madu Asli 

SURYA  Apple Cider Vinegar Dengan Madu Asli Sihat Dan Berkhasiat
Perghh minum dengan ais waktu berbuka puasa memang best 

SURYA Apple Cider Vinegar Dengan Madu Asli Keluaran Surya Malaysia Di Jamin HALAL Oleh JAKIM


SURYA Apple Cider Vinegar dengan madu asli dijamin HALAL oleh pihak JAKIM. Jadi korang tak perlu risau atau was was untuk sama sama menikmati dan mencuba kesedapan serta keenakan SURYA Apple Cider Vinegar yang berkhasiat dan memberi tenaga ini. Nak tahu apa rasa dia, nanti KekYa cerita okey. Ni KekYa nak cerita dulu manfaat yang korang akan dapat dengan memgamalkan SURYA Apple Cider Vinegar. Wah !! Apa manfaat dan kebaikan SURYA Apple Cider Vinegar? 

SURYA  Apple Cider Vinegar Dengan Madu Asli Sihat Dan Berkhasiat

Manfaat Dan Kebaikan SURYA Apple Cider Vinegar 


Cuka epal ni sebenarnya diperbuat daripada buah epal segar yang mengandungi vitamin, pectin, potassium, sodium, magnesium, kalsium, fosforus, dan zat besi. Ianya juga mempunyai sumber anti-oksida seperti carotenoids dan beta-carotene yang mempunyai keupayaan untuk meneutralkan radikal bebas yang berbahaya yang boleh melemahkan sistem imunisasi.

Cuka sepertimana yang kita tahu, dapat membantu merendahkan paras glukosa darah, melambatkan pengosongan gastrik dan tahap insulin untuk kehidupan yang lebih sihat. Tambah tambah lagi bahan utamanya iaitu asid asetik, cuka juga mampu membunuh bakteria dan digunakan sebagai bahan pengawet semula jadi.

Pemanis semula jadi yang terkandung dalam madu berasal dari fruktosa dan glukosa, dan juga gula kompleks yang lain. Dikenali sebagai antioksidan dan antiseptik dengan ciri-ciri pembersihan, ia juga mempunyai sejumlah kecil vitamin dan mineral.

SURYA Apple Cider Vinegar dengan madu asli keluaran Surya Malaysia boleh mengimbangkan diet korang. Untuk korang yang sedang berdiet, korang boleh cuba amalkan SURYA Apple Cider Vinegar kerana ianya adalah detoks terbaik dalam proses penurunan berat badan. Kalau korang rasa rasa nak kurus raya nanti , korang boleh cuba amalkan SURYA Apple Cider Vinegar. Insyaallah berkesan. Cubala dulu ..

SURYA Apple Cider Vinegar Membantu Meningkatkan Tenaga Badan Semasa Berpuasa 


Bulan Ramadhan ini, korang boleh amalkan minum SURYA Apple Cider Vinegar dengan cara menambah dua sudu  Apple Cider Vinegar ke dalam air atau jus buah buahan semasa berbuka puasa bagi mendapatkan semula tenaga yang hilang dan mendapat manfaat berganda. KekYa dah cuba dah semalam, dan KekYa rasa SURYA Apple Cider Vinegar ni memang sesuai untuk KekYa seisi keluarga. Lepas ni KekYa akan kekalkan jenama ni jer untuk keluarga KekYa.

Ok, petang semalam KekYa dapat bungkusan SURYA Apple Cider Vinegar yang di hantar oleh pihak Pos Laju .. Kebetulan Akif yang ambil bungkusan tu. Sibuk la dia duk tanya apa ni apa ni. Tak sabar sangat dia nak tahu apa dalam bungkusan tu. Memang gitu la dia kalau dapat apa apa bungkusan yang di hantar kat rumah. Dia punya excited memang kalah la Umi dia ni. Ok bila bukak jer bungkusan dia dah sibuk dah tanya boleh minum ke ni, madu ke ni, nak buat apa ni, untuk Umi ke ni, Akif boleh cuba tak ? .. Banyak benor soalan dia. KekYa cakap la nanti maghrib nanti nak buka puasa kita cuba tengok camne Akif suka ke tak. Nak tahu dia suka ke tak. Tengok gelagat dia kat gambar gambar ni..

SURYA  Apple Cider Vinegar Dengan Madu Asli Sihat Dan Berkhasiat
Kita posing dulu laa ya .

SURYA  Apple Cider Vinegar Dengan Madu Asli Sihat Dan Berkhasiat
Cer tengok muka dia .. Hahaha dia cakap ada masam masam dan ada manis manis madu gitu..

SURYA  Apple Cider Vinegar Dengan Madu Asli Sihat Dan Berkhasiat
Ermmm akhirnya habis segelas dia minum untuk dia. Umi bancuh yang lain la untuk rasa. Sedap katanya ....

Bukak puasa semalam Akif minta Umi bancuh dua sudu SURYA Apple Cider Vinegar dengan segelas air pastu letak ais. Akif cakap sedapla air ni Umi , ada rasa macam air zapple gitu. Hehehe pandai dah dia bagi komen kat produk. Kalau dia dah suka memang habis la segelas dia minum. Sebelum ni memang Akif dah serasi ngan cuka epal tapi takde madu, kali ni yang ada madu. Dia jadi lebih suka nak minum yang ni sebab ada rasa manis manis madu kat dalam SURYA Apple Cider Vinegar ni. Bukan dia jer suka KekYa, en hubby, kakak Insyirah dan abang Iman pun suka jugak. KekYa baru cuba minum bersama dengan ais waktu berbuka semalam. Rasa dia memang KekYa boleh terima, sedap masam masam manis. KekYa kalau berbuka memang suka yang ada rasa masam masam ni.. Feveret KekYa la kalau ada rasa masam masam.

Tadi masa sahur KekYa bancuh lagi Apple Cider Vinegar ni untuk sahur buat kami sekeluarga. Orang cakap boleh bagi tenaga di bulan puasa. Alhamdulillah setakat ni Akif, Iman dan kakak Insyirah ok ok jer . Perut pon tak meragam, kira serasi la dengan diaorang. Apple Cider Vinegar ni kan sedap jugak kalau dicampurkan dalam masakan. Nanti KekYa nak cuba untuk masakan pula. KekYa akan kongsikan cerita KekYa dengan SURYA Apple Cider Vinegar bersama korang nanti. Tunggu tau !! ..

Di Mana Boleh Dapatkan SURYA Apple Cider Vinegar


Dah cerita panjang panjang ni, korang berminat tak nak mencuba SURYA Apple Cider Vinegar dengan madu asli ni ? Untuk korang yang berminat mendapatkan SURYA Apple Cider Vinegar dengan madu asli, korang boleh dapatkan SURYA Apple Cider Vinegar dengan madu asli bersaiz di laman e-commerce Lazada dan juga Shopee. Kalau nak walk in pon boleh, korang boleh dapatkan SURYA Apple Cider Vinegar dekat Watson dan juga farmasi terpilih di seluruh Malaysia. 

Maklumat lanjut mengenai SURYA Apple Cider Vinegar sila layari laman tertera di bawah :

Facebook Link  :
Instagram Link :

Mahukan minuman berkhasiat yang sedap untuk seisi keluarga. SURYA Apple Cider Vinegar di formulasi khas dengan madu asli mempunyai pelbagai manfaat serta khasiat untuk tubuh badan anda. Apa tunggu lagi.. cepat cepat pergi beli !!

Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. wah..kalau akif minum pun dah sedap,apatah lagi kita ni kan...banyak kelebihan apple cider ni

    BalasPadam
  2. Bagusnya, satu keluarga boleh minum!

    BalasPadam
  3. Comel modelnye... tp madu mmg bagus pn kan... menarik plak...

    BalasPadam
  4. wahhhh...menarik...boleh cuba ni...hihihi

    BalasPadam
  5. kak lya, sukanya tgk anak nak minum

    BalasPadam
  6. Memang tengah cari Apple Cider Vinegar ni.. Thanks for the info Lia...:D

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.