Resipi Mudah Aiskrim Choki Choki 


Resipi Aiskrim Choki Choki | Sekarang ni kan,kalau buka facebook ada jer gambar viral aiskrim choki choki duk melintas duk menari nari kat wall. Bukan setakat melintas menari jer, siap melambai lambai lagi tu. Bila tengok jer aiskrim choki choki tu kan. Hati ni rasa jugak la nak membuatnya.Tapi lepas sehari sehari tak jugak pergi beli bahan bahan. Bila nak mula buat aiskrim choki choki ntah. Makanya nak jadi cerita, pagi ni Lya up satu entri bertujuan untuk simpan resipi aiskrim choki choki ni ha  mana tahu kot kot tergerak hati esok lusa nak buat senang, boleh rujuk entri Lya je.

Resipi Aiskrim Choki Choki

Bahan Bahan Untuk membuat Aiskrim Choki Choki

- 1 tin susu pekat manis
- 1 tin susu cair
- 4 tin air yang telah di masak
- Sedikit garam
- 2 sudu 1/2 tepung jagung
- Choki choki ikut kesukaan anda nak letak banyak mana.

Cara Cara Untuk Membuat Aiskrim Choki Choki 

1.Masakkan air, susu pekat manis dan juga susu cair sehingga mendidih.
2.Setelah mendidih, kecilkan api dan masukkan bancuhan tepung jagung untuk bagi aiskrim jadi lembut. Kacau hingga sebati. Kalau tak nak masukkan tepung jagung pon takpe sebab susu tu pon dah boleh lembutkan aiskrim. Mak aii pepandai jer Lya ni. Heheheheee.
3. Masukkan sedikit garam untuk bagi aiskrim rasa lemak lemak sikit. Kacau lagi sekali dan tutup api.
4. Dah siap semua sekali, jangan lupa tapis adunan tersebut.
5. Biarkan sejuk untuk seketika sebelum di masukkan ke dalam plastik aiskrim atau boleh jer kalau nak masukkan dalam bekas aiskrim. Mana mana la yang korang suka.
6. Choki choki tu masukkan sekali kat dalam plastik aiskrim dan picit picit untuk bagi rata. Takde la nanti bila siap terkumpul kat satu tempat je. Picit picit dan ratakan elok elok tau. Nanti comel la rupa bentuk aiskrim korang.
7. SIAP dah AISKRIM CHOKI CHOKI. Boleh masuk kat peti ais dah. Tunggu dah keras, boleh la makan. Alohaaa tak sabar nak buat ni. Tak sabar. Anak anak penggemar Choki choki. Mesti diaorang suka aiskrim ni.

Aiskrim Choki Choki, www.akifimtiyaz.com,    Resipi Aiskrim Choki Choki , Gambar Aiskrim Choki Choki , Aiskrim Malaysia , Aiskrim Viral , Viral Di Facebook Aiskrim Choki Choki ,Resipi Mudah Aiskrim Choki Choki
Ni laa dia bentuk rupa bumi Aiskrim Choki Choki tu yer !  Macam sedap jer. Ok ni gambar Lya Lya dapat dari FB Aila. Kita bagi kredit untuk gambar ni kat Aila.Tq Aila. Sorry eaa buat masuk gambar kat blog. Pinjam dulu gambar awak,nanti kita buat aiskrim ni.