Merdekakah Kita ???

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Merdeka Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...

Seorang insan yang merdeka ialah yang memerdekakan akalnya,tubuhnya dan hatinya untuk patuh pada suruhan Allah, itulah hamba yang merdeka.

Selamat Hari Merdeka

Seseorang yang mendakwa dirinya merdeka tetapi masih dijajah oleh hawa nafsunya,sesungguhnya dia hamba yang tidak merdeka kerana dia masih dijajah oleh hawa nafsunya sendiri, jika pandangan kita erti kemerdekaan itu bebas untuk melakukan apa saja,maka itu pandangan yang salah.

Kemerdekaan seseorang adalah bilamana pemikiran seseorang itu dipandu oleh Al Quran,jika pemikiran kita bercanggah dengan Al Quran,bukan Al Quran yang salah,tapi hati kita yang bermasaalah.

Penjajah yang sebenar adalah penjajahan yang ada didalam hati kita dan yang ada didalam minda kita. 

Jika seseorang sudah mendapat kemerdekaan sebenar,maka tidak ada dalam hatinya melainkan Kerana Allah dan RasulNya,Tidak Ada dalam mindanya Najib Rosmah kecuali memikirkan untuk Allah dan untuk RasulNya dan Tidak Ada dalam tubuh badanya kecuali untuk berbakti kepada Allah dan RasulNya. 

Terkadang apa yang kamu tak suka sesuatu yang tak disukai oleh kamu, walhal itu yang disukai oleh Allah,terkadang apa yang kamu suka sesuatu walhal itu yang dibenci oleh Allah.

Kita mestilah menukarkan apa yg kita mahukan kepada apa yang Allah mahukan.

SELAMAT HARI MERDEKA KE - 58 

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. betul sangat tu kak Lya... Merdeka ini bukan zahiriah sahaja tapi batiniah kita juga kena dipermantapkan.. :D

    BalasPadam
  2. selamat menyambut Hari Kemerdekaan 2015 Malaysia..moga minda kita merdeka daripada pengaruh buruk. InsyaAllah

    Maisarah singgah dari Blog MaisarahSidi.com

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.