Buah Cempedak Dalam Pinggan

Buah Cempedak Dalam Pinggan | Kisah balik kampung cuti Awal Muharram baru baru ni..Nak jadi cerita balik rumah MIL. Jenguk jer dapur ghaw ghaw bau cempedak. Semerbak satu rumah. Hahaha melampau laa tu semerbak satu rumah.. Ya seyess tak tipu memang semerbak satu rumah laaa. Apa taknya banyak bebenoo cempedak kat dapur. Sampaikan Akif bilang siap tunjuk tunjuk boleh salah kira sebab banyak sangat. Cempedak tu pulak kecik kecik mini jer dah masak ranum. Memang kecik kecik jer buahnya sebab tu laa banyak. Satu pokok adala dalam 10 biji kot. Agak agak aku la. Main agak agak jer sebab MIL cakap banyak laa jugak kat satu batang pokok buahnyer.



Dek kerana terliur ngan bau cempedek, en hubby masuk dapur terus mintak MIL goreng cempedak. Apalagi MIL tahu jer laa anak dia nak makan, terus jer sediakan bahan nak goreng cempedak sementara aku pegi solat asar. Kuar jer kat dapur. Taraaa dah siap goreng dah. Buah cempedak dah jadik cempedak goreng. Aku ambik yang dah di sejat dalam bakul sempat lagi ambik gambar cempedak goreng dengan latar belakang kawan kawan cempedak yang belum lagi digoreng kat belakang. Tengah tunggu turn laa tu. Nanti korang plak masuk kuali hokey! hahaha. K la k laa nak makan sangat tak dan dan kan, ambik mangkuk besar masukkan dalam mangkuk. Makanya makan cempedak goreng laa kami anak beranak petang tu. Sedapp ooo makan panas panas. Tak toleh kiri kanan dah. MIL tak makan pon aku buat buat tak nampak jer, hahaha khusyuk sangat layan cempedak goreng.


Ok selesai citer cempedak goreng kat umah MIL. Masa balik Kuantan baru ni MIL bekalkan buah cempedak untuk aku anak beranak. Makanya aku goreng lagi lagi dan lagi. Tapi butir dia aku simpan. Hahahaha nak buat apa butir dia. Anak anak sibuk nak tau. Aku cakap nanti tengok laa Umi buat apa. Ok sampai masa dah, rini aku rebus butir cempedak tu. Sedap pulak makan masa panas panas. Butir cenpedak rebus sedap sangat lama benor aku tak makan. Ingat ingat last makan masa kecik kecik dulu laaa kot. Pastu tak pernah makan dah. Atau aku lupa aku pernah makan. Abaikan jerla janji kali ni aku dapat makan butir cempedak aku rebus sendiri. Layan jer la..


Dek kerana banyak sangat makan cempedak dan juga butir cempedak badan jadi cam sakit urat dah. Huhuhuhu sejuk gamaknya makan banyak banyak buah cempedak ni. Tapi takpe laa tahan jer laa sebab sedap makan ooo. Makanya malam ni aku mintak en hubby tolong urut. Mahu tak lemau badan ni makan banyak banyak. Sakit badan dah. Kena tidur dah ni. K stop sini dulu laa eaok esok sambung lagi kalau ada citer menarik. Adakah citer cempedak lagi. Kita tunggu jer la nanti. 

Selamat malam korang. Malam jemahat ni sila tidur awal awal okey. Kikikikiki. K bye bye!


Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. banyaknyeee...sedap tu makan cempedak goreng panas-panas..lagi-lagi time tengah berkumpul ramai-ramai..

    BalasPadam
  2. terliurnya tgk. arituh masa balik cuti raya haji sempat jugaklah makan cempedak goreng tapi tak puas. hehe

    BalasPadam
  3. Wah hebatnya perkongsiah kali ini..apa khabar ya

    BalasPadam
  4. Blog ni tetap dalam blog list blog Etuza ya

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.