Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Ahad Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...
Zootopia adalah filem animasi bergenre aksi dan komedi terbaru dari Walt Disney Pictures yang mesti anda tonton.Zootopia merupakan filem animasi yang diusahakan oleh studio yang sama yang membuat filem animasi Frozen. Filem Zootopia ini diarahkan oleh Bryan Howard,Rich Moore,Jared Bush dan diterbitkan oleh Clark Spencer.Sementara itu,penulis naskah filem ini adalah Jared Bush.
Kenapa dan mengapa anda mesti tonton Zootopia ?.Apakah kelainan yang di tonjolkan dalam filem animasi terbaru Walt Disney ini?.Jom ke panggung untuk sama sama menonton.Tarikh tayangan filem Zootopia di Malaysia pada 25 Februari 2016.
SINOPSIS ZOOTOPIA
Zootopia mengisahkan seekor musang bernama Nick Wilde tinggal di bandar Zootopia yang terbahagi kepada empat kawasan iaitu Tundratown,Sahara Square,Little Rodenta dan Burrowborough.Wilde perlu mencari jalan keluar apabila dia dituduh melakukan satu jenayah yang tidak dilakukannya.Seekor arnab, Lt. Judy Hopps, yang juga anggota polis di bandar tersebut cuba untuk menjejaki musuh sebenar dan mendapati dirinya terpaksa bekerjasama dengan Wilde.
PELAKON ZOOTOPIA
Filem animasi bergenre aksi dan komedi ini dibarisi oleh Jason Bateman,Ginnifer Goodwin,Shakira, Idris Elba, J.K. Simmons,Octavia Spencer,Bonnie Hunt.
- Jason Bateman sebagai suara latar Nick Wilde
- Ginnifer Goodwin sebagai suara latar Judy Hoops
- Shakira sebagai suara latar Gazelle
- Idris Elba sebagai suara latar Chief Bogo
- Octavia Spencer sebagai suara latar Mrs. Otterton
- J.K. Simmons sebagai suara latar Mayor Lionheart
- Jenny Slate sebagai suara latar Bellwether
- Alan Tudyk sebagai suara latar Duke Weaselton
- Bonnie Hunt sebagai suara latar Bonnie Hoops
- Don Lake sebagai suara latar Stu Hoops
- Tommy Chong sebagai suara latar Yax
- Nate Torrence sebagai suara latar Officer Clawhauser
- Raymond S. Persi sebagai suara latar Flash
Jom ke panggung untuk sama sama menyaksikan filem animasi ZOOTOPIA. Semoga anda terhibur.
5 Ulasan
nampak menarik cerita ni...
BalasPadamPost Terkini Pak Det : Dividen KWSP Turun dari 6.75 Peratus kepada 6.40 Peratus pada Tahun 2015
wah boleh bawak adik2 pergi tgok ni
BalasPadamMesti anak suka..
BalasPadamMenarik sangat :)
BalasPadamaihh..mesti anak2 suka nii
BalasPadamAssalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.