3 Cara Mudah Bersedekah Ala Jutawan Rafellina

Assalamualaikum.Ramai antara kita yang masih teragak-agak untuk bersedekah. Mereka beranggapan kena kaya dahulu baru bersedekah. Selalu kita dengar, "Aku pun cukup-cukup makan, macam mana nak sedekah?". Ini adalah satu teori yang salah. Islam mengajar kita untuk memberi dahulu. Tangan yang memberi untuk lebih mulia daripada tangan yang menerima. 

Di sini Lya ingin kongsikan 3 cara mudah bersedekah yang diamalkan oleh pemilik butik Rafellina. 



1. Sebelum memulakan sesuatu plan atau kerja, mulakan dengan sedekah walaupun sekadar membeli pisang goreng untuk jiran-jiran. 

2. Membeli di kedai tanpa ambil baki terutamanya apabila membeli dengan peniaga kecil. Niat untuk bersedekah. 

3. Sedekah doa untuk mereka yang menyakiti kita. Doa yang baik-baik kepada mereka yang telah menyakiti kita. In sha Allah, Malaikat turut mengaminkan doa itu untuk kita. 

- Fellina Nadea Ed Fatah, Pengarah Urusan Rafellinna Sdn. Bhd. 

“Sesungguhnya sedekah pada hari Jumaat itu memiliki kelebihan dari hari-hari lainnya. Sedekah pada hari itu dibandingkan dengan hari-hari lainnya dalam seminggu, seperti sedekah pada bulan Ramadhan jika dibandingkan dengan seluruh bulan lainnya.” (Ibnul Qayyim, Zadul Ma’ad)

Muslim Volunteer Malaysia memberikan peluang untuk anda menyumbang & sedekah melalui kempen Muslim Volunteer Malaysia - MVM

Sumbangan/deposit ke boleh dibuat ke akaun berikut:

➳Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia
➳Maybank 56480 164 7699
➳CIMB Islamik 8602 5378 07

1. KELUARGA MISKIN & ASNAF OKTOBER

➳Kempen bulan 10 : Masih berbaki 85 keluarga asnaf lagi yang masih tiada tajaan.
➳1 tajaan keluarga = RM80 sahaja
➳Reference : bulan 10
➳Maklumat mengenai program di : https://mvm.org.my/pureheart


2. KEMPEN RM10 OKTOBER

➳Sasaran RM 4,500
➳Dana terkumpul : RM 680
➳1 tajaan = RM10
➳Reference : kempen 10
➳Maklumat mengenai kempen di : https://mvm.org.my/kempenrm10mvm


3. SUMBANGAN UMUM


➳Sumbangan umum akan digunakan untuk menampung kos-kos program, kos logistik program dan kos untuk volunteer / penerima bantuan.

➳1 tajaan = tiada nilai ditetapkan
➳Reference : umum

Bagi anda yang memerlukan resit selepas tajaan dibuat, anda boleh taja melalui link berikut:

➳Keluarga Miskin & Asnaf: https://www.billplz.com/pureheart

Sebarang pertanyaan mengenai kempen diatas, anda boleh hubungi saudara Yazid di whatsApp 013-355 6211

Segala sokongan dan sumbangan sahabat2 semua didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. 
Kami doakan moga Allah swt membalasnya dgn ganjaran yang lumayan di atas keikhlasan anda.Moga sokongan dan sumbangan sahabat2 semua akan memberi impak yang besar kepada mereka yang menerimanya.

BANTU USAHA Muslim Volunteer Malaysia dan REBUT AMAL JARIAH.BANTU MVM DENGAN SEBARKAN INFO INI "SHARE"

MUSLIM VOLUNTEER MALAYSIA


Berikanlah bantuan kepada orang yang berada di dalam kesempitan. Kelak Allah akan melepaskan kita semasa kita berada dalam kesusahan.Keyakinan kepada balasan baik Allah akan merangsang kita untuk melakukan amalan dan kebajikan dengan lebih banyak.

Dari Abu Hurairah : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda “ Tidaklah harta menjadi berkurang kerana sedekah, dan tidaklah seseorang yang memberi maaf kepada orang lain, melainkan Allah akan menambah kehormatan kepada dirinya; dan seseorang tiada bersikap merendah diri kerana Allah , melainkan ia akan diangkat darjatnya oleh Allah .” ( HR Muslim dan Tirmidzi ) 

Muslim Volunteer Malaysia - MVM sangat berterima kasih dan berharap agar khidmat bakti ini mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

Bersama Kita Hulurkan Tangan Ringankan Beban.Demi Secebis Harapan !!

Catat Ulasan

2 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.