❤ #Cabaran20Hari - Memori Raya Zaman Kanak Kanak ❤

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Jumaat  Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...

 #Cabaran20Hari - Memori Raya Zaman Kanak Kanak

Memori Raya Zaman Kanak Kanak



#Cabaran20Hari untuk hari ke empat belas ialah ~ Memori Raya Zaman Kanak Kanak.Memori raya yang tak boleh dan takkan dilupakan semestinya memori raya masa zaman kanak kanak.Setiap orang pastinya ada pengalaman manis,masam,masin dan juga pahit di hari raya.Tapi bagi kita kanak kanak pastinya pengalaman raya adalah sesuatu yang cukup manis untuk di kenang.

Memori yang takkan luput di ingatan...Setiap kali raya masa kecik kecik dulu,kitaorang adik beradik akan berjalan kaki beramai ramai ke rumah penduduk kampung.Tapi kitaorang pilih rumah tau..tak pergi kat rumah yang nampak biasa jer kitaorang akan bagi tumpuan kat rumah yang kaya kaya jer..Ya laa kalau pergi beraya kat rumah orang kaya mesti dapat duit banyak.Tapi yang tak tahannya beraya kat rumah orang kaya ni,memang ramai orang duk beraya kat dalam rumah tu..Kadangkala tuan rumah lupa nak bagi duit raya walaupon dah ''berjanggut'' kami tunggu..Tak jugak dapat duit raya.Pernah juga balik tangan kosong sebab tuan rumah sibuk melayan tetamu istimewa..Sedih memang la sedih tapi nak buat camne takkan la tunggu kat situ hingga ke petang hari.Alamaknya sikit la duit raya kami kalau duk menunggu kat situ jer tak gerak kat rumah yang lain.

Biasanya kami ramai ramai akan beraya hingga ke petang.Berjalan satu kampung ke kampung yang lain memang seronok tak terkira.Tambah tambah dapat banyak duit raya lagi la kami suka.Maghrib baru balik rumah sebab seronoknya duk mengumpul duit raya.Malamnya kami sama sama akan mengira duit raya kami semua.Simpan satu tempat agar tak tertukar sebab ada yang dapat sikit dan ada yang dapat banyak.seronoknya jadi lain macam sebab malam tu kami dah pilih rumah mana yang akan kami serbu untuk esok hari...Bukan nak beraya sangat sebenarnya tapi nak duit raya jer hehehehe..Semua tu kenangan beraya masa kecik kecik yang takkan dilupakan sampai bila bila.Bila ingat balik memang suka sorang sorang la jawapnyer ...Kenangan mengusik jiwa la katakan !!


#Cabaran20Hari, #HariKeEmpatBelas #ExchangeFeedGroup #KelabBloggerBenAshaari #AkifImtiyazDotCom

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. raya ramai² satu kampung tu memang seronok sangat.

    BalasPadam
  2. Zaman kanak-kanak beraya dulu memang seronok..Keliling satu kampung duk kumpul duit raya.. Relax je mak ayah kite benarkan keliling kampung kan.. Tapi sekarang, tak berani kot nak benarkan anak jalan keliling kampung tanpa pengawasan.. Takut ada sindiket budak ke..nauzubillah mintak dijauhkan..

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.