3 September 2016 Ulangtahun Ke 3 Blog Akif Imtiyaz


Alhamdulillah..Sedar tak sedar dah tiga hari kita di bulan September.Syukur pada Allah SWT kerana rahmat dan hidayahNya kita masih lagui diberi peluang untuk sama sama mengecapi bahagia di bumi Allah ini...Syukur pada Allah SWT juga kerana hari ini 3 September 2016 usia blog Akif Imtiyaz memasuki usia tiga tahun...Sedar tak sedar sudah tiga tahun Lya berblogging mencurah rasa hati  mencoret kata indah..meluah perasaan terpendam..menulis ikut kata hati di blog Akif Imtiyaz.Tarikh 3.9.2013 adalah hari pertama Lya mula berblogging melalui blog AKIF IMTIYAZ.Tanpa disedari hari ini sudah menginjak usia tiga tahun blog ini bertapak..Dan tiga tahun juga Lya bergelar BLOGGER...Alhamdulillah blog Akif Imtiyaz masih bertahan hingga ke hari ini..Terima kasih Allah...



Bersempena usia Blog Akif Imtiyaz TIGA TAHUN,Lya dengan rendah hati ingin mengucapkan ribuan dan jutaan terima kasih pada sahabat sahabat Lya yang masih sudi berkunjung ke blog AKIF IMTIYAZ.Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen membina untuk entri entri entri yang  Lya tulis...Sudi berkongsi cerita pahit manis bersama Lya.Sudi juga menjadi sahabat alam maya Lya..Sahabat alam mayaku ingatlah,walau kita tak pernah sekalipun bersua,sahabat sahabat semua akan sentiasa ada dihati Lya,sentiasa jadi sahabat istimewa buat Lya....Semoga dengan izin Allah dapatlah kita bersua muka satu masa nanti ya sahabat...InsyaAllah doa doakan ya sahabat ...




Untuk yang teristimewa di hati Lya..En Hubby..Terima kasih kerana masih sudi menyokong saya,bagi semangat untuk saya update blog,bagi dorongan saat saya giveup,bagi tunjuk ajar terbaik untuk saya menulis,bagi kata kata peransang yang cukup PEDIH,PAHIT dan KELAT untuk saya HADAM agar saya tak putus harapan.Bagi senyuman saat saya rasa malas nak menulis,bagi laptop,bagi tab,bagi hp dan paling baru bagi NOTE 5 untuk saya agar saya boleh MENULIS BLOG..TERIMA KASIH ..I LOVE YOU SO MUCH !!!Terima kasih sebab faham minat saya. Sayang awak dunia akhirat .. ( mak aiii over plak dah ayat !!,takpe la bak kata EN Hubby ..ni blog awak,suka hati awak la apa awak nak tulis,janji awak tak sakitkan hati orang sudah !!!).Yup setuju.Ini blog saya.Saya tulis pakai HATI !!!.Tq tq tq SUPPORT SAYA.JANJI TAU AWAK AKAN TERUS SUPPORT SAYA SAMPAI BILA BILA..Akan sentiasa ada di belakang saya sentiasaaaaa...

Khas buat BEN ASHAARI founder KBBA9 dan juga MOMMY IRRA pengetua EFG  yang banyak menyokong Lya dalam dunia blogging,tak lupa untuk semua ahli EFG dan juga KBBA9 terima kasih buat korang juga.Nak sebut sorang sorang ramai sangat..Dah macam satu family besar dah kita ni kan?..Walau hanya di WhatsApp..walau hanya di Telegram...Lya mendoakan agar ikatan dan jalinan ukhuwah kekeluargaan kita akan terus berkekalan untuk selama lamanya ..InsyaAllah.Sayang korang dunia akhirat ..

Terima kasih juga buat semua yang sudi beriklan dan juga sudi memilih blog Akif Imtiyaz untuk review produk anda..Alhamdulillah dapat juga buat simpanan tambahan untuk Insyirah,Iman dan Akif.Syukur alhamdulillah dapat juga hasil melalui blogging.Dalam duk tulis menulis tu boleh juga buat duit melalui blog.Terima Kasih Allah atas rezeki yang KAU berikan..Syukur syukur Ya Allah..Alhamdulillah....

Happy 3rd Years Blogging Anniversary !!!!

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. tahniah kak lya dah 3 tahun blogging. semoga berjaya dan dilimpahkan rezeki yang baik. insyaAllah

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.