Buah Buahan Yang Dapat Membantu Turunkan Berat Badan

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Jumaat Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...

Buah Buahan Yang Dapat Membantu Turunkan Berat Badan


Setiap daripada kita memang suka makan buah kan? Mustahil la kalau ada yang cakap saya tak suka buah la,saya suka makan nasi je..MUSTAHIL aka TAK MUNGKIN la kot..Tapi kalau ada juga yang tak suka makan buah,mungkin 1 antara sejuta la kot.

Pada yang suka makan buah buahan Lya nak tanya sikit.Tahukah anda buah buahan yang kita makan setiap hari,ada diantaranya boleh mempercepatkan proses penurunan berat badan.Ada yang tahu,ada juga yang tak tahu tentang benda ni kan ?.Ok pada yang tak tahu Lya nak bercerita sikit dan Lya akan senaraikan buah buahan yang boleh diambil untuk bantu mempercepatkan proses penurunan berat badan.

Pisang



Pisang
Pisang adalah buah yang paling senang kita jumpa di pasaran Malaysia.Pisang sangat membantu dalam mengaktifkan signal dalam badan untuk menukarkan lemak kepada tenaga.Selain itu pisang sangat membantu untuk menurunkan tekanan darah dan mengelakkan sakit jantung kerana kandungan potassium yang tinggi dan garam yang rendah.

Selain berfungsi untuk memberi tenaga segera,pisang juga sangat membantu untuk mengelakkan kekejangan otot selepas bersenam.
Pisang juga sangat membantu dalam sistem penghadaman kerana tinggi nilai serat.


Kurma


Kurma walaupun kecil tetapi sangat tinggi kandungan nutrisi. Rasulullah SAW juga mengamalkan kurma dan ia adalah salah satu dari makanan sunnah.

Kandungan serat yang tinggi sangat membantu dalam melancarkan sistem penghadaman.Kurma membantu usus untuk berfungsi dengan lebih efisien.Kandungan magnesium dan potassium yang tinggi juga sangat membantu untuk kesihatan jantung. 

Kanak-kanak juga sangat digalakkakn untuk amalkan makan kurma kerana kurma meningkatkan fokus dan baik untuk
kesihatan otak.


Lemon


Salah satu perkara yang penting semasa proses turun berat badan adalah proses detoksifikasi atau dalam bahasa mudah proses untuk buang toksin dalam badan.Selain pengambilan air kosong yang cukup untuk badan,kita juga boleh amalkan minum air lemon dalam untuk proses detoksifikasi secara natural.

Amalan air lemon sangat digalakkan untuk kehidupan seharian.Pengambilan air lemon membantu dalam membuang toksin secara natural dalam bentuk air kencing.Lemon juga membantu menahan lapar.Ia sangat bagus untuk mereka yang serius untuk turun berat dalam mengawal pengambilan kalori berlebihan semasa berdiet.


Strawberi


Kandungan vitamin C yang sangat tinggi dalam buah strawberi sangat membantu dalam mengekalkan kesihatan tubuh badan kita. Vitamin C baik untuk kulit dan membantu mengekalkan imunisasi badan kita. 

Dalam konteks turun berat badan,buah ini sangat baik untuk mengawal kolestrol dalam badan kita. Kolestrol yang jahat akan membuat salur darah jadi sempit dan hasilkan boleh menyebabkan sakit- sakit kronik seperti darah tinggi dan sakit jantung.Selain itu kandungan fiber atau serat dalam strawberi boleh membantu melancarkan sistem penghadaman. 

Sistem penghadaman yang sihat sangat membantu semasa proses turunkan berat badan. Kandungan gula dan garam, kalori yang rendah sangat membantu untuk proses pengurusan berat badan.

Tembikai



Buah tembikai antara buah yang mempunyai kandungan air yang sangat banyak. Kandugan air yang banyak dan fiber yang tinggi sangat membantu dalam proses penghadaman dan juga dipercayai boleh mengurangkan sembelit. Kandungan air yang tinggi sangat berkesan untuk mengekalkan hidrasi dalam badan kita.Semasa proses turun beratkan kita akan cepat rasa lapar. 

Jadi pengambilan buah- buahan selain mengawal pengambilan kuantiti air yang secukupnya sangat membantu proses turun berat. Ingat jangan biarkan perut berlapar semasa proses turun berat. Selain makan begitu sahaja, anda juga boleh buat jus atau “ice blended” untuk mengalakkan kita makan buah bukan snek yang tidak sihat.

SUMBER : MR GOOGLE 

Catat Ulasan

9 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.