Salam Ukhuwah Fillah ..
Salam Isnin Sahabat ..
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...
Minuman Sihat Yang Perlu Di Ambil Ketika Hamil
Air Putih
Semasa hamil,badan anda memerlukan lebih banyak air untuk menangani permintaan badan anda. Air adalah penting untuk sel-sel darah yang sihat dan untuk mengekalkan hidrasi badan.Air juga merupakan komponen utama susu ibu,dan penting bagi pengeluaran susu yang baik.
Air Kelapa
Air kelapa merupakan sejenis minuman isotonik semula jadi,oleh itu ia membantu mengelakkan dehidrasi (nyahhidrat).Air kelapa juga melegakan keletihan dengan mengembalikan garam semula jadi dalam badan yang hilang apabila anda berpeluh.Ia adalah pilihan yang sangat sihat untuk melegakan dahaga ketika mengandung.
Lemonad
Jus limau atau lemonad mengekalkan hidrasi badan dan membekalkan vitamin C yang membantu badan anda menyerap zat besi dengan lebih berkesan.Anda boleh meminumnya bila-bila masa atau disajikan bersama hidangan makanan.Jika anda mengalami mabuk hamil, jus limau atau lemonad dengan daun pudina dan halia boleh menjadi minuman alternatif yang lazat.Jus Segar
Jus segar dari limau manis,oren,nanas,tembikai dan tembikai wangi adalah minuman yang sesuai untuk cuaca panas.Jika anda minum jus segar yang baru diperah, ia penuh dengan semua nutrien daripada buahnya.Jika anda membeli jus dari kedai,pastikan ia mempunyai label "100% jus".Jika tidak,minuman itu mungkin mengandungi gula tambahan dan perisa tiruan.
Minuman Berasaskan Susu
Produk susu kaya dengan kalsium, protein dan vitamin B-12. Dalam cuaca panas, susu skim sejuk, lassi dan susu mentega sesuai untuk menyegarkan dan mengekalkan hidrasi badan. Susu kocak atau "smoothie" buah-buahan yang dibuat menggunakan susu,dadih,ais dan buah-buahan ini penuh dengan mineral dan nutrien. Semua ini menghidratkan badan anda selain merupakan makanan ringan yang sihat di antara waktu makan.Walau bagaimanapun,bincanglah dengan doktor anda jika anda mengalami masalah tak toleransi laktosa.
Serat Buah Buahan
Selain membekalkan pelbagai nutrien,serat buah dipercayai mendinginkan badan,menghidratkan serta membantu ibu-ibu mengandung menangani mabuk hamil.Jus Sayur Sayuran
Jika anda mempunyai masalah mendapatkan sayuran yang mencukupi dalam diet anda,cuba minum sayur-sayuran anda.Pada waktu siang yang panas, jus sayur-sayuran sejuk memang lazat.Ia juga akan menyegarkan dan memberikan anda nutrien.Mocktail Buah Buahan
Mocktail buah-buahan membantu anda mendapatkan beberapa nutrien yang anda dan bayi anda perlukan.Buah yang sesuai untuk digunakan termasuk strawberi,laici,nanas dan limau.
Air Dengan Buah-Buahan Beku
Anda boleh menjadikan segelas air kosong lebih menyegarkan dengan menambah buah-buahan beku seperti oren,lemon,kiwi,pic,aprikot dan plum,bukannya ketulan ais sahaja.Buah beku juga kelihatan berwarna-warni terapung-apung di dalam air yang jelas dan ia menyejukkan minuman anda sambil memberikan sedikit rasa buah apabila ia mencair.
10 Ulasan
good info kak lya..sarah setiap hari minum air masak dlm 2liter lebih..tu paling sng :)
BalasPadamsemua minuman kt atas ni sedap kan...hehe
BalasPadamorang yg tak hamil pun bagus minum sbnrnya eehehe
BalasPadambagus info ni. sedapnyaa air kelapa :D
BalasPadamAir air seperti diatas tu bukan sahaja baik untuk wanita hamil, tapi bagus juga untuk kita semua. Thanks for sharing ya Kak Lya :)
BalasPadamSemua minuman ni mmg berkhasiat.. kita yg tak hamil ni pun memerlukannya utk kesihatan apatah lagi yg hamil. Thanks sharing.. sedap tengok teh ais tu utk minuman masa lunch nanti.. :) :)
BalasPadamBertambah dahaga pula bila tengok gambar air tu... Hehe ^-^
BalasPadamwow... sedapnya air2 dlm gmbr..
BalasPadamSedapnya semua air tu. Tak mengandung pun bagus jugak kan minum air tu semua? :)
BalasPadamSemua air kat atas sedap :9
BalasPadamMocktail tuh besnya nmpk sedap
Jaga kesihatan anda, keluarga dan rakan2 anda juga dengan meminum air yg bersih :)
https://cuckoodrink.blogspot.my/
Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.