Sedekah Jumaat Di Minggu Yang Terakhir Tahun 2016

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM TERKINI DI MVM - 3 KEMPEN BANTUAN BARU TELAH DILANCARKAN.

Dalam usaha membantu golongan yang memerlukan bantuan, Muslim Volunteer Malaysia melancarkan 3 kempen baru yang memerlukan sumbangan dan hebahan dari anda:

Presiden Muslim Volunteer Malaysia, Muhammad bin Jantan telah mengadakan perjumpaan tergempar bersama Presiden Malaysia Lifeline for Syria (MLLFS), Tuan Syahrir Azfar pada 19 Disember yang lepas.

Kata sepakat telah dicapai di mana pihak MVM akan mengumpul dana sebanyak RM50,000 untuk disalurkan ke kempen Misi Musim Sejuk 4.0 yang dijangka akan dihantar pada awal januari 2017.

Presiden MVM bersama unit Media MVM sendiri akan turut bersama-sama team MLLFS untuk turun padang bagi menghantar sendiri dana bantuan tersebut.

MISI BANTUAN MUSIM SEJUK 4.0

➳Sasaran : RM50,000
➳1 Tajaan : RM50 untuk kit musim sejuk
➳Jumlah sasaran : 1000 orang x RM50 = RM50,000

Puan Norhidah adalah seorang ibu tunggal di mana beliau telah kehilangan tempat bergantung hidup kerana kematian suami dan ayah beliau. Lebih menyayatkan hati, anak perempuan yang dikasihi tersebut turut dijemput Ilahi disebabkan oleh demam denggi. Kehilangan ini amat dirasai oleh beliau yg kini terpaksa bersendirian untuk mencari rezeki bagi keperluan anak-anak yang masih belaja

Terdapat 3 jenis bantuan yang akan diberikan :
.
➳Bantuan Perniagaan – Mesin Uli Tepung (Mixer) 
➳Bantuan Perniagaan – Bahan Mentah Kuih-Muih 
➳Bantuan Modal & Promosi Perniagaan

Jika sebelum ini, kami perlu menyewa ruangan atau kelas ditempat lain di mana ia memakan kos yg agak tinggi. Untuk tahun 2017, besar harapan kami di MVM untuk membina satu kelas latihan / kemahiran bagi tujuan memberikan pendidikan serta ilmu.

Selain itu, MVM turut merancang untuk membina sebuah surau MVM untuk memberi keselesaan semasa solat kepada para sukarelawan atau sesiapa sahaja yang berkunjung ke tempat urusan MVM.

Bagi merealisasikan target 2017 ini, pihak Muslim Volunteer Malaysia - MVM amat berbesar hati jika anda ingin memberi infaq/sadaqah jariyah atau tajaan pada sebarang nilai seikhlas yg anda inginkan.

Satu bahagian infaq bernilai RM250. Pihak MVM memerlukan 52x org penyumbang untuk infaq pada pembinaan kelas/latihan & surau MVM.

HARAPAN MVM

Dengan hanya berbaki beberapa hari sahaja lagi sebelum tahun 2016 berakhir, besar harapan kami di MVM jika anda mengambil peluang yang ada ini untuk memberikan sumbangan dari segi dana / ataupun anda juga boleh bantu dengan share/hebahkan email ini di fb, twitter, instagram,blog,group wassap mahupun telegram.


Marilah kita sama-sama meringankan beban setiap orang yang memerlukan bantuan.

Mana tahu, disebabkan kemurahan hati kita, ramai insan yang dilanda kesusahan mampu mendapat nafas yang baru dalam menjalani kehidupan, menyumbanglah seikhlas hati meski RM5, RM10 mahupun RM50....Apa jua yang termampu dari kita.

Sumbangan di atas nama Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia:
.
➳Maybank: 564801647699
➳Cimb: 8602537807
.
Bagi anda yang memerlukan resit selepas tajaan/sumbangan dibuat, boleh klik dibawah::
Tabung Syria: 
https://www.billplz.com/SyriaMVM
www.billplz.com/TabungMahabbah
Infaq Pembinaan Kelas & Surau MVM: www.billplz.com/InfaqMVM

Bersama kami hebahkan kempen-kempen diatas, supaya dana yang diperlukan, dapat pihak MVM berikan kepada mereka yg memerlukan bantuan.

Sama-sama kita mencari bekalan akhirat dengan membanyakkan bersedekah.

Semoga usaha ini dipermudahkan.Amin...

Facebook : www.facebook.com/MuslimVolunteerMalaysia
Twitter : www.twitter.com/VolunteerMVM
Instagram : www.instagram.com/muslimvolunteermalaysia
Telegram : www.telegram.me/MuslimVolunteerMalaysia


Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Info-info ini sebenarnya dah banyak berlegar di fb/insta/whatsapp juga kan
    Cuma harapan kita perjuangan terus diteruskan dan mendapat apa yg digarap.

    Siapa lagi kalau bukan kita yg membantu saudara kita sendiri?

    BalasPadam
  2. semoga lebih ramai tampil untuk menderma.. aminnn

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.