Tips Kejut Anak Bersahur

Tips Kejut Anak Bersahur | Anak anak Lya mula berpuasa seawal usia empat tahun..Bermula dari Kakak Insyirah,Abang Iman dan jugak Akif Imtiyaz.Masing masing dah start berpuasa masa umur diaorang empat tahun.Untuk melatih mereka tiga beradik berpuasa cukup mudah bagi Lya dan en hubby..Anak anak dah biasa tengok Umi dan abah berpuasa dan bila tiba masa diaorang puasa..Alhamdulillah anak anak Lya boleh laksanakan dengan jayanya..Bab bab berpuasa memang Ok tapi kesukaran buat mereka time nak sahur..Nak kejutkan anak anak bangun sahur adalah cabaran buat Lya dan juga en hubby.Ya la kan nak kejut makan pagi pagi jam 4 setengah masa anak anak sedang lena diulit mimpi memang satu cabaran buat kita kita yang bergelar ibubapa...Kalau Kakak dengan Abang Iman mudah sikit nak bangun sahur..Sekali dua kejutkan..diaorang dah bangun..Tapi bila nak kejutkan si bongsu Akif Imtiyaz..Susah sikit Akif ni nak buka mata..Dah buka mata dia tutup mata pulak..Sekejap buka sekejap tutup..Dah bangun tercongok boleh pulak dia baring dan tidur semula..Kan kalau tak kejut sahur..nanti lapar dan dahaga pulak sepanjang hari berpuasa..

Makanya cara nak kejut Akif bangun sahur..Lya cuba kaedah yang dikongsikan oleh rakan rakan facebook..Alhamdulillah menjadi la setakat ni..Ok Lya kongsikan untuk sahabat sahabat Lya juga..Setakat ni lepas dah kejut sahur tu...bila Akif dah OK dan boleh terima..Alhamdulillah mudah la dia bangun..Tips kejut anak bersahur..Semoga bermanfaat..InsyaAllah..

Tips kejut anak bangun sahur , Cara kejutkan anak bersahur , Tips kejut anak sahur , Cara kejutkan anak bersahur , Cara kejut orang untuk bersahur , Tips mudah bangun sahur , Tips kejut bangun sahur ,

Tips Kejut Anak Bangun Sahur



Antara panduan yang boleh ibubapa gunakan untuk kejutkan anak bangun sahur ialah:

- Pegang anak jari kaki kiri atau kanan sambil memanggil namanya perlahan-lahan..
- Sentuh bahu dan goyangkan perlahan-lahan sambil memanggil nama anak..
- Renjis air di muka sambil memanggil nama anak perlahan lahan.
- Menampar manja pipi anak sambil menyebut nama mereka.
- Tutup kipas atau penghawa dingin di bilik anak anak..bila dah tutup anak anak akan rasa tak selesa dan akan mudah terjaga.

Selain daripada tips yang Lya kongsikan kat atas itu,bila time sahur sediakan makanan kegemaran anak-anak.Kita sebagai ibu sebelum anak anak tidur tanya la dulu nak makan apa sahur nanti...Tanya menu apa yang anak anak suka dan kita masakkan untuk mereka..Dengan cara ini  anak-anak merasa seronok untuk bangun sahur...Insyaallah....

“ Bersahur itu berkat maka janganlah kamu tinggalkan, walau seorang di antaramu hanya meneguk air. Kerana Allah dan para malaikatNya akan mengucapkan selawat kepada orang-orang yang bersahur " 

(Hadis Riwayat Ahmad) 


Catat Ulasan

2 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.