Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Sabtu Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...

Semak Sebelum Sebar..Sesuatu hebahan yang menjadi viral di laman sosial seperti Facebook,WhatsApp dan Twitter,boleh tersebar dengan pantas.Walau bagaimanapun,hebahan itu boleh menjadi fitnah sekiranya ianya tidak benar dan mengelirukan.Kadang kadang kita ni dapat jer satu maklumat,terus nak jadi keyboard warrior.Asal dapat je terus nak sebar tak kira BETUL atau TAK BETUL.Janji dia la yang dulu sebarkan maklumat...

Semak Sebelum Sebar


Sebelum kita nak sebar sesuatu BACA dulu post tersebut.Jika kita rasa ianya menarik dan ingin berkongsi dengan rakan yang lain SEMAK dahulu post tersebut dan ambil sebanyak mana masa untuk menyemak kesahihan dan fakta berkaitan post tersebut..SEBAR setelah mendapat kesahihan dan kepastian yang betul dari sumber yang boleh dipercayai mengenai post tersebut ..Pastikan ketepatan faktanya terlebih dahulu..Okey ..

INGAT YA !!! SEMAK DULU SEBELUM SEBAR ...