Batuk Berterusan ..Jangkitan Kuman Pada Paru Paru

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Sabtu Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...

Baru baru ni Lya ada cerita yang Lya batuk dan berpanjangan..Hari Khamis Lya rasa batuk makin teruk hingga mengganggu rutin harian Lya.Mula mula ingat nak ke Klinik Swasta je tapi bila fikir balik kalau g sana mesti bagi ubat jer macam pergi yang lepas lepas..Jadi Lya pilih untuk ke Hospital..Terus ke ruangan KECEMASAN sebab kalau dah batuk lebih dari seminggu elok la kita ke Hospital..Lya dah melepasi fasa tiga minggu..Kalau ikutkan minggu lepas Lya dah datang kat sini tapi tak nak X ray just mintak ubat jer.Tapi kali ni kena X ray sebab lama sangat batuk tak hilang lagi..

www.akifimtiyaz.com

Maka buat laaa X ray walau dalam hati tanak laa X raya huhu..Memang nak elak la main main X ray ni.Tapi nak buat camne kalau tak X ray tak tahu apa punca batuk tak baik baik setelah tiga minggu, Ok bila dah X ray baru laaa tahu...

www.akifimtiyaz.com

Dekat kawasan paru paru Lya tu nampak banyak tanda macam bintik bintik putih gitu.Nampak cam pelik sikit laaa kan bagi kita yang tatau apa benda tentang X ray ni..Dalam duk siap siap nak hantar sampul hasil X ray kat Dr,sempat lagi curi curi snap gambar.Dah siap snap gambar terus bawak sampul hasil  X ray tu ke tempat Dr bertugas..

Dr tengok dan bagitahu.Ada jangkitan kuman pada paru paru.Ermm patutla tak baik baik batuknya kuman dah masuk kat paru paru.Patutla kat dada ni sakit  semacam jer bila batuk.Adulaaa penyakit lain pulak yang datang.Sakitnya bila batuk ,jangan cakapla cam nak pecah dada,bercampur gaul sakit perut, sakit pinggang dan sakit kepala sekali.Memang orang kata sakit yang cukup lengkap laaa kat situ ..

www.akifimtiyaz.com

Bila dah siap Dr bagi penerangan semua sekali..Panjang lebar punya penerangan.Dr siapkan list untuk ubat dan jugak satu pesanan penaja..Kalau minggu ni tak jalan jugak datang lagi sekali kita nak buat ujian darah.Adussss ujian darah plak dah..Ni yang buat kita takut ni...Ok dah siap siap semua sekali maka bergerak laa ke farmasi ubat.Nah ambik kau..ni dia ubat ubat yang perlu Lya telan untuk seminggu ni...Moga moga cepat laa batuk ni reda..Tak sanggup laaa camni sebab tiap kali Lya nak solat jadi terganggu solat disebabkan batuk..Sahabat semua doakan Lya cepat sembuh ya..Terima kasih sahabat !!!


Catat Ulasan

28 Ulasan

  1. Harap harap semuanya baik baik je..semoga cepat sembuh Kak Lya

    BalasPadam
  2. datang jenguk Lya :)
    al-fatihah, semoga dipermudahkanNYA.

    BalasPadam
  3. Semoga segalanya dipermudahkan dan cepat sembuh Lya... aamiin.

    BalasPadam
  4. Menakutkan pula kalau dengar ada jangkitan kuman kat paru-paru. Paru-paru berair ni ada nanah dalam tu. Memang bahaya..

    BalasPadam
  5. samalah Kak Lya.. dekat tiga minggu CT batuk.. ni pun ada sket2 lagi..
    makan ubat doc tapi tak jalan.. lastnya hari2 minum madu..
    suara dah rock dekat seminggu.. tpi alhamdulillah kahak da mula kurang..

    take care Kak Lya =)

    BalasPadam
  6. Semoga Lya diberi kekuatan dan tabah menghadapi ujian ini. Semoga sembuh segera hendaknya...amiin.

    p/s: Terima kasih kerana sudi bersama Relaks Minda...anda amat2 dihargai

    BalasPadam
  7. masa yoorin pregnant dulu memang memanjang batuk...sampai nak beranak pon batuk je x berenti... tak de pulak doc check suruh xray... tak terpikir pon ye.. adeh,,.nasib baby tak pape

    BalasPadam
  8. semoga cepat sembuh kak . amin . .

    BalasPadam
  9. Sy pn kne..
    Baru td check..
    Sblm ni mnom ubat btok je,tp kejap je elok..
    Lpas tu,batok bgai nk rak..tp kahak xde..
    Smpai krem prot..
    G x-tray,byk putih2..doc ckp jgkitan kuman..
    Naseb bek bkn tb..sbb putih2 tu kat bhgn bwh paru2..
    Harap2,xde pape..

    BalasPadam
  10. hye lia.....mak sya juga mnghidap pnyakit ni..rsa sebak sngat, boleh sembuh ke pnyakit ni..? sebab pnyakit ni nafas mak sya tercungap2..semput..kesian sngat...boleh tak ada spa2 yg tahu dan ada experience tntang bagaimana doktor merawat pnyakit ni..tlong email sya kat lbunai@rocketmail.com sebab sya nak tahu kaedah yang digunakan untuk merawat pesakit kuman di paru2 ni..thank you

    BalasPadam
  11. x de cara traditional ke nk rawat penyakit ni? Tunang sy pn menghidapi jangkitan kuman dlm paru2.Sy redha dngn ketentuan Allah

    BalasPadam
  12. Semoga cepat sembuh . ..terima kasih atas perkongsian

    BalasPadam
  13. Semoga cepat sembuh . ..terima kasih atas perkongsian

    BalasPadam
  14. insyallah Vivix shaklee boleh membantu..nak tahu lebih lanjut boleh hubungi saya.

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.