Logo Dan Tema Hari Kebangsaan 2016

Logo Dan Tema Hari Kebangsaan 2016.Ogos adalah bulan kemerdekaan bagi kita semua rakyat Malaysia.Tema untuk Hari Kemerdekaan pada tahun 2016 telah ditetapkan sama dengan tahun 2015 iaitu #SehatiSejiwa.Untuk pengetahuan anda,tema, logo dan juga lagu sambutan Merdeka Malaysia 2015, #SehatiSejiwa dikekalkan sebagai tema sambutan bagi tahun 2016.

#SehatiSejiwa mencerminkan roh kesepaduan,kesefahaman,kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat di negara ini selain melambangkan semangat kesepaduan yang dimiliki oleh semua rakyat tidak kira di mana mereka berada.

Tahukah anda apakah maksud atau makna di sebalik Logo Hari Kebangsaan Malaysia 2016..




Logo ini mengambarkan Peta Malaysia termasuk Semenanjung serta Sabah dan Sarawak yang dikelilingi dalam bentuk hati. Logo ini membawa maksud kesatuan rakyat Malaysia yang sehati sejiwa serta bersama-sama menjaga keamanan dan keharmonian negara Malaysia.


Maksud Di Sebalik Logo Hari Kebangsaan Malaysia 2016



Logo Dan Tema Hari Kebangsaan 2016 , Logo Hari Merdeka 2016 , Tema Hari Merdeka 2016 , Merdeka 2016 , Tema Hari Kebangsaan 2016 , Tema Hari Kemerdekaan 2016 , Sehati Sejiwa Tema Hari Kemerdekaan 2016


BENTUK HATI merupakan perlambangan kesatuan rakyat Malaysia yang sekian lama hidup dalam aman, toleransi dan harmoni.

BULAN adalah metafora keluhuran Islam sebagai agama rasmi negara manakala BINTANG pecah 14 adalah cerminan perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan.

PETA MALAYSIA mengambarkan keakraban semua negeri dibawah payung negara.

GARIS MERAH di bawah adalah imejan rakyat Malaysia yang berjiwa besar dan berani, di samping rentetan wara BIRU, MERAH, PUTIH, KUNING yang merupakan kombinasi warna Jalur Gemilang kebanggan rakyat Malaysia.

Semoga Bermanfaat ....

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. semoga kita semua sentiasa sehati dan sejiwa..hihi

    BalasPadam
  2. Habis zaman sekolah dah tak ambil tau pun pasal tema logo semua ni.huhu..thanks kak lya terapkan semangat patriotik dalam kalangan blogger.

    BalasPadam
  3. Sehati sejiwa... bersatu kita teguh!! :)

    BalasPadam
  4. nasib singgah sini.. kalau tak, masih tak tahu logo tahun ni.. lems betul la KA ni..

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.