Suria Cherating Beach Resort Khazanah Tersembunyi Di Pantai Timur

Suria Cherating Beach Resort,Khazanah Tersembunyi Di Pantai Timur.Suria Cherating Beach Resort..Dengar jer Cherating,Lya pasti korang tahu kat mana kan ?..Ke ada yang tak tahu..Ok pada yang belum tahu kat mana letaknya Suria Cherating Beach Resort..jom baca citer Lya hingga habis..Kata nak tahu,kenala baca..

Cuti sekolah minggu lepas Lya satu family ambil keputusan untuk BERCUTI..Lama sangat tak bercuti bersama anak anak..Bercuti kat mana?Kali ni kami pilih tempat paling dekat..Tak jauh pon dekat dekat dengan rumah jer..Dekat sangat dengan rumah kami tak sampai pon 2km..Ha aa dekat tak dekat tak...Bercuti tapi dekat jer dengan rumah..Takpe laa dekat pon dekat la yang penting kami nak bagi suasana percutian untuk anak anak sempena cuti sekolah.Bukan apa sesekali bawa anak anak bercuti walaupon dekat jer ngan rumah tapi bilamana dinamakan PERCUTIAN anak anak pasti suka.Tambahan pula tempat percutian pilihan kami,Suria Cherating Beach Resort complete set untuk anak anak...Ada kolam renang dan juga berdekatan dengan pantai..Apalagi anak anak memang suka bermain air...Peluang bercuti kali ni diaorang dapat main air puas puas..

Ok korang mesti tertanya tanya best ke tak best bercuti kat sini..Ok Lya citer satu persatu untuk korang..Sebelum tu Lya nak citer sikit mengenai Suria Cherating Beach Resort,Kuantan Pahang..Kalau korang nak tahu,ada yang claim bahawa resort ini merupakan the best Cherating hotel pada tahun ini.Untuk pastikan betul ke tidak,teruskan pembacaan korang..

Mula mula tiba kat Suria Cherating Beach Resort,suasana tenang menyambut kedatangan kami buat kali pertama menjejakkan kaki di resort yang menakjubkan dan dikelilingi oleh pemandangan indah hutan tropika dan pokok­pokok pain.Memang resort ini sangat sesuai untuk kita yang ingin lari dari hiruk­ pikuk bandar.Tak kira sama ada korang datang bercuti dengan keluarga atau rakan ­rakan yang disayangi,resort ini pasti akan memenuhi kekosongan hati korang.Cewahhh...macam best jer..Kat sini memang ramai pelancong dari luar ,jadi korang tak perlu rasa hairan,kerana Cherating adalah destinasi untuk pelancong dari seluruh dunia..Pendek kata kalau musim cuti memang ramai pelancong samaada dari Malaysia ataupun luar negara yang akan menginap di resort ini..





Suria Cherating Beach Resort  mengamalkan konsep moden dan elegen,sesuai dengan keselesaan pengunjung.Semestinya ia memberi nilai yang sangat baik untuk wang yang korang belanjakan.Dengan kemudahan internet jalur lebar yang disediakan,resort ini memastikan bahawa korang akan berasa seperti  berada dirumah...Best betul menginap kat sini..

Suria Cherating Beach Resort terletak  di sepanjang pantai Laut China Selatan yang indah. Resort ini terkenal dengan pantai berpasir putih yang bersih dan air yang laut yang membiru.Hal ini menjadi salah satu faktor yang membuatkan Cherating adalah destinasi untuk pelancong dari seluruh pelusuk dunia dan menjadi penyumbang kepada pertumbuhan banyak hotel in Kuantan dalam masa beberapa tahun kebelakangan ini.

Dari segi lokasi,  Suria Cherating Beach Resort terletak kira ­kira 45km dari bandar Kuantan dan lebih kurang 3 jam perjalanan menaiki kereta dari Kuala Lumpur.






Suria Cherating Beach Resort juga dikatakan antara pesaing terhebat bagi the femes Club Med Cherating.Di resort ini, terdapat 114 buah bilik tetamu yang luas serta pemandangan indah taman atau laut.Terdapat lima jenis bilik untuk dipilih. Antaranya termasuk Superior Garden View, Deluxe..Pemandangan Laut, Terrace Garden View, Sea View Terrace & Suite. Semua bilik­ bilik ini dilengkapi dengan kemudahan yang lengkap seperti sistem pendingin hawa, flat screen TV,mini refrigerator dan kemudahan tea and coffee maker.





Suria Cherating Beach Resort juga menyediakan pakej mesyuarat untuk kedua­ dua sektor korporat dan kerajaan dan juga pakej acara untuk hari keluarga, makan malam dan majlis perkahwinan pada harga yang reasonable. Terdapat 9 bilik seminar yang boleh menampung 25­400 orang dalam satu masa. Dilengkapi dengan projektor, televisyen dan pemain video, kemudahan­kemudahan ini pasti akan memenuhi keperluan pengunjung ke sini. Selain tu,antara kemudahan asas lain yang disediakan, seperti kolam restoran, surau, tandas awam, kolam,aktiviti teambuilding dan kemudahan rekreasi lain seperti sebuah gelanggang untuk bola jaring,bola tampar dan aktiviti pantai bola. Semua prasarana tersebut disesuaikan untuk keselesaan pengunjung di sini.

Jika korang ingin merasai hidangan tempatan dan juga antarabangsa boleh berkunjung ke Restoran Bunga Padi yang terletak berhampiran lobi hotel.Korang pasti teruja dengan pilihan hidangan tempatan dan antarabangsa yang sememangnya lazat. Korang boleh pilih nak menjamu selera kat dalam restoran ataupon kat luar resoran yang dikelilingi ambien yang santai sambil menikmati keindahan alam semulajadi dan lanskap resort yang memukau serta permandangan matahari terbit dan matahari terbenam yang cukup indah.

Ok ni pemandangan kat dalam restoran..

Cantik dan menarik susun atur tempat makan..Boleh menikmati pemandangan di lautan luas...

Ok kalau korang rasa nak makan sambil layan angin sepoi sepoi bahasa yang bertiup dari arah pantai boleh lepak lepak kat kawasan luar resotoran..Pasti aktiviti makan makan korang bertambah seronok..

Sementara layan makan makan..kalau anak anak nak mandi boleh jer layan diaorang mandi manda sambil menikmati hidangan..Anak anak Lya memang suka laa bab bab mandi kolam..


Kalau korang menginap kat Suria Cherating Beach Resort jangan lupa sertai aktiviti riadah yang boleh dilakukan di sekitar tempat ini. Antaranya ialah : 

- Menyaksikan kelip ­kelip di Sungai Cherating..Yang ni korang patut join..Memang best sangat..Korang akan didedahkan dengan maklumat mengenai kelip kelip atau orang sebut jugak kunang kunang.Ok Lya citer sikit info mengenai kelip kelip."Kelip kelip menggunakan organ cahaya yang terletak dibawah abdomen mereka.Serangga kecil ini mengambil oksigen dari dalam sel sel khas kemuadian menggabungkan ia dengan bahan baham yang dipanggil luciferin untuk menghasilkan cahaya dengan hampir tiada haba.Kelip kelip mempunyai kitar hidup yang agak pendek iaitu 2 hingga 3 bulan sahaja.Terdapat empat fasa dalam kitar hidup kelip kelip iaitu telur,larva,pupa dan kelip kelip dewasa.Kelip kelip hidup di sepanjang sungai yang mempunyai pokok bakau...Kelip kelip makan dengan cara menghisap nectar dari bunga pokok bakau dan rembesan daunnya....".Untuk menyaksikan view yang indah ini, pengunjung akan dikenakan bayaran sebanyak RM30 untuk kanak­ kanak dan RM60 untuk orang dewasa.



- Pengalaman melepaskan anak penyu ke laut.Bestnyer dapat merasai sendiri pengalaman indah ini..Aktiviti melepaskan anak penyu akan dilakukan pada waktu malam,di mana anak ­anak penyu yang baru menetas akan mula berjalan ke arah laut...Keseronokan berganda bilamana anak anak berlari lari memberi sokongan pada Si Penyu Kecil agar cepat cepat masuk ke dalam laut..Untuk menikmati dan berkongsi pengalaman melepaskan anak penyu,
harga yang dikenakan mengikut bilangan anak penyu yang dilepaskan pengunjung ke laut..




- Mangrove River Cruise di Sungai Cherating.Untuk aktiviti ini pengunjung berpeluang untuk merasai pengalaman menaiki cruise di sepanjang Sungai Cherating sambil menyaksikan pemandangan indah hutan bakau. Pengunjung juga berpeluang untuk melihat iguana, ular, memerang, monyet dan haiwan­ haiwan lain yang menjadikan hutan ini sebagai rumah mereka.Pastinya satu pengalaman indah untuk kita..Cruise harian bermula pada pukul 9.00 hingga 10.00 pagi dan pukul 4.00 hingga pukul 5.30 petang.Jadi apa tunggu lagi jom sama sama kita nikmati keindahan alam semulajadi sambil menyusuri Sungai Cherating.







Korang mesti TERUJA dengan cerita Lya dan tak sabar nak bercuti kat sini kan ?..Pada korang yang nak datang ke negeri Pahang,Lya jemput korang singgah bercuti di Suria Cherating Beach Resort bagi merasai sendiri pengalaman percutian di salah sebuah Cherating hotel ini.Dah datang sini,baru la dapat tau best atau tidak.Apalagi jom cuti cuti kat Pahang..Percutian anda akan bertambah inidah di Suria Cherating Beach Resort...


Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. bestnya kalau dapat bercuti ... tunggu mikhail besar sikit la, senang nak bawak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jom cuti2 kat pahang plak dkna..takpe.la mikha kecik lagi pon..best gak hehehe

      Padam
  2. mencabar naik bot tu..lalu pula bwh pokok ada biawak, ular bagai...slp hrbulan ada yg melompat

    BalasPadam
  3. info menarik..nanti boleh la plan cuti-cuti cherating

    BalasPadam
  4. Rindunye nak ke Cherating, x sangka dah secantik ini...

    BalasPadam
  5. bestnya..fariza dah besar nak pergi bercuti la

    BalasPadam
  6. ASSALAM.nak tanya laut dia boleh mandi ke

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.