Takwim Peperiksaan Dan Pentaksiran 2016

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Jumaat Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...

Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengedarkan satu surat bertarikh 18 Disember 2015 dan telah memaklumkan melalui surat tersebut bahawa Lembaga Peperiksaan telah menyediakan Takwim Peperiksaan dan Pentaksiran Tahun 2016.Takwim Peperiksaaan Dan Pentaksiran 2016 boleh di muat turun di portal rasmi Lembaga peperiksaan bermula 22 Disember 2016.

Bercakap bab bab anak nak menduduki peperiksaan,kita yang bergelar ibu  biasanya mudah sangat kecut perut berbanding insan bergelar bapa.Apa taknya bila kita duk fikir semua tu rasa nak gugur tangkai jantung.Semua persediaan untuk anak anak kena ambil kira dari awal.Ok nak citer sikit,awal bulan Disember Lya dah jenguk jenguk portal Lembaga Peperiksaan kot kot la dah keluar jadual peperiksaan tapi takde hebahan lagi mengenai jadual peperiksaan.Bulan Januari baru baru ni lupa pula nak menjenguk.Semalam Lya jenguk lagi sekali laman web Lembaga Peperiksaan.Ahamdulillah dah ada hebahan melalui surat yang di edarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia mengenai Takwim Peperiksaan Dan Pentaksiran 2016.Jika tiada perubahan jadual,insyaallah Insyirah akan menduduki peperiksaan UPSR 2016 pada 5,6,7 dan 8 September 2016.

Takwim Peperiksaan Dan Pentaksiran 2016 





Jadual waktu peperiksaan boleh dirujuk di laman sesawang www.lp.edu.my dan sahabat Lya boleh muat turun Takwim Peperiksaan dan Penaksiran 2016 melalui laman tersebut.

*Tarikh-tarikh yang dinyatakan adalah tertakluk kepada pindaan

Sebarang pertanyaan berkaitan takwim peperiksaan bolehlah menghubungi talian berikut:

PEPERIKSAAN DAN NO TALIAN UNTUK DIHUBUNGI 

UPSR 03 - 8884 3382
SPM 03 - 8884 3330
STAM 03 - 8884 3340
Peperiksaan Luar Negeri 03 - 8884 3346


Catat Ulasan

2 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.