Resipi Mudah Koktail Buah Buahan
March 10, 2016
Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Khamis Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...
Resipi Mudah Koktail Buah Buahan
Resipi Mudah Koktail Buah Buahan.Resipi mudah koktail buah buahan ni Lya olah sendiri ikut kesukaan suami dan anak anak Lya.Dari dulu Lya dan keluarga memang suka makan koktail buah buahan jadi memang dah biasa buat koktail bila hati rasa nak makan.Lya pernah share Resipi Koktail Buah Buahan sebelum ni.Tapi kali ni Lya nak share lagi sekali la resipi mudah koktail buah buahan sebab kali ni Lya tak gunakan susu pekat tapi guna krimer sejat sebab tak nak manis sangat.Anda suka koktail buah buahan jom kita tengok apa yang perlu ada untuk koktail buah buahan paling sedap dan lazat...Kikikiki perasannnn sungguh laaaaaaaaa...!! Angkat bakul kain plak dah..
Bahan Bahan Untuk Koktail Buah Buahan
- 2 tin krimer sejat
- 1 tin laici
- 1 tin buah buahan dalam koktail
- Sebekas nata de coco
- Gula dan garam segukup rasa
Kalau rasa nak lagi meriah boleh letak macam macam lagi kat dalam koktail ni..Contohnya sumi,buah buahan dan segala macam la yang korang suka.Tapi kali ni Lya ambil mana yag ada jer laa..Lagipon ni permintaan Akif.Nak letak ni jer ...
Cara Cara Buat Koktail Buat Buahan
- Mula mula masukkan krimer sejat kat dalam periuk.Kacau kacau dengan api yang sederhana
- Masukkan sedikit gula dan sedikit garam untuk rasa lemak lemak manis
- Masukkan air laici,air nata de coco dan air buah buahan koktail sekali ke dalam periuk dan kacau.(Air sahaja buah sila asingkan dan basuh bersih bersih).
- Bila dah nampak mendidih boleh tutup api dan biarkan sejuk.
- Dah sejuk baru masukkan buah buahan koktail,nata de coco dan juga laici.
Ok korang mesti nak tahu kan kenapa Lya masak dulu semua bahan bahan dalam tin.Bagi Lya air dalam tin buah buahan ni kita tak boleh main makan camtu jer,kena masak dulu sebab takut sakit perut.Ya la kan,kita tak tahu air tu di masak ke tak di masak ke..Cara paling baik masakkan sekali bersama susu.Anak anak alah sikit dengan produk dalam tin.kena masak dulu baru boleh makan.Air dia kita dah masakkan jadi buah buahan yang ada kat dalam tin ni Lya basuh bersih bersih dulu dan toskan baru Lya masukkan ke dalam koktail.Kalau tak basuh bersih bersih sama jugak laa macam baru keluar dari tin sebab sisa sisa air masih ada.Jadi sebaiknya basuh laaaa..Lebih selamat untuk keluarga kita.Perut pon tak sakit.
Bila dah siap masukkan semua bahan bahan yang ada.Koktail buah buahan dah siap.Ni la rupa bentuk koktail buah buahan yang Lya buat untuk birthday Akif baru baru ni.Sedap dan lazat.Mudah dan cepat.Ringkas dan padat..Fuyoooo memang best laaaa..Anak anak suka,suami suka...Lya pon suka..Sedap wehhhh hingga ke hati kesedapannya..Alohaaaaaaaa!!!!!!!
Nah Lya payung sekeping lagi gambar ...Yahoo sedapnya makan koktail buah buahan masa tengah tengah panas camni kan kan kan !!!! ... Apalagi jom la buat koktail buah buahan.Kalau rasa nak makan rasa terliur cepat cepat laaa pergi dapur buat koktail buah buahan.Senang jer tak sampai sepuluh minit dah boleh siap.Bila dah siap boleh jer nak terus makan tapi lagi sedap makan masa sejuk.Tapi kalau dah tak sabar sangat nak makan,letak ais jer kat dalam koktail buah buahan pastu makan ler puas puas....
32 Sahabat Setia
wah..sedap ni...makan pulak sejuk2 ...
ReplyDeleteBtil tu aida makan sejuk2 tekak rasa nyaman jer
DeleteNak cuba nanti :)
ReplyDeleteBuat jgn tak buat
DeleteLega je tekak kalau dapat nie..
ReplyDeleteMmg lega nak nak musim panas
Deletemmg snng n sdp..tp hrga bahan pun blh tahan..huahuaa
ReplyDeletesesekali xpe.
Hehehe takde la mahal sangat bahan2nya nuyui...
Deletesedapnyaaa makan sejuk2... yoorin suka tambah sesudu tepung kastad nak bg kuah pekat .. aish..rasa nak buat je laa..hehe
ReplyDeleteHa aa ada gak yg tambah kastad kan..tapi sesekali kak lya tambah aiskrim vanilla jer yoorin
DeleteKalau nk tambah tepung jagung boleh ke sbb nk bg pekat
Deleteuiii sedapnya...terliur pulak..huhuhu
ReplyDeleteAnyway, thanks for sharing...dah lama dah carik cara-cara buat koktail ni. Hehe
Nanti blh laa cuba ..
Deletenampak senang dan sedap plk nak buat...hehehe
ReplyDeleteHa aaa senang jer acik..buat laa ajak mak makan
Deleteamboi...memang cun sangat ni makan dalam cuaca panas..tapi kalau PC lah..hujan lebat pun kalau terasa nak makan ngap saja..hihihihihii..
ReplyDeleteKan Jua kan ...Sedap makan time cuaca panas camni
Deletemudah dan sedap kan lya buat koktail ni, kak ana suka :)
ReplyDeleteHa aa.kak ana mmg mudah..anak2 mmg suka sangat laaa
DeleteTergugat iman tengok time puasa ni... ena suka sangat koktail ni.. dap angat-angat
ReplyDeleteNampak sedap ni kna buat la
ReplyDeletemasukkan sume bahan ke sis..nata de coco tu masukkan sume@ade sukatan sis.teringin nak buat
ReplyDeleteade sukatan @ masukkan sume sis nata decoco tu? terigin nak buat
ReplyDeleteTakde sukatan zety..masukkan semua sekali .... Boleh cuba insyaallah menjadik..
DeleteTakde sukatan zety..masukkan semua sekali .... Boleh cuba insyaallah menjadik..
DeleteBoleh tak nk campurkan air masa masak susu sejat tu?
ReplyDeleteѕєdαpnчє..nαk cuвα вuαt nαntí
ReplyDeleteSedapnyaaa. Lama dah tak buat ni. Huhu
ReplyDeletesedapnya kak..saya suka ni. Tapi, malas nak buat.
ReplyDeleteAlamakkkkkk sedapnye kak lya... Anto sini sikit.. hahaha.. hadoii..
ReplyDeleteMenyelerakan betul. haha
ReplyDeletewau sedapnya . boleh cuba ni.
ReplyDeleteBlogwalking dan follow blog awak :) jom singgah baca blog dan followback.
Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.