Minuman Sihat Yang Perlu Di Ambil Ketika Hamil

Salam Ukhuwah Fillah ..
Salam Isnin Sahabat ..
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

Minuman Sihat Yang Perlu Di Ambil Ketika Hamil 


Air Putih

Semasa hamil,badan anda memerlukan lebih banyak air untuk menangani permintaan badan anda. Air adalah penting untuk sel-sel darah yang sihat dan untuk mengekalkan hidrasi badan.Air juga merupakan komponen utama susu ibu,dan penting bagi pengeluaran susu yang baik.

akifimtiyaz3.blogspot.com


Air Kelapa

Air kelapa merupakan sejenis minuman isotonik semula jadi,oleh itu ia membantu mengelakkan dehidrasi (nyahhidrat).Air kelapa juga melegakan keletihan dengan mengembalikan garam semula jadi dalam badan yang hilang apabila anda berpeluh.Ia adalah pilihan yang sangat sihat untuk melegakan dahaga ketika mengandung.

akifimtiyaz3.blogspot.com


Lemonad

Jus limau atau lemonad mengekalkan hidrasi badan dan membekalkan vitamin C yang membantu badan anda menyerap zat besi dengan lebih berkesan.Anda boleh meminumnya bila-bila masa atau disajikan bersama hidangan makanan.Jika anda mengalami mabuk hamil, jus limau atau lemonad dengan daun pudina dan halia boleh menjadi minuman alternatif yang lazat.


akifimtiyaz3.blogspot.com


Jus Segar

Jus segar dari limau manis,oren,nanas,tembikai dan tembikai wangi adalah minuman yang sesuai untuk cuaca panas.Jika anda minum jus segar yang baru diperah, ia penuh dengan semua nutrien daripada buahnya.Jika anda membeli jus dari kedai,pastikan ia mempunyai label "100% jus".
Jika tidak,minuman itu mungkin mengandungi gula tambahan dan perisa tiruan.

akifimtiyaz3.blogspot.com

Minuman Berasaskan Susu

Produk susu kaya dengan kalsium, protein dan vitamin B-12. Dalam cuaca panas, susu skim sejuk, lassi dan susu mentega sesuai untuk menyegarkan dan mengekalkan hidrasi badan. Susu kocak atau "smoothie" buah-buahan yang dibuat menggunakan susu,dadih,ais dan buah-buahan ini penuh dengan mineral dan nutrien. Semua ini menghidratkan badan anda selain merupakan makanan ringan yang sihat di antara waktu makan.Walau bagaimanapun,bincanglah dengan doktor anda jika anda mengalami masalah tak toleransi laktosa.

akifimtiyaz3.blogspot.com

Serat Buah Buahan

Selain membekalkan pelbagai nutrien,serat buah dipercayai mendinginkan badan,menghidratkan serta membantu ibu-ibu mengandung menangani mabuk hamil.

akifimtiyaz3.blogspot.com

Jus Sayur Sayuran

Jika anda mempunyai masalah mendapatkan sayuran yang mencukupi dalam diet anda,cuba minum sayur-sayuran anda.Pada waktu siang yang panas, jus sayur-sayuran sejuk memang lazat.Ia juga akan menyegarkan dan memberikan anda nutrien.

akifimtiyaz3.blogspot.com


Mocktail Buah Buahan


Mocktail buah-buahan membantu anda mendapatkan beberapa nutrien yang anda dan bayi anda perlukan.Buah yang sesuai untuk digunakan termasuk strawberi,laici,nanas dan limau.

akifimtiyaz3.blogspot.com


Air Dengan Buah-Buahan Beku

Anda boleh menjadikan segelas air kosong lebih menyegarkan dengan menambah buah-buahan beku seperti oren,lemon,kiwi,pic,aprikot dan plum,bukannya ketulan ais sahaja.Buah beku juga kelihatan berwarna-warni terapung-apung di dalam air yang jelas dan ia menyejukkan minuman anda sambil memberikan sedikit rasa buah apabila ia mencair.

akifimtiyaz3.blogspot.com


Teh Ais

Dalam cuaca panas,teh ais mungkin lebih menyegarkan daripada yang panas.Hirisan lemon yang ditambah pada teh ais juga boleh melegakan mabuk hamil.Namun begitu,perlu diingat bahawa teh mengandungi kafein, oleh itu berpada-padalah meminumnya.

akifimtiyaz3.blogspot.com


SUMBER : BabyCenter  

Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. good info kak lya..sarah setiap hari minum air masak dlm 2liter lebih..tu paling sng :)

    BalasPadam
  2. semua minuman kt atas ni sedap kan...hehe

    BalasPadam
  3. orang yg tak hamil pun bagus minum sbnrnya eehehe

    BalasPadam
  4. bagus info ni. sedapnyaa air kelapa :D

    BalasPadam
  5. Air air seperti diatas tu bukan sahaja baik untuk wanita hamil, tapi bagus juga untuk kita semua. Thanks for sharing ya Kak Lya :)

    BalasPadam
  6. Semua minuman ni mmg berkhasiat.. kita yg tak hamil ni pun memerlukannya utk kesihatan apatah lagi yg hamil. Thanks sharing.. sedap tengok teh ais tu utk minuman masa lunch nanti.. :) :)

    BalasPadam
  7. Bertambah dahaga pula bila tengok gambar air tu... Hehe ^-^

    BalasPadam
  8. Sedapnya semua air tu. Tak mengandung pun bagus jugak kan minum air tu semua? :)

    BalasPadam
  9. Semua air kat atas sedap :9
    Mocktail tuh besnya nmpk sedap

    Jaga kesihatan anda, keluarga dan rakan2 anda juga dengan meminum air yg bersih :)
    https://cuckoodrink.blogspot.my/

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.