Jenis Dadah ,Kesan Dan Risiko Akibat Pengambilan Dadah

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Khamis Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...


Jenis Dadah,Kesan Kesan Dan Risiko Akibat Pengambilan Dadah.Dadah atau "drug" adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu yang menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi.Banyak hal yang berkaitan dengan dadah sentiasa menjadi bahan dalam berita.Apabila mendengar saja perkataan dadah,kita akan terus memikirkan jenis-jenis dadah seperti ganja dan heroin.Tetapi,sebenarnya terdapat beribu-ribu jenis dadah di seluruh dunia ini yang digunakan oleh lebih kurang 200 juta manusia untuk pelbagai tujuan.Jenis Dadah,Kesan Kesan Dan Risiko Akibat Pengambilan Dadah.Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkah laku pengguna apabila digunakan.Akibat daripada kesan ini,seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung hidup kepadanya.Tanpa disedari, anda sendiri mungkin telah menggunakan beberapa jenis dadah dalam kehidupan anda.


Sejak Lya join #TeamBloggerAADK bersama sahabat #KelabBloggerBenAshaari dekat group WhatsApp,minda Lya lebih terbuka untuk berbicara mengenai bahan terlarang ini.Kalau dulu Lya tak berapa ambil kisah aka ambil cakna sangat mengenai dadah.Tapi sejak duduk sekali bersama TEAM AADK dan Gang Blogger Kelab Blogger Ben Ashaari,Lya cuba kaji dan fahami serta ambil tahu mengenai kesan dan juga risiko akibat pengambilan dadah.Sekurang kurangnya bila kita dah tahu apa itu dadah,kesan dan juga risiko akibat pengambilan dadah,sedikit sebanyak kita dapat salurkan maklumat untuk masyarakat di luar sana melalui penulisan di blog,facebook,instagram dan juga media sosial yang lain.Kadang kadang kita tahu apa itu dadah tapi kita tidak tahu yang mana satu di kategorikan sebagai dadah.Jadi di sinilah peranan kita bila kita tak tahu,kita cuba untuk ambil tahu agar kita lebih memahami.Paling tidak sebagai ibu kepada anak anak yang bakal beralih dari kanak kanak ke zaman remaja,Lya rasa Lya bertanggungjawap untuk bercerita pada anak anak mengenai bahaya dadah.

Kalau nak tahu lebih lanjut mngenai dadah,boleh zoom kat gambar di bawah..

Jenis Dadah ,Kesan Dan Risiko Akibat Pengambilan Dadah

Jenis Dadah ,Kesan Dan Risiko Akibat Pengambilan Dadah

Jenis Dadah ,Kesan Dan Risiko Akibat Pengambilan Dadah

Jenis Dadah ,Kesan Dan Risiko Akibat Pengambilan Dadah

Jenis Dadah ,Kesan Dan Risiko Akibat Pengambilan Dadah

#sayangidirimu
#perangidadahhabishabisan
#ambilkisahambiltindakan
#dadahmasihmusuhno1negara
#blogakifimtiyaz
#akifimtiyazdotcom
#kelabbloggerbenashaari
#TeamBloggerAADK

Catat Ulasan

4 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.