Review Produk Di Blog Akif Imtiyaz Ada Kesan Ke ??

Alhamdulillah syukur atas rezeki dan rahmatMU Ya Allah..Sesungguhnya tiada yang lebih penting selain memanjatkan doa dan kesyukuran padaMu Ya Allah..Pembuka bicara untuk cerita Lya petang ini..

Kat luar sana ramai yang tanya Lya mengenai REVIEW PRODUK...Ada kawan minta tolong REVIEW..Minta tolong viralkan produk mereka ,bantu mereka untuk dapatkan TARGET jualan...Alamak kalau nak dapat target lelebih tu Lya tak janji tapi kalau untuk review insyaallah Lya boleh tolong....Kalau nak dapat jualan lebih kena usaha juga bukan sekadar berpeluk tubuh tunggu hasil..Orang kata nak seribu daya tak nak seribu dalih..

Satu lagi Lya nak bagitau..,Lya bukan tak boleh tolong BOLEH !!  tapi ada cara dan susun aturnya wahai sahabat...Ada yang minta tolong dengan ayat berbunyi "Ala tolongla review produk kawan kan..takkan la tak boleh tolong kawan..Bukan mintak tolong selalu..sesekali jer..Takkan kena bayar jugak"..Allahuakbar sedihnya Lya dengar..Ya laa bila seorang bergelar kawan sanggup cakap macam tu..Dah la mintak tolong dengan kita tapi camtu pula caranya..Ok meh dekat sikit Lya terangkan..Nak tolong boleh jer..tapi kita pon nak mintak tolong juga..Kita menulis ni pakai idea sendiri..tambah itu tambah ini..buat itu buat ini..pastu yang paling WIN kita guna INTERNET,guna elektrik la kawan...Ha aaa kalau dah namanya internet ,elektrik makanya kita kena bayarlaa kan..Habis tu kalau kita bagi free camtu jer kita ni dapat apa..Hakikatnya bukan nak berkira sangat tapi HAKIKAT SEBENAR sekarang ni kita hidup dalam keadaan SEMUA KENA BAYAR takde dah yang FREE...Cer baca apa kata founder KBBA9  En Ben Ashaari....


Review Produk Berkesan , Review Produk , Review Terbaik , Servis Review Produk , Lya Review , Review Dari Hati , Review Sebenar , Produk Review , Bantu Jual Produk , Semoga Mirah Rezeki , Rebiew Berbayar , Produk Untuk Di Review




Ok berbalik pada kawan tadi..Boleh pulak cakap "Ala aku tau la aku buta IT,buta itu buta ini..Ko yang pandai tolonglaaa..Takpe laa tanak tolong sudah laa..Ada kawan tapi tak boleh tolong kawan"..Camtu pulak dah..Dah la tak nak bayar..tak nak bagi produk yang dijual untuk kita senang review..Tak nak bagi detail semua kita kena cari..Alahai kak enon,kalau camtu kak enon buat review sendiri laaa senang..Cuba kak enon buat tengok camne..Ok habis dah cerita si kawan yang sekarang ni dah TAK FRIEND kat facebook..dah block instagram..dan tak singgah blog kita dah..Pasal apa?..Pasal review laaaa..Kalau la si kawan ni cakap elok elok bahasa bunga bunga indah ok la jugak..Ni dia punya bahasa..HENTAM BATU atas kepala terussssss !!!!

Setiap kali REVIEW produk orang kat blog...Lya memang review ikut rasa hati Lya..Ikut apa yang Lya rasa dan Lya alami masa guna produk tersebut...Ikut kehendak Lya sendiri bukan di suruh suruh buat itu buat ini...Lya buat produk yang Lya review macam produk Lya sendiri.Kalau Lya rasa tak OK dan takleh nak review Lya bagitau owner dan hantar balik produk diaorang.....Alhamdulillah diaorang faham...Bukan apa kalau REVIEW sekadar nak tipu tipu ni Lya rasa macam susah sikit laa...Sesetengah produk yang dah ada testimoni yang benar boleh la kita up kat blog..Tapi kalau tak benar dengan kita kita sekali kena kutuk.. (Pernah TERJADI kat Lya jugak) huhuhuhuhu...

Hasil daripada review kat blog jugak..ramai orang diluar sana duk cari Lya..duk pm tanya pasal produk..nak beli produk..padahal Lya dah letak no owner produk kat blogpost review..Diaorang cakap senang bila cari Lya..Ha aaa secara tak langsung juga Lya dah jadi penjual dan jugak jurucakap untuk produk yang Lya REVIEW..Alhamdulillah rezeki kat situ..Dapat juga Lya tambah income..Syukur syukur..Ada sesetengah produk yang Lya review..Lya juga terjebak jadi agen sekali..Ramai sangat yang cari makanya jadi agen laa senang...
Alhamdulillah berkat REVIEW dekat blog...

Ok untuk anda peniaga peniaga diluar sana yang berminat nak guna khidmat REVIEW di www.akifimtiyaz.com sila PM facebook Lya (link facebook klik kat bio sebelah kanan)..boleh juga WhatsApp Lya 019 9202004 atau email ke lyaaisya@gmail.com  ... Moga moga kita dapat bekerjasama untuk sama sama mencari rezeki halal..InsyaAllah..Aamin aamin..

Alhamdulillah..Bila ada yang cari kita untuk tanya dan juga beli produk..Itu tanda kita berjaya yakinkan mereka akan kebagusan produk tersebut..Sebab tu laa kalau nak review produk kita kena cuba dulu produk tersebut untuk rasa dan alami sendiri kesan produk..
















Lya sertakan antara REVIEW yang Lya pernah buat sebelum ini..Antara review di bawah.Ada yang Lya jadi agen ada jugak jadi dropship ada jugak tolong jadi jurucakap tak berbayar bila orang pm duk tanya..Kita ni bukan setakat buat REVIEW kat blog jer..Bila ada yang PM kat facebook tanya macam macam kita tolong owner produk explain kat pengguna apa yang patut...Kira tolong bantu ikhlas laaa..Selagi Lya ada info produk untuk diketengahkan Lya akan cuba bantu..Alhamdulillah semoga dapat membantu..


















Terima kasih sudi baca coretan panjang lebar dari hati Lya..Terima kasih juga masih sudi singgah blog Akif Imtiyaz..Maaf ya Lya tak sempat terjah dan singgah blog sahabat akibat kebiziannn  melampau sekarang ni..Al maklum la anak Lya yang sulung bakal menghadapi UPSR tak lama lagi..Jadi Umi bertambah tambah busy laaa jawapnya...Doakan kakak Insyirah dapat jawap soalan UPSR dengan tenang hati ya..Terima Kasih sahabat !!!

Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. wahhh, best gak dapat review..produk-produk tempatan, selain dapat membantu dalam meningkatkan pasaran produk, secara tidak langsung membantu kita dalam memahirkan lagi kemahiran menulis surat jualan.....KDO juga teringin nak menulis tentang review produk ni, tapi masih memilih....hihihihi....n gud luck yer, KDO sentiasa teropong blog ini......www.keladionline.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tq KDO sudi singgah blog akak yang tak seberapa ni..InsyaAllah nnt alan dapat review produk..tapi jgn memilih sangat..pilih skit2 daa la hehehe...Oo nanti singgah la teropong lagi..

      Padam
  2. Sudah semestinya lya. Kesan dia bukannya hari blogger publish terus dapat feedback atau sale naik.. Ia adalah kesan berpanjangan. Review ini murah dan kekal lama berbanding iklan di tv dan radio. Selain itu, ia ikhlas dari hati sebab bila dapat produk, kita cuba dulu.. tengok kesan. Kemudian baru tulis kat blog. kan Lya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Btol tu Cik T..kalau hari ni review hari ni jugak nak sale naik mendadak susah la macam tu..Kita cuba sedaya upaya nak yakinkan orang ramai dgn produk..Kita dah tulis seikhlas hati..Dah tgk akan kesannya..Semoga kita dapat tlong mereka untuk lbh memoerkenalkan barangan mereka di mata org lain diluar sana..

      Padam
  3. Ya Allah! Lama rasanya tak jenguk blog Kak Lya. Banyak dah tertinggal. Almaklumlah, lepas habis belajar ni terus busy dengan dunia kerja. Hmmmm.

    Betul, setuju dengan point yang akak bagi. Kita ni blogger, takde la sampai tahap taknak tolong. Tapi nak minta tolong tu kena la tahu caranya kan and faham situasi kedua-dua pihak juga. Apa pun, good job review akak dalam kedudukan yang baik dan tepat.

    :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Allah...Kak lya pon lama sangat dah tak jenguk blog pojie..Busy sangat sekarang ni Pojie..Takpe kak lya faham..Insyaallah ada masa nnt kak lya terjah blog pojie ya...Tq Pojie sudi singgah komen entri akak walaupon sibuk..

      Padam
  4. Alhamdulillah... Semoga murah rezeki Lya. Inilah realiti sebagai seorang blogger.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah..Tq BM..Sudi lagi jengah blog kita...nnt kita balas kunjungan..tak sempat nka berkunjung balas lagi ni..

      Padam
  5. Alhamdulillah... semoga sentiasa dimurahkan rezeki... bab org yg tak faham tu lama2 dia akan malu sendiri.. setiap usaha dgn niat yg baik pasti akan beroleh kebaikan juga akhirnya nanti... all the best!! :) :)

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.