Jom Makan Pahang Food Fest 2016

Jom Makan Pahang Food Fest 2016.Anda suka makan? Suka makanan tradisional Pahang ? Atau nak cuba makanan moden terkini ? .. Menu yang pelik dan luar biasa.Nak rasa nikmatnya dapat join festival makanan ?.. Anda WAJIB join Jom Makan Pahang Food Fest 2016 kerana di sana nanti anda akan dapat merasai pelbagai pilihan makanan terutama makanan dari Negeri Pahang Darul Makmur.Festival makanan terbesar dan terhebat di Pantai Timur ini bakal berlangsung pada 6 hingga 8 Mei 2016 bertempat di perkarangan Stadium Darul Makmur.Acara akan bermula dari jam 10 pagi dan berakhir pada jam 10 malam.Event ini dianjurkan oleh Al Ammara Management dengan kerjasama Tourism Pahang Malaysia , Panoramic Pahang dan juga Majlis Perbandaran Kuantan,Pahang.


Jom Makan Pahang Food Fest 2016 , Pahang Food Fest


Ok mesti korang nak tahu kan ..Apa objektif eventi Jom Makan Pahang Food Fest 2016 ini di adakan.Ok ianya  diadakan untuk mempromosikan semua jenis makanan yang popular di Negeri Pahang.Tak kira makanan moden ataupun makanan tradisional.Tu la objektif sebenar..Jadi kalau korang rasa nak makan dan nak mengenali dengan lebih baik makanan yang ada kat negeri Pahang,boleh join event ni bermula esok hingga 8 Mei 2016.

Jom Makan Pahang Food Fest 2016


Ok,Lya pon akan turun esok jika tiada aral melintang.Ok sebab utama nak join Jom Makan Pahang Food Fest 2016 ni sebab nak kenal dan lebih mengenali makanan best yang terdapat di negeri Pahang.Kata duk Pahang,tapi banyak tak tahu bab bab makanan kat negeri Pahang.Makanya nanti bila dah pergi dapat la kot diri ini ini buat sesi suai kenal makanan kat sana..Hehehehe..Satu lagi satu lagi sebab BEST.Lya nak cari PUDING RAJA...Puding Raja tu kan bukan senang nak jumpa..
Sepanjang 7 tahun duk kat negeri Pahang ni,tak pernah lagi rasa Puding Raja.Harap harap Puding Raja yang bakal Lya temui kat Jom Makan Pahang Food Festival 2016 nanti sedap dan lazat..Anak anak pon tak kenal lagi Puding Raja tu lagu mana..Nanti boleh kenalkan dekat anak anak juga.

Cakap bab Puding Raja ni kan..Apa yang Lya tahu laa kan..Puding Raja ni sangat sangat terkenal dekat negeri Pahang terutamanya kat daerah Pekan.Sebab pe tau,sebab puding raja ni adalah hidangan pencuci mulut dalam istana .Istana kan kat Pekan..Jadi Puding Raja ni memang femos amoss la kat Pekan.

Jom Makan Pahang Food Fest 2016 , Puding Raja
Puding Raja..Ni la rupa bentuk Puding Raja tu..kalau korang tak pernah kenal..Ha aa tengok pon dah mengancam..Kalau makan apatah lagi..Esok nak g carik laa Puding Raja ni..

Ok meh Lya story sikit tentang Pusing Raja..Istimewanya Puding Raja yang takde pada puding lain,adalah cara penyediaannya yang sama sekali berbeza dengan puding-puding lain yang kebanyakkannya bahan campuran telah sebati sebagai satu hidangan.Puding Raja pula dihidangkan dengan bahan-bahan yang berbeza di dalam satu bekas iaitu  diletak secara berlapis lapis dalam satu bekas,dimulakan dengan pisang lemak manis atau pisang emas yang digoreng.Kemudian dikuti dengan kuih jala emas /urat emas,ditaburkan sedikit buah prun,buah ceri,biji gajus dan akhirnya dicurahkan kuah kastard.Tumpuan bahan dalam puding ini adalah pisang,ia hanya menggunakan pisang jenis lemak manis atau pisang emas sahaja.Jika menggunakan jenis pisang lain,pasti akan berlainan rasanya.Bagi anda yang belum pernah menikmati puding ini,jom kita cuba rasa Puding Raja kat Jom Makan Pahang Food Fest 2016..

Selain Puding Raja,makanan apa lagi yang bakal korang temui dekat sana nanti..Ok antara makanan yang bakal korang jumpa ialah lamb chop frozen,talam daging,durian crepe,ketupat puyuk kera,nasi kerabu kuning,laksam,rendang dendeng pahang,laksa pahang,temosa raja pahang,chicken pandan,opor pahang dan bermacam macam lagi.

Jom Makan Pahang Food Fest 2016 akan menghimpunkan lebih daripada 150 food truck dan juga gerai makanan.Antara vendor yang akan turut serta dalam Jom Makan Pahang Food Fest 2016 antaranya  ialah Ikhwan Food Resources,Lepak boss,Takoyaku Pekan,Bro Milo,D'Dapur Mak Dara,
Lulu Grocer,Isyamila Coconut Shake,Akak Lesong Pipit,Pancake Krabi Original Noah,Kerajaan Dadih,Gerbabboomm!!! ,Burgerak,Kelapa Joget dan ramai lagi.Kalau Lya senarai kat sini nanti tak terbaca pulak korang.Kalau nak tahu vendor yang join,apakata kita ke Jom Makan Pahang Food Fest 2016.Eh eh eh..dalam banyak banyak vendor yang Lya senaraikan ada satu vendor tu cam sinonim jer ngan Akif Imtiyaz..Sapa tahu sapa tahuuu...Ha aaa Akak Lesong Pipit ..Mesti akak tu ada lesung pipit gak ni..Kita jumpa Akak Lesong Pipit Esok boley ?? Kita lawan lesung pipit ngan Akif hehehe..Ok esok kita ke BOOTH C6 jumpa ngan Akak Lesong Pipit.Dengar dengar citer Akak Lesong Pipit menyediakan aiskrim dengan pelbagai perisa yang sedap dan nikmat..Ok panas panas ni sesuai sangat makan aiskrim..Kita jumpa esok !!!

Ok panjang bebenor daaa Lya duk mengarang..penat daaa jari jemariku ini..Ok Lya STOP sini dulu..Tapi sebelum berakhir..Nak bagi KREDIT kat page Jom Makan PFF 2016 sebab Lya ambik gambar dan cedok sikit sikit info dari page diaorang...Kalau nak tahu maklumat lanjut mengenai Jom Makan Pahang Food Fest 2016 boleh singgah kat page Jom Makan PFF 2016 .


Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. snap gambar ketupat puyuk kera..tag pcl eh dalam IG :)

    BalasPadam
  2. alamakkkkk bestnye kalau dapat join ni!

    BalasPadam
  3. Minggu ni ena balik Kuantan... boleh pergiii.. waaahhh excitedd!

    BalasPadam
  4. wah food truck.. confirm macam-macam makanan ada jual nanti..

    BalasPadam
  5. wuhuuuuiu...
    bkn slalu ado ni.
    mmg kena turun
    shark x taw nk g hari apo

    BalasPadam
  6. sedap plak tengok puding raja tu...

    BalasPadam
  7. kalau bab makan-makan memang best..hehe

    BalasPadam
  8. salam puan . boleh x saya nakkan contact no. untuk semua foodtrucks . saya ain najiha wakil dri ump ingin menjemput kesemua foodtrucks untuk berniaga sempena expo convo 2016 pada november 2016 ini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummussalam..ainnajiha saya takde contact no mereka ..saya sekadar berkongsi cerita dekat blog jer...Sorry dear tak dapat nak bantu..

      Padam
    2. Waalaikummussalam..ainnajiha saya takde contact no mereka ..saya sekadar berkongsi cerita dekat blog jer...Sorry dear tak dapat nak bantu..

      Padam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.