Laptop Dah OK ..Alhamdulillah

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Selasa Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...

Kenapa Laptop Tak Boleh On


Tadi lepas maghrib Lya bawak laptop dan jugak charger ke kedai komputer.Nak check apa ke benda masalah la yang berlaku kat laptop hinggakan tak dapat nak ON.Ok bawak kat sana terus la,senang citer..Ok sampai jer kat kedai tu,terus budak yang kerja kat kedai komputer ambik laptop dan cuba ON dengan charger yang ada kat kedai..Haaaa ON laaa,boleh pulak ON tadi kat rumah kenapa tak boleh..Tup tup kat kedai boleh..

Maka budak kat kedai tu pon tilik tilik la charger Acer yang Lya bawak tadi.Alamak Kak,charger akak ni tak boleh pakai dah ni..Dah rosak..Huhuhu rosak ke ?? Ermmm charger yang rosak rupanya.Patutla duk tekan tekan nak ON laptop tak boleh.Camne nak ON kalau charger takleh guna,tang mana nak datang power.Adoiii laa..Ermmm maknanya charger la jawapannya.Charger rosak !!!!

Ok laa dah tahu charger yang rosak,Maka kita kena la beli charger..Cari punya cari kat dalam kedai tu,ada la satu charger yang sesuai untuk laptop Lya..Maka beli laa satu RM75 selepas diskaun..Boleh la dari takde langsung...Ada guarantee selama 2 bulan..Huhuhu dua bulan jer..Takpe la beli la beli jer..Malam malam buta kat mana lagi nak carik..Dah ada ni beli jer laaa..

Balik rumah terus cuba.Masa kat kedai tadi dah cuba OK.Balik rumah terus ON kan laptop.Yeha
OK dah Ok dah.Maka menulisla kita malam ni ngan laptop lama tapi charger baru ..Hehehehe..Ingatkan boleh laptop baru hahahaha !!!



Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Nasib bukan rosak dalam lappy kan. Kalau tak jenuh nak tunggu siap repair

    BalasPadam
  2. Kalau laptop rosak, menangis la jawabnya nak beli baru. Syukur charger je yang rosak

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah... Mmg masalah la kalau rosak charger tu...

    BalasPadam
  4. Nasib baik la, kalau tak melayang RM1000++ nak beli baru kan..

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah dah ok :-)

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.