Cerita Perkhemahan Kami Di Pantai Chendor Cherating Pahang.

Taraaa sambung citer lagi..Semalam citer aku tamat kat main air di pantai..Arini bersambung lagi..

Anak anak bila dah seronok main air diaorang ni leka sikit..kena kita ingatkan tentang SOLAT...Ya solat asar,masa Umi panggil diaorang naik untuk solat asar jam dah menunjukkan pukul 5.45 petang..



Dah dah laa main tu..Jom solat asar jom..Makanya kuar jer dari kawasan laut terus mandi air bersih..


Lepas bersihkan diri dan mandi air bersih..terus pergi solat..Camping camping jugak solat kena jaga..Dah siap solat diaorang tak nak turun main air dah..Sekadar layan main tepi pantai jer ..


Siap solat asar akif dan abang iman main main kejap kat tepi pantai..Mals dah nak mandi manda sebab dah tukar baju..Lagipun dah lama sangat mandi ..



Jam 6.30 lebih orang masih ramai lagu duk main kat pantai..



Boring jalan jalan tepi pantai...Akif ambik port naik buai..Posing skit hehehe..


Melayan perasaan sambil meneguk air oren.Santai habis dak kecik ni...

Layan diaorang kejap..tup tup dah dekat nak maghrib..Makanya siap siap diri untuk solat maghrib dulu..Masing masing solat ikut turn..yang besar dulu diikuti yang kecik kecik..Seronok tengok diaorang berlumba lumba sapa nak solat dulu sapa solat kemudian..Alhamdulillah solat tak tinggal walaupon tak berapa selesa sikit sebab ada jer pasir pantai yang duk mengekor kat kaki..Adat la kan duk kat pantai..tak sah laa kalau takde pasir melekat..

Selesai solat maghrib..layan main main kejap pastu solat isyak..Dah siap semua solat isyak barula aktiviti bbq berjalan..Ni yang ditunggu tunggu..Nak bakar ayam,bakar sotong dan jugak sosej..Apalagi jom kita membakar..Bbq time..





Waa..hitam legam pon adoo..al maklum laa sambil duk bakar sambil makan..Ada jer yang terbakorr...

Sebelum makan makan meehoon dan jugak ayam bakar,sotong bakar dan jugak sosej bakar..kitaorang sambut bedayy anak sedara aku yang ke lima tahun..Siap ada kek lagi tuu..Ari lahir adik baby aka Muhammad Irfan Rifdee..Selamat ari lahir adik baby..semoga adik baby sihat sejahtera panjang umur murah rezeki dan sentiasa dalam lindungan Allah SWT..






Dah siap potong kek..masa untuk makan meehoon goreng dan jugak ayam bakar..Apalagi makan laa setakat mana nak makan sebab makanan banyak..Dah macam duk kat rumah dah..Macam macam ada..buah buahan pon ada..jajan jajan pon ada..makan jer kerjanya..




Siap makan makan perut pon kenyang..layan pulak main unggun api..



Selesai layan unggun api..mata sorang sorang tak menunjukkan tanda nak tido lagiii..makanya masing masing layan youtube dengar lagu malam malam buta..segor bugor laa mata..



Akhirnya jam dah nak pukul 11..Ada yang dah masuk tidur sebab ngantuk..Tapi tengah malam semua pakat pakat keluar khemah tido kat luar sebab panas kat dalam khemah..Makanya tido berjemaah la kami kat luar beramai..

Pagi besoknya lepas solat subuh..masing masing ambik peluang main main lagi kat tepi pantai..Jam 8 pagi mandi laut sekali  lagi .. Siap siap mandi masa untuk bertolak balik..Simpan apa yang patut dan bersihkan kawasan perkhemahan..pastu gerak balik..Alhamdulillah selamat balik rumah..Nanti boleh laa berkhemah lagi..


Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Assalamulaikum Admin,

    Mohon untuk dimasukkan blog saya ke blok tuan. Blog saya:

    http://biarlembuyangjadilembu.blogspot.my

    Sekiranya sudah dimasukkan harap maklumkan kat email saya: biarlembuyangjadilembu@gmail.com

    Terima kasih.

    BalasPadam
  2. salam, dkt cherating mmg ada campsite ek. tp belah mane ek hiih

    BalasPadam
  3. kat sini kalau malam toilet buka ke

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.