Minta Tolong Boleh : WhatsApp La,Sepatah Kata Pon Jadi La

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Khamis Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...

Semalam ADA RASA...Rasa apa ?? Rasa sakit hati yang sangat sakit pada pemandu van sekolah anak anak Lya..Ok jom kita bercerita aka luahan hati seorang Umi.Sakitnya tuh di sini di dalam hatiku ...Adoii la pedih hati rasa..

Semalam anak sulung Lya,Insyirah ada latihan untuk skuad bola jaring.Waktu tamat latihan jam 5 petang.Pagi semalam masa Insyirah naik van untuk ke sekolah,dia dah bagitahu kat Pak Cik van yang arini ada latihan jadi balik lewat.Pak Cik van cakap tak boleh ambik petang ni.Boleh pulak jawap gitu padahal tu memang tugas dia pergi hantar pergi ambik anak anak kat sekolah.

Ok selesai masalah pihak dia,sebab dia cakap dah tak boleh ambik.Dia cakap dengan anak kita,masa anak kita turun van.Bukan dia bagitahu kat kita.Jadi kita kat rumah MEMANG TAK TAHU sebab tak dibagitahu.Yang tahu hanya anak kita sahaja.Di beritahu saat anak turun dari van pagi semalam.Permasalahannya sekarang anak yang tahu,anak takde telefon nak bagitahu..Umi kat rumah tak tahu apa apa lagi.Kat sekolah tak sempat nak naik kat pejabat untuk guna telefon sebab semalam Insyirah banyak aktiviti dan paling GONG SIKIT.Telefon public kat sekolah tu sekadar hiasan semata mata..Nak tunjuk la kat sekolah ada telefon konon kononnya.Hakikatnya langsung tak boleh pakai..Sekadar MENYEMAKKAN MATA jer.Boleh la cabut tiang telefon tu buang dalam laut lagi baik daripada duk kat situ TAKDE FUNGSIIII !!!!

Balik petang semalam,Insyirah sempat naik ke pejabat sekolah untuk guna telefon tapi PEJABAT TUTUP !!!! Adoii laaa TUTUP DAH !!..Terus la dia pergi kat public phone tapi tak berfungsi ..Pastu dia dengan MUKA TAK MALU sebab nak balik pergi la jumpa sorang Cikgu..Mintak pinjam telefon,ermm nasib jugak laa Cikgu bagi pinjam..Masa Insyirah call kat rumah dah dekat 5:30 petang dah..Nasib jugak abah ada kat rumah..Terus pergi ambik kat sekolah..Abah sampai kat sekolah Insyirah sorang jer lagi tak balik orang lain semua balik dah..Kesian dia..Tapi Lya dah pesan awal awal kat dia duduk kat pondok jaga jer jangan merayau merata rata..Alhamdulillah selamat balik rumah semalam ..

TAPI YANG BUAT LYA SAKIT HATI !!

Pak Cik Van tu kenapa tak bagitahu Lya atau suami.Senang sikit kalau kami tahu awal awal,takde la anak kami tu tersadai kat sekolah lama lama.Bayangkan kalau kebetulan masa tu HP Cikgu takde kredit ke HP Cikgu rosak tetiba ke,Macam mana pulak dia nak telefon kami kat rumah.Kami sebagai mak ayah ni risau memanjang.Ingatkan dia dah balik dengan van.Ya laa biasa balik dengan van dalam pukul 6 sampai la kat rumah.Jadi kami ingat dia dalam van la masa tu..Lya kalau masa dah melebihi had waktu Lya akan call pemandu van tanya apa citer.Tapi semalam tak sampai masa lagi Insyirah sepatutnya dah ada kat rumah,jadi Lya tak call lagi pemandu van.Tup tup bila Insyirah call memang kami terkejut...

Kot ya pon tak dapat pergi ambik WHATSAPP la sepatah bukan susah pon..senang sangat jer.Bukan kami suruh SMS ke CALL ke.WhatsApp jer kat kami,kami tahu cepat kami ambik anak kami cepat cepat.Ni tidak duk ONLINE memanjang duk sembang memanjang kat group tapi TAK DAPAT AMBIK ANAK ORANG takleh pulak hantar WhatsApp sepatah dua kata..Pelik sungguh manusia ni..Macam macam ragam..Yang duk ONLINE jer tu boleh pulak.Tak nak ambik bagitahu kami,senang citer.Tak perlu la nak susah susah CALL,SMS bagai.WhatsApp yang ada tu kan ADA FUNGSI DIA..Hantar la mesej ikut WHATSAPP..Itu pon tak boleh ke ?? Mood sakit hati sungguh rasa !!!!!!!!!!!!!! Sedih pon ada bila fikir balik..Macam tak reti bertangungjawap.

WhatsApp

Arini Insyirah balik lewat lagi..Pagi tadi dah pesan kat dia suruh Pak Cik Van WhatsApp Umi kalau tak boleh ambik..Suruh WhatsApp awal sikit nanti Umi suruh abah pergi ambik..Dah siap pesan kat anak..Umi pon malas dah nak berbahasa bunga bunga terus jugak WhatsApp Pak Cik Van bagitahu ''Kalau tanak ambik anak saya WhatsApp la saya sepatah,senang saya g ambik..Jangan senyap je..kesian anak saya tersadai kat sekolah lama mana semalam..Dia sorang jer kat sekolah terkelip kelip..Tu mujur abah dia ada kat rumah boleh pergi ambik cepat cepat lepas dia call..Kalau tak maunya tertunggu lama anak saya tu..'' Dah hantar WhatsApp sejak pagi lagi tapi sampai ke sudah tak BERBALAS..Busy bebenor kot..Tapi takpe laaa kurang kurang kita dah ingatkan dia..Moga moga arini tak jadi macam semalam..InsyaAllah..


Catat Ulasan

22 Ulasan

  1. la drebar van tu jiran dengan kak ke? sbb siap da wassap group lagi. dahla zaman skrg bahaya,kesian insyirah dok kat sek sorg2..

    jemput baca

    BalasPadam
    Balasan
    1. Taklaa tu group utk anak2 sekolah yg naik van sekali ..biasa kalau ada apa2 update kat group je ...

      Tu laa huhu kesian dia..

      Padam
  2. sabar kak.. senyum sikit

    BalasPadam
  3. mmg pntingkan diri sndiri..huhu

    BalasPadam
  4. Ya Allah bahaya taw , budak dibiarkan mcm tu , Pakcikvan2 .. anak orang kot , kalau anak ko , ko sanggup buat cenggitu ?

    sabar la kak ye , pas ni beware . hmm bahaya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu la ..kena lbh hati2 ..kena kita yg LEBIH lps ni mmg kena whatsapp sokmo laa bagi ingatan ..

      Padam
  5. Bahaya juga macam tu..tak perlu ayat panjang2 punkan..asal kita terima maklumat jelas..dah lapang ht..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu laa Jua..akak pon tak penah buat org gini ..tup2 org buat anak kita gini ermm pedih gak hati..

      Padam
  6. Hmm... Alhamdulillah... Allah lindung.. Mmg risau bila misscomunication cmni kan...

    BalasPadam
  7. Itulah sifat manusia bodoh sombong, menyusahkan..

    BalasPadam
  8. aduh... tukar je la driver lain kak lya...

    BalasPadam
  9. Aduhai pak cik van tu boleh buat mudah...

    BalasPadam
  10. wah..group van sekolah anak pun ada ye.pelik juga kan..ada whatsapp tapi tak guna.dia takut nak kabo agak nya..

    BalasPadam
  11. Nasib baik ada cikgu yg baik masa tu.. :) ...

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.