Insyirah Ke Seminar Speed Maths Di SKSG

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Rabu Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...

Balik dari sekolah petang tadi Insyirah bagi satu kertas saiz A4 untuk Lya.Tak sempat nak tengok sebab tengah busy.Malam ni baru sempat tengok tapi tadi Lya dah tanya serba sikit mengenai kertas yang di bawa balik.Ok Lya dah siap baca...

Seminar Speeds Maths


Esok sekolah Insyirah akan berkolaborasi bersama SMART EDUCATION LEARNING CENTRE (SETC) untuk Seminar Speeds Maths Untuk Murid Murid SK Seri Geliga.Ianya terbuka untuk pelajar pelajar yang berminat dengan yuran sebanyak RM25 sahaja.

Butiran lengkap Seminar Speeds Maths

Tarikh : 13 Ogos 2015
Masa : 7;30 pagi  -10;30 pagi
Tempat : Dewan Iltizam SKSG
Bayaran : RM25 sahaja ( Termasuk fail,alat tulis,bahan latihan dan sijil penyertaan )

Speeds Maths

Bila tanya Insyirah..Nak join ke Seminar ni..Dia cakap nak join.Ok cakap kat abah dan abah bagi 
duit lepas siap baca butiran mengenai seminar yang akan diadakan esok.Abah cakap OK boleh join.Apalagi bila abah dah bagi kebenaran join Insyirah senyum sampai telinga la jawapnya.

Apa Itu Speed Maths 


Seminar Speed Maths bertujuan untuk memperkenalkan kepada pelajar pelajar beberapa teknik pengiraan yang pantas dan berkesan serta penguasaan sifir tanpa menghafal.Teknik teknik ini telah diubahsuai kepada konsep yang lebih seronok dan mudah difahami bagi memupuk dan mengekalkan minat pelajar dalam mata pelajaran Matematik.

Murid murid yang kurang minat Matematik atau sukar untuk menghafal sifir amat digalakkan untuk menyertai seminar ini.Manakala murid murid yang telah menghafal sifir juga amat dialu alukan untuk menyertai seminar ini bagi mempercepatkan lagi proses mengira.


Alhamdulillah,Semoga Insyirah akan lebih fokus dalam Matematik setelah menyertai seminar ini esok..All the best & Good Luck Sayang !!!

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Bagus bermula dari kecil. dan murah gak seminarnya yuran..

    BalasPadam
  2. Baguslah pergi seminar..dapat ilmu baru

    BalasPadam
  3. Bagus di dedahkan awal seminar camni... baru dapat kuasai matematik dengan mudah.

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.