Ramadhan 2016 Bakal Menjelang

Ramadhan 2016 bakal menjelang.Umat Islam di Malaysia dijangka akan dapat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan tahun ini pada 6 Jun 2016 bersamaan 1 Ramadhan 1437H.Tarikh permulaan puasa bulan Ramadhan 2016 ini masih tertakluk kepada pengumuman rasmi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang akan mengumumkan dan menetapkan tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia nanti.Tarikh rasmi permulaan puasa bulan Ramadhan 2016   akan diberitahu kelak.

Alhamdulillah Ramadhan 2016 bakal menjelang sekali lagi..Peluang bonus untuk kita sama sama menambah saham pahala di dunia dan juga akhirat.Syukur pada Allah SWT kerana dengan izinNya kita masih lagi berpeluang untuk berjumpa Ramadhan tahun ini.Hopefully,Ramadhan untuk tahun ini lebih baik dari tahun yang sebelumnya...Semoga kita semua telah bersedia untuk bertemu Ramadhan kali ini,yang akan muncul beberapa hari lagi.Anak anak Lya hari hari duk tanya bila nak puasa ni Umi..bila nak puasa ni Umi..Tak sabar dah nak puasa...



Bergembiralah dengan kedatangan bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w. selalu memberikan kabar gembira kepada para sahabat setiap kali datang bulan Ramadhan, “Telah datang kepada kalian bulan Ramadhan,bulan yang penuh berkah. Allah telah mewajibkan kepada kalian untuk berpuasa. Pada bulan itu Allah membuka pintu-pintu syurga dan menutup pintu-pintu neraka.” (HR. Ahmad).

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAK .

Catat Ulasan

2 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.