Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Selasa Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...

SELAMAT HARI GURU 


Semalam telah berlangsung Majlis Sambutan Hari Guru peringkat sekolah SKSG.
Alhamdulillah,sempat juga sediakan hadiah untuk Cikgu yang telah banyak berbakti kepada anak anak.Walaupun harga tak seberapa tapi ini adalah hadiah yang telah dipilih oleh anak anak Lya untuk diberikan pada Cikgu mereka..

Macam biasa,bila dah beli hadiah,Umi la yang kena balut bagi kemas.Dah siap balut semua Umi masukkan dalam beg comel.Nampak menarik sikit.Semalam anak anak dah bawa ke sekolah.Sorang bawak tiga,Akif jer bawa empat,katanya nak bagi jugak untuk Cikgu kelas lain dan juga pembantu Cikgu.Ok laaa bawak jer laaa..

Majlis kat sekolah berjalan lancar kata kakak Insyirah..Macam macam acara yang diadakan sempena hari guru..Suka sangat tengok gelagat guru guru yang sporting siap menyanyi,berjoget,berpuisi dan pelbagai lagi..Alhamdulillah ...