Cuti Dua Hari Dimanfaatkan Sepenuhnya

Cuti Dua Hari Dimanfaatkan Sepenuhnya | Cuti sekolah dua hari Jumaat dan Sabtu baru baru ni jatuh pada pada tarikh minggu kakak Insyirah pulang dari asrama. Biasa kalau kakak ada kat rumah, memang kami satu family akan adakan aktiviti.. Aktiviti untuk kami jer la.. Ya laaa bukan selalu dapat jumpa kakak sejak kakak tinggal kat asrama. Jadi masa yang ada bersama kakak kami manfaatkan sebaik mungkin. Anak anak Lya kalau buat aktiviti luar memang diaorang suka nak nak lagi kalau aktiviti kat pantai memang diaorang suka. Sebut jer pantai semua dah melompat lompat daa...

Untuk cuti hari Jumaat, Lya dan en hubby dah plan bawak anak anak ke Pantai Cherating kita berkelah kat sana .. Untuk aktiviti berkelah, Lya masak makanan tengahari dari rumah.. Antara lauk pauk yang Lya masak.... Gulai ayam kampung, kacang panjang goreng, ikan selar dan kembung goreng serta keropok keping. Cukup laa untuk kami lima beranak..

Taraaa .. air tangan Umi ni kan, memang di tunggu tunggu oleh kakak... Sejak masuk asrama ni kan kan kan , kalau hari dia nak balik rumah tu... dia dah siap order macam macam minta Umi masakkan .. Pastu seronok sangat tengok dia makan bertambah ... Sesekali rasa nak nangis pon ada sebab sejak dia duduk kat asrama Umi tadak kawan pompuan dah kat rumah huhuhuhu. 

Dia selalu laa cakap makanan asrama tak sesedap Umi masak.. Kakak rindu sangat nak makan masakan Umi.. Alahai nasib laa sekolah dia dekat jer ngan rumah.. Boleh la jugak pegi jenguk jenguk dia time rindu.. Pernah laa jugak abah dia perli " awak nak duk sini jugak ke, meh abang pasang khemah kat sini..senang sikit tengok kakak" .. Amboi perli baik punyerrr.. 

Berselera betul anak anak duk layan makan tengahari kat tepi pantai. Tak pandang kiri kanan dah bila asyik sangat layan makan makan.

Budak kecik tu perasan jer orang duk tangkap gambar dia.. Sempat la jugak duk sengeh sengeh sekeping dua .. Hehehe abang Iman tak nampak la pulak ..

Ha aa baru nampak muka abang iman.. Makan jangan tak makan .. lepas makan nanti boleh terus terjun laut okey ..

Lepas siap makan relaks kejap pastu layan main air .. Seronok samgat boleh berendam dalam air. Tak hirau panas dah masa ni .. Janji boleh main air.. Gelap la jugak muka sorang sorang kena panahan matahari .. 

Weyy teruja weyy.. Pertama kali dalam sejarah tengok tapak sulaiman dalam laut.. Selama ni tengok kat dalam tv atau dalam gambar jer.. Aritu dapat tengok kat depan mata...

Kakak Insyirah yang teruja lebih.. siap suruh tangkap gambar dengan tapak sulaiman.. Tengok tapak sulaiman teringat pulak kat lagu Ellyana " bagaikan diriku tapak sulaiman " 

Dalam dalam duk layan tapak sulaiman.. nampak pulak anak anak ketam duk berenang kat dalam air.. Anak anak apalagi mintak tolong abah diaorang tangkap .. Bila dapat seekor suka sangat laa diaorang.. 

Dek kerana air makin surut masa berjalan nak balik ke pantai ada la jugak jumpa anak anak ketam dua tiga ekor. Dapat tangkap dua ekor pon riuh satu pantai hahaha... Tapi tak.bawak balik pon, lepas tangkap terus letak balik kat dalam air.. Bagi dia besor dulu laaa baru best nak buat gulai hehehe..

Dah siap siap mandi manda .. cuci semua pasir pantai yang melekat terus balik rumah.. Malamnya pulak kami satu family join ber bbq kat rumah cik long .. Nanti sambung kat entri lain..Panjang bebenoo dah duk mengarang.. lenguh daaa jari jemariku ini.. Ok laaa abih sini jer citer kat pantai. Nanti ada masa Lya citer bab bbq pulak ... Tq sudi singgah blog Lya .

Catat Ulasan

16 Ulasan

  1. bestnya piknik tepi pantai..:)

    BalasPadam
  2. Best juga piknik ni...anak anak mesti seronok

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah..berseri muka Kak Insyirah ya makan masakkan ummi...

    BalasPadam
  4. seronok la masing-masing...sally pun yg jmpe selalu pun kalau duduk sekali macam ni ada banyakkkk benda nak cerita!

    BalasPadam
  5. best, anak2 pun suka gi pantai

    BalasPadam
  6. Seronoknya berpiknik di Pantai Cherating!

    BalasPadam
  7. Bestnyaa kak picnic sambil nikmati angin pantai dan muzik deru ombak :)

    BalasPadam
  8. best dapat spent time dengan family. seronok

    BalasPadam
  9. wow. kagum nyer aida dgn tapak sulaiman & ketam yg chumel tu, lya.
    best nyer picnic. terasa mcm nak picnik plak la weekend ni kat tasik ayer keroh.
    jarang dpt berpicnic. sebab time asyik x kena.
    pastu skang musim hujan ke panas ke tak boleh nak dijangka...
    lunch tepi laut mcm Lya ni, seronok nyer :)

    BalasPadam
  10. wahhh seronoknya picnic tepi pantai

    BalasPadam
  11. Salam perkenalan. Berapa umur kakak insyirah dah masuk asrama tu? Mama xde geng boleh tambah lagi...hihihi

    BalasPadam
  12. Memang gitula kalau duk asrama.. Teringat zaman dolu2.. Kalau balik dari asrama memang kejenya makan jeeee hihi

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.