Lukislah Pelangi Dalam Lembaran Hidup

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Rabu Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...

Gambar Pelangi

Sesungguhnya Allah tidak pernah menjanjikan bahawa langit itu selalu biru ... 
Bunga itu selalu mekar dan mentari selalu saja bersinar ....
Namun Allah akan memberi hikmah di setiap peristiwa, 
Memberi bahagia selepas derita, 
Senyum selepas air mata, 
Berkat di setiap cubaan dan juga jawapan di setiap doa ...

Hidup tak selalu memberikan jalan yang mudah di setiap tanjakan serta selekoh..
Namun dari sana kita akan belajar menjadi peribadi yang lebih kuat 
Dalam perjalanan seterusnyanya ...

Allah tak menjanjikan bahawa hidup ini selalu mudah, 
Namun yakinlah bahawa Allah sentiasa ada di sisi kita ..
Saat didera kepedihan dan ujian yang seolah tiada henti, 
Jangan kita kehilangan pegangan, 
Jadikan Allah sebagai satu-satunya sandaran untuk memperoleh kekuatan.
Tanamkan keyakinan bahawa kasih sayang 
Serta pertolongan-Nya akan menguatkan kita 
Dalam melaksanakan ikhtiar dan membuat kita istiqamah....

Sungguh...Allah tak pernahmeninggalkan hamba-Nya yang beriman. 
Hidup tak selalu memberikan jalan yang mudah, 
Namun tak perlu takut selagi kita di jalan yang diredhai Allah 
Dan berada dalam petunjuk serta bimbingan-Nya. 
Semua ituakan memandu langkah kita menuju kematangan...

Hadapi semua ujian hidup ini dengan kesabaran.
Tersenyum dan hayunkan langkah dengan menyebut Asma-Nya
Bersama seluruh cinta dan kasih sayang-Nya.
Kemudian,lukislah pelangi yang indah dalam lembaran hidup kita, 
Nikmati hidup indah dalam naungan dan redha-Nya.


Catat Ulasan

22 Ulasan

  1. Teringin nak menggapai pelangi tapi tak sampai2... huhu

    BalasPadam
  2. nikmat tgk plngi xsmua org dpt tgk hari2 :)

    BalasPadam
  3. Mengharapkan pelangi selepas hujan...
    Di setiap kesusahan ada kemudahan
    Di setiap kesusahan ada kemudahan

    Salam Kenal :)

    BalasPadam
  4. Melihat pelangi membuat hati gundah kembali ceria... memberi harapan dengan sinar mewarna.. :) :)

    BalasPadam
  5. ya, selalu lah bersandar pada Allah s.w.t.
    hanya dengan mengingatiNya kita akan tenang, bahagia dan selalu bersyukur......... :)

    *cantik kan pelangi... ciptaanNya semua sempurna....*

    BalasPadam
  6. Hmmm selalu terfikir untuk berjalan atas pelangi tu... Hehehe! Tapi sah-sah la memang tak akan dapat pun.

    BalasPadam
    Balasan
    1. agan yg sukar di capai tu Pojie :-)

      Padam
    2. ye setuju...dalam keadaan sepertimana pun sentiasa ingat kepada Allah

      Padam
  7. Indahnya kata2 ni... sgt memotivasikan...

    BalasPadam
  8. Salam Jumaat..Moga kita sentiasa bersyukur :)

    BalasPadam
  9. puitisnya kata-kata"lukislah pelanggi dalam lembaran hidup" :-)

    BalasPadam
  10. sebut pasal pelangi ingat ada orang cakap, sahabat umpama warna2 pelangi walaupun ada warna yang kita kurang minat tetapi selepas berkumpul akan terjadi warna pelangi yang indah, so sahabat itu pelengkap satu sama lain. =) salam jumaat kak lya

    BalasPadam
  11. amboi, puitis betul akak lya kita ni yer .... :D

    BalasPadam
  12. kak lya pandai bermadah berhelah.. i like...

    BalasPadam
  13. Kak Lya, saya suka tengok pelangi... kalau nampak tu mmg asyik tengok je lah heheheh

    BalasPadam
  14. cantik pelangi.. tapi sekejap saja ada..

    BalasPadam
  15. amboii dari td dok bace sume je bermadah2 ni kak lya

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.