Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Selasa Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...

Cinta baru Lya...Alhamdulillah belajar menjahit pulak..Lya belajar menjahit melalui  You Tube dan Blog jer..Tak sempat nak pegi kelas..Kelas yang ada jauh dari rumah dan tak sama dengan masa free Lya.Oleh kerana Lya dah beli mesin jahit mini sejak sebulan yang lalu,maka dua tiga hari lepas Lya start belajar menjahit melalui You Tube dan juga Blog.Gigih laa duk mencari tutorial yang psling simple.Naik pening jugak laaa kepala ni mengadap You Tube...Tapi berbaloi..

Hari pertama belajar Lya dapat buat sehelai blouse simple.Hari kedua belajar Lya dapat siapkan sepasang baju kurung moden untuk Kakak Insyirah.Walaupun tak menjadi sangat terutama kat bahagian tebuk lubang untuk leher,Lya masih boleh berbangga sebab En Hubby setia di sisi 
bagi semangat dan dorongan.

Cara jahit blouse mudah, cara mudah belajar menjahit, cara jahit baju, belajar menjahit

Alhamdulillah,akhirnya Lya berjaya menyahut cabaran En Hubby.. Ya laaa dah lama dia duk perati mesin jahit tu tak terusik..Usik usik manja masa mula mula Lya beli,pastu terus tak terusik..Simpan kemas kat dalam kotak.Akhirnya dapat jugak Lya belajar menggunakan mesin jahit mini kat atas tu.Mula mula macam pening pening lalat jugak laaa.Lama kelamaan dah ok dan tak kekok lagi mengendalikan mesin jahit mini ni..

Nak kena banyak belajar lagi agar jahitan bertambah kemas dan cantik.Doakan Lya berjaya ya...sahabat..