Granny’s Restaurant Restoran Yang Mesti Singgah Kalau Anda Ke Terengganu

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Ahad Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...

Granny’s Restaurant Restoran Yang Mesti Singgah Kalau Anda Ke Terengganu.Kali ni Lya nak mempersembahkan dan memperkenalkan sebuah restoran yang sangat menarik dan cukup unik di negeri Terengganu,nak tepat lagi di Jerteh Terengganu.Granny’s Restaurant adalah sebuah restoran yang menyajikan Makanan Barat ,Makanan Arab dan juga Masakan Malaysia.Apa yang paling penting sekali kat sini ada masakan Terengganu.Tu yang best tu..Alang alang datang Terengganu...Jom singgah Granny’s Restaurant.Boleh cuba masakan Terengganu.Selain tu ada pelbagai makanan yang disajikan di Granny's Restayrant.Memang betul betul best laaa Granny’s Restaurant ni..

Granny’s Restaurant Jerteh Terengganu


Lya ada berbicara dengan pemilik Granny’s Restaurant,Puan Habibah Haji Jusoh atau lebih senang dengan gelaran Umi di kalangan teman teman terdekat.Menurut Umi,restoran ini adalah sebuah rumah kayu lama yang tidak didiami.Bagi mengelakkan rumah ini terus terbiar Umi telah mengambil alternatif dengan menjadikan rumah ini sebagai sebuah restoran yang di beri nama  Granny’s Restaurant .Granny’s Restaurant boleh memuatkan lebih kurang 100 - 150 orang pengunjung dalam satu satu masa.

Granny’s Restaurant telah beroperasi selama satu tahun bermula 2014 namun masih ramai yang tidak mengetahui mengenai restoran ini kerana ianya adalah restoran yang terletak di dalam sebuah rumah kayu yang unik,klasik dan menarik.Orang ramai yang lalu lalang mungkin tak perasan rumah ini sebenarnya sebuah restoran.

Granny's Restaurant menyajikan pelbagai hidangan ala barat,ala timur dan juga timur tengah.Antara makanan yang menjadi tumpuan kat Granny’s Restaurant adalah lamb chop,chicken chop,spaghetti, nasi arab,ketupat sotong,rojak betik dan pelbagai lagi.

Granny’s Restaurant Jerteh Terengganu

Granny’s Restaurant Jerteh Terengganu

Granny’s Restaurant Jerteh Terengganu

Ok tak habis lagi nak citer ni...Ini pula tarikan menu terbaru di Granny’s Restaurant.Sangat teruja untuk mencuba menu paling baru ini.Nampak sedap dan menyelerakan.Tak caya..tengok gambar gambar kat bawah ni.Nampak gambar jer dah dapat tahu..Ni mesti sedap..Korang kena cuba okeyyy !!!

Granny’s Restaurant Jerteh Terengganu
Blackpapper Set
Blackpapper Chicken/beef yang di hidangkan dengan semangkuk nasi kukus bersama sambal belacan dan juga ulam.

Granny’s Restaurant Jerteh Terengganu
Sweet & Sour Set
Boleh buat pilihan untuk ayam,ikan ataupon udang. Di sajikan bersama nasi kukus dan sambal belacan juga ulam ulaman.

Granny’s Restaurant Jerteh Terengganu
Nyonya Ginger Set

Granny’s Restaurant nampak mewah dan eksklusif sangat kan kan kan...Tapi jangan susah hati kerana harga makanan yang di sajikan di Granny’s Restaurant adalah harga yang mampu anda bayar.Pendek kata memang murah la harga makanan kat sini.Murah dari tempat lain dan makanan yang anda dapat pastinya sedap lazat memikat selera.Jadi kalau anda orang Ganu atau berada di  Negeri Terengganu jangan lupa terjah Granny’s Restaurant .Anda pasti berpuas hati dengan layanan terbaik dari pemilik Granny’s Restaurant,Puan Habibah Haji Jusoh.

#grannysrestaurant#grannys #jerteh# #besut#seberangjerteh# #restoranbestdijerteh#terengganu #ganu#jalanjalancarimakan #bestbesutloni#jalanjalancarimakan #malaysia#cadanganmakan #ganukita #terengganudaruliman

Maklumat lanjut mengenai Granny’s Restaurant

Facebook : https://www.facebook.com/grannyrestoran/
Instagram : https://www.instagram.com/grannysrestaurant/
No Tel : 09-690 4428
019 9833317 @ 019 9428898 
Alamat : AH18, Kampung Seberang Jertih, 22000 Jerteh, Terengganu
Waktu Operasi:
Sabtu – Khamis – 1 Tgh – 11.00 malam
Jumaat – Cuti


Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. kalau balik kt nanti bolehlah singgah restoran ni

    BalasPadam
  2. nampak menarik nie..tp xtaw la bler nk g Ganu..hehe..

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.